Kalau dulu  bila mak kita hendak menanak pulut, pasti akan direndam semalaman pulut tersebut. Tapi sekarang ini ada trik untuk memasak pulut yang bukan sahaja tanpa perlu direndam, malah tidak perlu pun dikukus.

Nak tahu lanjut, jom ikuti perkongsian daripada No Or ini untuk manfaat bersama.

CARA MASAK PULUT DENGAN CEPAT DAN MUDAH

🎶Oh! kome deroyan udah luruh, 🎶
🎵moh kita cepat pegi suluh 🎵

Haaa lagu yang udah sinonim di musim durian ni. Ada orang suka makan gitu aje, ade lak yang suka makan dengan pulut dan santan.

Dedulu macam leceh je kan, nak masak pulut ni. Nak kena rendam bagai, tapi bila dah jumpa cara mudah ni. Alahai, pejam sebelah mata je kome oi.

Bagi yang belum jumpa cara mudah nak masak pulut, ni Cik No nak share cara yang amat mudah. Cepat pun iye jugak tau. Sebab dah tak perlu nak rendam merendam lagi. Dah tak perlu nak kukus kukus. Versi ni, Cik No guna rice cooker aje.

Okay, jom baca.

Untuk sukatan pulut tu, ikut koranglah berapa cawan pulut yang korang nak buat makan tu.

1- Cuci pulut bersih dan masukkan ke dalam periuk @ kuali. Cik No, guna periuk rice cooker tu aje.

IKLAN

Masak Pulut Tak Perlu Lagi Rendam Semalaman & Boleh Tanak Dalam Rice Cooker Lagi. Ni Stepnya!

 

2- Masukkan air ke dalam periuk tu, isi la banyak manapun takpe. Ikut suka korang la, pastu letak atas dapur, bukakan api.

Masak Pulut Tak Perlu Lagi Rendam Semalaman & Boleh Tanak Dalam Rice Cooker Lagi. Ni Stepnya!

Boleh letakkan pewarna @ serbuk kunyit atau biarkan aje warna putih, terpulang pada korang.
Cik No buat pulut putih je, sebab Cik boipren nak makan dengan durian.

Kalau korang nak letak pewarna, nanti kacau lah pulut tu, sebab nak bagi warna tu cantik sekata.

IKLAN

3- Tunggu sampai air rebusan pulut tu betul-betul mendidih. Pastu terus tutupkan api.

Bila air tu dah mendidih, jangan biar lama sangat, takut pulut kembang pulak bila kita nak masak dalam rice cooker.

Masak Pulut Tak Perlu Lagi Rendam Semalaman & Boleh Tanak Dalam Rice Cooker Lagi. Ni Stepnya!

4- Kemudian buang semua air rebusan tadi.
Pulut dah tak perlukan air.

Masak Pulut Tak Perlu Lagi Rendam Semalaman & Boleh Tanak Dalam Rice Cooker Lagi. Ni Stepnya!

5- Pindah periuk masuk ke Rice Cooker, pastu tekan button ‘Cook’ . Biar ia masak dalam rice cooker macam biasa, (sampai button tu bertukar pada ‘Warm’).

IKLAN

Ini bergantung pada berapa banyak pulut yang kita masak tu jugak.

Masak Pulut Tak Perlu Lagi Rendam Semalaman & Boleh Tanak Dalam Rice Cooker Lagi. Ni Stepnya!

6- Bila pulut dah masak / button keep warm, korang tabur lah gula dalam setengah sudu besar tu, pastu gaul-gaulkan rata. Kemudian tutup kejap periuk rice cooker tu.

Masak Pulut Tak Perlu Lagi Rendam Semalaman & Boleh Tanak Dalam Rice Cooker Lagi. Ni Stepnya!

Tujuan letak gula tu, nanti nak bagi pulut tu cantik, elok berkilat.

Lepastu bolehlah di masukkan pati santan dan di gaul rata. Boleh di hidangkan. Ikut suka lah nak makan dengan apapun.

Masak Pulut Tak Perlu Lagi Rendam Semalaman & Boleh Tanak Dalam Rice Cooker Lagi. Ni Stepnya!

InsyaAllah, walaupun pulut tak di rendam, elok je masaknya. Tekstur pulutnya pun cantik dan sangat-sangat menjimatkan masa.

Okay selamat mencuba.
Sumber : No Or

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI