Kenakan menghirup kuah tomyam yang mempunyai rasa pedas, masam dan pekat pasti memberi kepuasan rasa yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Cukup sempurna nak membuatkan ada yang makan bertambah.

Pun begitu tahukah anda untuk mendapatkan rasa tomyam lebih padu, perlu dimasukkan susu cair di dalam bahan-bahannya. Mungkin ada yang berasa pelik namun menurut cikgu masakan Afy AL Habibi ini, rasanya lebih sedap berbanding tomyam biasa.

“Nama Tomyam Thai cikgu letak sekali sebab ada penggunaan susu cair di dalamnya. Untuk menghidupkan lagi aroma tomyam versi Thai, batang ketumbar serta hirisan daunnya cikgu taburkan juga.”

“Muak tak cikgu masukkan susu?”

“Haa tak pun. Masuk pun tak banyak. Lepas perah limau nipis seimbanglah rasanya. Lagi sedap kot dari tomyam biasa. Okay jom tilik resepi” tulisnya di bahagian kapsyen.

RESEPI TOMYAM THAI
1. Mula-mula sediakan hirisan sayur seperti di bawah:
– sedikit bunga kubis
– sedikit kubis
– 5 biji cendawan shitake
– 1 biji tomato
– 2 batang seledri
– 1/4 batang carrot
– sebatang daun ketumbar


Bahan tumis:
– 1/2 bawang holland
– 3 ulas bawang putih
– 2 hiris lengkuas
– 3 helai daun limau purut
– sehiris halia
– 1 batang serai
– 3 tangkai cili padi
– paste tomyam


2. Panaskan sedikit minyak.
Masukkan bahan tumis tadi. Tumis sehingga naik bau.
3. Selepas memasukkan potongan kecil ayam yang bertulang biarkan seketika. Barulah masukkan dua sudu besar pes tomyam. Guna api perlahan sahaja.
4. Seterusnya masukkan dua cawan air. Biarkan kuah mendidih.
5. Bolehlah masukkan sayur yang keras terlebih dahulu iaitu kubis dan bunga kubis.
6. Untuk sebatikan rasa kuah, sebiji tomato dimasukkan sekali serta akar ketumbar yang dicuci bersih.
7. Untuk rasa kuah menjadi ‘kowww’ masukkn sos cili 1/2 senduk kecil.
Perasakan dengan 1/2 sudu kecil gula. Cikgu suka ada gabungan rasa masam manis dan masin yang cukup. Jika tak suka rasa manis tak perlu letak okay.
Secubit dua garam dimasukkan. Hati-hati kerana pes tomyam sudah tersedia masin.


8. Selepas kuah mendidih beberapa kali, masukkan 1/2 senduk susu cair. Biarkan semua sebati dalam api perlahan.
9. Barulah cikgu masukkan sayur yang mudah melembut iaitu batang seledri, cendawan shitake dan carrot. Tunggu seminit dua sebelum ditutup apinya.


Siap!
Sendukkan dalam mangkuk dan barulah picit asam limau serta taburkan daun ketumbar.

IKLAN

Sumber : Afy AL Habibi

 

ARTIKEL MENARIK: Bila Buat Air Kopi Guna Susu Full Cream Lagi Sedap Rasanya, Nak Cuba Ni Resipinya!

IKLAN

LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club