Uniknya skill memasak yang biasa kita lakukan untuk menyediakan hidangan memang pelbagai.

 

Contohnya ketika menyediakan hidangan berasaskan makanan laut  seperti sotong, walaupun nampak cukup mudah untuk dimasak, tapi ada cara tersendiri terutamanya dalam hal membersihkan isi perutnya hinggalah perlu tahu teknik memasaknya agar tidak menjadi liat.

Nak tahu apa tip dan tekniknya?  Ayuh! Praktis 6 cara mudah ini yang dikongsikan oleh Mamak Haji agar sotong yang dimasak tidak liat dan tidak menjadi kecut.

IKLAN
  1. Setelah sotong dicuci dah bersihkan ketuk beberapa kali pada badannya dengan kitchen mallet tapi jangan sampai terkoyak pula isinya. Kemudian potong bulat atau mengikut cita rasa.Masak Sotong Nak Lembut Digigit, Begini Cara & Tipnya!
  2. Jangan terlalu lama masak sotong, isinya akan jadi macam tayar goodyear. Kalau  gunakan suhu terlalu panas masak di antara 1 minit ke 3 minit saja. Atas 5 minit, sayonara.

3. Masak sotong dengan api dapur yang sederhana, cara simmering atau reneh sekurang-kurangnya selama 45 minit. Ini yang buatkan sotong lembut dan kuah kari jadi pekat-masala. Ingat ye kalau nak cepat cuma gunakan air panas yang mendidih gunakan masa masak di atas iaitu sama 1-3 minit saja..tapi kalau masak masala yang sedap maka elok masak sotong dalam renehan iaitu mulakan dengan air sejuk, tapi kena sabar.

4. Isi sotong juga boleh dilembutkan dengan perapkan jus limau nipis atau lemon. Asid dari jus ini bukan saja lembutkan isi sotong tapi menghindarkan bau hanyir sotong.

IKLAN

5. Ada juga orang Perancis suka rendam sotong dalam susu untuk melembutkan sotong. Ini kerana susu mengandungi asid lactic, oleh itu perap sotong semalaman atau sekurang-kurang 4 jam dalam peti sejuk sebelum digunakan.

IKLAN

6. Dakwat hitam sotong bukan beracun maka boleh disimpan dan digunakan untuk masakan ikan kicap atau goreng sayur kicap. Dakwat ini akan beri aroma yang sedap untuk masakan anda.

Ekstra tip :

  1. Jika sotong digunakan di dalam resipi salad, pastikan sotong hanya dimasukkan ke dalam air yang mendidih selama dua minit. Kemudian toskan dan terus masukkan ke dalam air sejuk supaya sotong tidak liat.
  2. Jika ingin menggoreng sotong, pastikan digoreng dengan minyak yang banyak.
  3. Rendam sotong yang telah dibersihkan dengan air bercampur cuka selama 5 minit sebelum dimasak akan da[at mengelakkan sotong menjadi kecut.

sumber : Mamak Haji

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI