”Saya tak boleh makan sayur tu, kalau makan perut mesti kembung”, kenyataan ini mungkin biasa kita dengar.
Namun cara atau petua bagaimana untuk elakkan daripada kena angin dan sakit kepala kesan daripada makan makanan berangin ini, mungkin ramai yang belum tahu.
Untuk itu, dikongsikan di sini petua untuk info bersama.
PETUA ELAK KENA ANGIN, SAKIT KEPALA
Tau tak, ada orang kan dia alah sangat makan pucuk ubi ni. Bila makan je mesti sakit kepala atau mudah kene serang angin, sampai sebu sebu.
Ni petua dari mak sal sendiri. Mak memang takboleh makan sebarangan memang mudah kene angin.
Kalau nak makan pucuk ubi ni pun, teringin nak makan pun dah kena angin.
Petua ni mak dapat dari orang tua tua yang ajar mak, lepas mak dah buat, mak dapat dah menikmati keenakkan pucuk ubi rebus nak buat ulam tu.
Caranya :
1. Masukkan sedikit je beras masa nak rebus pucuk ubi tu.
2. Rebus la sampai empuk lembut.
Nak rebus sekali batang boleh, tak nak pun takpa ikut selera memasing. Sebab batang tu pun sedap bila dah rebus lama lama tau.
Tips ni pun boleh buat untuk nak masak apa apa makanan yang berangin contohnya nangka masak lemak tu. Pun boleh try petua yang sama.
Jadi mana yang hadapi masalah yang sama sakit angin tu boleh try petua ni, dah takda masalah lepastu kita nak menikmati sayur kampung ni nak buat ulam kan hehe.
Doakan mak sal, Sarifah Ahmad diberi kesihatan yang baik ye. Mudah mudahan, aamiiin.
Sumber : Saleha Maarof via mahn
Siakap Steam Chinese Style, Modal Tak Sampai RM10. Resipi Simple Tapi Padu!
Terkenal Ikan Siakap sejak tular kisah mengenainya baru-baru ini. Rata-rata orang bercerita mengenainya.
Tak kurang juga ramai yang berkongsi resipi nak dan lazat menggunakan ikan siakap. Ada yang nak cuba buat? Jom tengok sendiri resipi air tangan Superdaddy Khairul Abdullah.
Resipi yang simple dan tak mahal pun harganya. Yang penting sesuai dengan selera anak-anak kerana resipi Siakap Steam Chinese Style ni tak pedas.
Masing-masing dah beli ikan siakap?
Dengan modal kurang RM10, yer bukan RM100 atau RM1,000 tau kita boleh buat siakap chinese style lah. Budak-budak kecik pun suka ni, tak pedas.
Jomlah cuba resepi Siakap Steam Chinese Style oleh Superdaddy Khairul Abdullah ni. Mudah sangat.
Bahan-bahan untuk projek kali ini ialah:
1 ekor ikan siakap, dibersihkan.
2 inci halia muda
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji cili merah
5 ulas bawang putih
2 sudu kicap
1 sudu minyak bijan
4 sudu minyak masak
½ sudu gula
1 sudu garam
Cara melaksanakan projek ini:
1. Taburkan garam pada ikan bagi rata, ketuk 2 ulas bawang putih dan masukkan dalam perut ikan dan potong sedikit halia susun atas ikan. Masuk dalam periuk dan stim 9 minit.
2. Sementara ikan distim, masukkan 2 sudu kicap, 1 sudu minyak bijan, ½ sudu gula dan 5 sudu air suam dalam satu bekas dan kacau sebati. Gula tu taknak letak pun takpe kalau guna kicap manis. Kemudian asingkan.
3. Potong halus memanjang halia, daun bawang, daun ketumbar dan cili merah. Asingkan.
4. Ikan dah siap stim, keluarkan dari periuk, buang lebihan air. Letaklah atas pinggan atau bekas hidang paling cun dan kemudian taburkan daun ketumbar, daun bawang, halia dan cili merah tadi atas ikan.
5. Tuang bancuhan kicap dan minyak bijan tadi sekeliling ikan.
6. Potong 3 ulas bawang putih dan tumis dengan 4 sudu minyak masak tadi. Dah kekuningan, terus tuang minyak dan bawang putih ke atas ikan tadi. Minyak ni yang panas menggelegak tu tuang atas ikan tu yer, jangan tunggu sejuk pulak.
7. Siap dan hidangkan.
Oihh mudah kemain kan?
Sedap weh, cukup segala rasa masin manis dia. Paling penting tak perlu bayar beribu dan takde rasa sakit hati.
Yeahhh.
#ResepiSuperDaddy
#SiakapSteamChineseStyle
ARTIKEL MENARIK: Sebelum Bercuti Atau Balik Kampung Kena Letak Duit Syiling Dalam ‘Freezer’, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!
Guna Hormon Air Kelapa, Rahsia Pekebun Thailand Nak Pokok Subur & Berbuah Lebat. Ini Caranya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Hias Dapur Kecil Jadi Super Cantik, Wanita Ini Kongsi DIY Meja Banquet Ala Kabinet Mewah & Ada Style!
Kaum ibu khususnya memang suka bab-bab dekorasi ni kan. Bagi yang jenis tangan kreatif memang cantik dan kemas je kediaman mereka dengan susun atur tersendiri.
Dari ruang tamu sehingga ke dapur dan bilik, memang tak sah kalau tidak di hias kan, Walaupun bukan rumah sendiri tidak bermakna tidak boleh mencantikkan kediaman anda kan.
Nah, jom ikut tip yang dikongsikan oleh Adiha Adib. Dari dapur sempit berubah ala kabinet mewah. Sangat menarik kan. Ada style!
Buntu tak kalau dapat dapur rumah sewa yang kecil?
Lepastu hanya ada sinki Tenang je gais! Ini la hasil, Sebelom & Selepas cara susun atur & bagaimana kami DIY Meja Banquet menjadi ala Kabinet mewah!
Dengan harga mampu milik Buat sorang tak jalan ni! Yg penting dapat sokongan dari Suami,
terimakasih Abang ️ Doakan Rezeki Adiha & Abu dapat hias rumah Sendiri satu hari nanti. Amin
Nota Kaki:
• Detail ada di setiap gambar,
Semoga bermanfaat untuk semua
SEBELUM:
Hari Pertama Masuk, Hanya ada Sinki Sahaja.
SEBELUM:
Seminggu pindah, dah la bulan puasa masa ni. Masak pun main2 je. Ni ke nama nya tongkang pecah? Haha
SELEPAS:
• Brick Wallpaper (Grade C) : 10meter RM20 BTL HOME DECO pvc wallpaper (GM Klang, Blok P3)
SELEPAS:
Marble Wallpaper : 6meter Rm27
• https://s.lazada.com.my/
SELEPAS:
Bekas: Rm2.00+ / botol
• 2 ply & Kedai Eco
SELEPAS:
• Langsir meja + Velcro : RM83
Skirting Miety Zain
https://shopee.com.my/
SELEPAS:
Rak (Lerberg): RM69
• Ikea
1) Pastikan ada meja banquet yg muat untuk ruang dapur yg diperlukan (contoh Gambar bersaiz: 76 x 122 x 45 cm)
Meja banquet:
• Carousell : Rm45
• Shopee : Rm70
https://shopee.com.my/
2) Beli kayu terpakai yg sama lebar dengan Sinki.
(Take Note Ketebalan Kayu, contoh: 1.2cm)
Panjang kayu mengikut yg diperlukan.
Contoh: Dari dinding ke Sinki
Kayu:
• Kayu Terpakai Meru : 2 keping Rm25
https://g.co/kgs/jhfmc6
Ukur siap2 Panjang Besi yg diperlukan,
Baki Ketinggian yg diperlukan =
Ketinggian Sinki – (Tinggi Meja Banquet + Ketebalan Kayu)
Panjang besi =
Baki Ketinggian yg diperlukan + Panjang Asal
Besi
• 8 batang RM17
4) Hantar weld besi tadi untuk lebih kukuh
Weld & Cat ( +60 19 276 6061 )
• Upah : Rm60
5) Finishing:
Pasang Wallpaper pada kayu & Gam skirting
GAM Dunlop Rm3+
• Kedai DIY
Ikut Cara Ini Untuk Turunkan Suhu Badan Anak Ketika Demam. Guna Telur Rebus Sahaja. Wow Terlajak Mudah!
Hati ibu dan ayah mana yang tidak susah hati bila melihat anak yang selalunya aktif, cergas dan sihat, kini lesu dan tidak bermaya akibat demam panas.
Selain membawa anak ke klinik bagi mendapatkan rawatan perubatan, boleh juga menggunakan cara tradisional atau semula jadi sebagai alternatif.
Melalui perkongsian oleh Puan Syazieda di laman Facebook, dia menggolekkan dua biji telur rebus untuk menurunkan suhu badan anak yang panas semasa demam.
Menurutnya, petua telur rebus ini atas saranan suaminya. Sebelum mempraktikkannya, dia telah mencuba pelbagai ikhtiar seperti memberi ubat ‘syrup paracetamol’, ubat yang dicucuk melalui punggung, serta petua air asam jawa. Namun, semuanya tidak berjaya menurunkan suhu badan si anak.
Untuk mengetahui cara rawat anak demam dengan petua ini, mari lihat langkah demi langkah:
Cara-caranya mudah sahaja.
1.Basuh telur dengan bersih dan rebus hingga masak sepenuhnya.
2.Kupas kulit telur dengan sebaiknya dan jangan sampai pecah.
3.Bungkuskan telur menggunakan napkin atau tuala bersih. Ketebalan kain untuk membalut berdasarkan suhu telur.
4.Golek-golekkan telur diseluruh badan anak yang demam sekitar 30 minit, terutama di kawasan yang panas.Jangan lupa, golekkan juga telur pada bahagian kepala dan kaki.
5.Apabila telur sudah suam, anda akan mendapati telur menjadi menggerutu. Untuk melihat kesan yang lebih nyata, pecahkan putih telur dan perhatikan kuning telur seperti dalam gambar diatas.
6.Sekiranya panas badan anak belum reda, boleh ulang semula langkah-langkah di atas. Untuk kesan yang elok, telur itu makan lama akan makin kurang gerutunya.
Tak salah mencuba selagi ia tidak memudaratkan. Rawatan ini juga sesuai untuk orang dewasa.Semoga bermanfaat untuk semua.
Sumber Facebook: Puan Syazieda
INFO EKSTRA:
Mengikut perubatan tradisional Cina, petua menggunakan telur rebus untuk disapu pada kulit telah dipraktikkan sejak dahulu lagi. Ia dipercayai dapat ‘menarik’ kehangatan atau ketidakseimbangan unsur pada badan yang menjadi punca anak demam.