Bahagianya sebuah perkahwinan itu apabila suami isteri saling melengkapi antara satu sama lain. Malah lebih bahagia, bila suami begitu menghargai isteri.

Sebagaimana  rasa kekaguman hati pengacara dan personaliti televisyen, Fedtri Yahya kepada isterinya, Anati Ismail yang menjadi tulang belakangnya untuk menguruskan anak-anak yang masih kecil.

Perkara itu dikongsi oleh Fedtri menerusi entri di Instagram (IG) miliknya. Lebih menarik lagi, pada hari ini adalah Hari Wanita Sedunia. Bertepatan sangat ucapan yang ringkas penuh tersirat oleh personaliti ini.

IKLAN

“Wanita hebat ada di depan mata…”

“berjuang membesarkan putera – puteri harapan syurgawi ? ( sentiasa berperang di waktu pagi ?) demi sebuah ilmu.”

IKLAN

Manisnya Ayat Fedtri Yahya Hargai Pengorbanan Isteri Tersayang

Fedtri dan Anati Ismail telah berkahwin pada 28 Mei 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Indah Sutera Jannah, 7, Ahmad Wildan Arjuna, 5, dan Indah Rauvda Inaara, 2 dan yang terbaru, cahaya mata keempatnya  Ahmad Firaas Mevlana yang baru berusia 3 bulan.

IKLAN

Sumber: Instagram fedtriyahya

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI