Setiap pasangan suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Barulah rumah tangga aman bahagia,  marriage goals bak kata orang zaman sekarang.

Namun, semua yang berlaku atas izinNya, sebagai hambaNya, kita hanya mampu merancang, Allah juga merancang, namun yang pasti perancanganNya adalah yang terbaik.

Mungkin semalam kita ketawa bahagia, pagi ini kita menangis kesedihan dek kehilangan insan tersayang. Yang pasti, semua yg jadi milik kita adalah pinjaman semata-mata tiada yang kekal abadi.

Lelaki bernama Khairul Abdullah berkongsi kisah selepas kepulangan isterinya ke Rahmatullah awal  Ogos yang lalu.  Beliau meninggal akibat jangkitan kuman yang menyebabkan kegagalan organ.  Arwah meninggalkan suaminya bersama tiga cahaya mata mereka yang masih kecil, Khaleef, 4 tahun, Khaleel, 3 tahun dan  Khaleed 7 bulan.

Di dalam perkongsian tersebut, beliau bercerita tentang arwah isterinya yang sedari awal mempersiapkan dirinya dalam menguruskan hal-hal rumah tangga.

Mampu Urus 3 Anak Kecil Lepas Kematian Isteri,  Rupanya Arwah Dah Siapkan Dari Awal Untuk Lelaki Ini. Sebaknya Baca!


Saya bernasib baik. Tanpa sedar, isteri telah mempersiapkan saya bagi menghadapi saat ini.

Saya sering diajak untuk mengemas rumah bersama. Saya vakum, dia mop. Saya susun buku, dia lap meja, saya cuci toilet, dia kemas katil dan seterusnya begitulah.

Rutin mengemas diganti-ganti. Jadi saya tahu dan pernah buat kesemuanya.

Adakah dia sedang mempersiapkan saya

Dia sering inginkan masakan yang dimasak di rumah. Keistimewaanya adalah memasak lauk pauk. Namun saya sering diminta masak masakan laian seperti laksa, segala jenis mee dan juga kek. Itu kebolehan saya.

Ketika dia mengandungkan Khaleef, kami jauh di perantauan. Memang takde peluang nak nikmati segala masakan sewaktu bulan puasa.

Macam-macam diinginkan dan habis segalanya saya kena masak, dari murtabak ke roti jala, dari sate sehingga ke soto dan segala jenis masakan.

Lalu saya handal memasak. Saya champion. Saya boleh memasak apa sahaja.

Memang dia sedang mempersiapkan saya

Mampu Urus 3 Anak Kecil Lepas Kematian Isteri,  Rupanya Arwah Dah Siapkan Dari Awal Untuk Lelaki Ini. Sebaknya Baca!

IKLAN

Anak sulung kami Khaleef sayalah yang menjaganya sejak di hospital lagi. Nurse memanggil saya untuk mengajar cara menguruskan bayi seperti membasuh berak, memandi dan memakaikan lampin.

Di Jerman memang begitu, suami harus belajar menguruskan anak.

Kebetulan saya seorang freelance yang mempunyai kontrak pekerjaan secara fleksible. Peluang tersebut saya ambil untuk menjaga Khaleef sepenuh masa.

Jadi saya belajar dan praktik lalu jadi pandai apabila melakukannya setiap hari. Saya sangat cekap dan tidak kekok menguruskan bayi.

Masuk anak kedua saya bertambah pandai. Masuk anak ketiga maka saya dah jadi champion.

Memang dia sedang mempersiapkan saya

Anak-anak diajar untuk duduk di dalam carseat sejak hari pertama keluar dari hospital. Walaupun anak menangis dia tidak mahu mengambilnya walaupun saya suruh begitu.

Katanya anak harus dididik, nanti mereka tiada disiplin. Walaupun kesian melihat anak menangis namun dia mahu hati saya keras di dalam mendisplinkan anak.

Memang benar, dia sedang mempersiapkan saya.
Mampu Urus 3 Anak Kecil Lepas Kematian Isteri,  Rupanya Arwah Dah Siapkan Dari Awal Untuk Lelaki Ini. Sebaknya Baca!

Apabila berseorangan begini menguruskan anak ke sekolah atau ketika keluar dari rumah ianya sangat membantu. Bayangkanlah kalau anak jenis tak duduk dalam carseat?

IKLAN

Macamana saya nak bawa baby? Macamana dengan si abang dan adik yang bakal melompat dan bergaduh di belakang? Pasti menganggu tumpuan pemanduan saya.

Jadi saya bernasib baik. Semua yang saya belajar, amalkan dan didik pada anak-anak rupanya sangat berguna untuk saya hari ini.

Sememangnya dia sedang mempersiapkan saya.
Mampu Urus 3 Anak Kecil Lepas Kematian Isteri,  Rupanya Arwah Dah Siapkan Dari Awal Untuk Lelaki Ini. Sebaknya Baca!

Katanya kami perlu ada dryer di rumah. Tak perlu lagi jemur pakaian. Nanti dengan anak yang bertambah, jumlah pakaian bertambah dan kerja nak membasuh jadi semakin berat.

Dan memang benar. Kerja-kerja laundry jadi sangat mudah. Namun kerja melipat dan menyusun masih lagi berat. Dia tidak mahu saya buat katanya saya seringkali gagal mengikut prosedur dan spesifikasi yang telah dia tetapkan.

Namun dia sering mengajak saya meneman dia ketika melipat dan menyusun pakaian. Yang pakaian begini harus disusun begini di dalam almari ini. Yang ini pula harus begini dan seterusnya. Semuanya bersistem dan ianya sangat memudahkan.

Dan hari ini, walaupun adik yang datang ke rumah tolong melipat pakaian, ianya tetap disusun seperti sistem yang telah ditetapkan. Mudah untuk saya mencari pakaian terutaman pakaian anak-anak yang saya perlu siapkan setiap pagi.

Sememangnya dia telah mempersiapkan saya

Beberapa minggu sebelum pemergiannya dia ada memberitahu saya tentang fail-fail setiap urusan rumahtangga dari fail anak-anak, schedule vaksin, akaun bank, akaun tabung haji, di mana letaknya segala dokumen dan pelbagai maklumat pengurusan kewangan yang perlu saya tahu.

IKLAN

Alhamdulillah, hari ini semuanya saya tahu. Semuaya tersusun kemas di dalam fail dan di dalam rekod excel yang dia buat. Semua login serta password akaun media sosial, perbankan, email dan sebagainya saya tahu.

Dengan mudah saya menutup semua akaun media sosial beliau dan juga akses ke akaun perbankan dan akaun-akaun online yang lain.

Akhirnya, memang saya telahpun bersedia.
Mampu Urus 3 Anak Kecil Lepas Kematian Isteri,  Rupanya Arwah Dah Siapkan Dari Awal Untuk Lelaki Ini. Sebaknya Baca!

Pemergiannya sangat mengejutkan. Saya dan anak-anak sentiasa redha yang jodoh kami dengannya hanya setakat itu sahaja.

Hidup perlu diteruskan bagi menunaikan amanahnya.

Ramai orang kagum bagaimana saya melakukannya. Seorang lelaki yang perlu menjaga 3 anak kecil yang seorangnya masih lagi bayi.

Bolehkah dia tukar lampin? Bolehkah dia beri susu? Bolehkah dia beri makan? Bolehkah dia tidurkan anak-anaknya? Bolehkah itu, bolehkah ini dan macam-macam lagi.

Yer, saya boleh.

Ini kerana saya telahpun bersedia.

Terima kasih wahai sayang.

Terima kasih.

……………….

Adakah anda semua sudah bersedia?

.
#diariseorangsuperdaddy

Sumber: FB Khairul Abdullah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI