Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telur. Adakah harapan untuk hamil? Itu mungkin persoalan yang menjadi tanda tanya terutama kaum ibu.

Melihat gambar yang dikongsikan oleh Dr Hamid Arshat mengenai pembedahan Cyst, pasti ramai yang gerun dan tidak menyangka ketumbuhan tersebut mengandungi cecair berminyak, lemak dan rambut.

menurut Dr Hamid, kes sebegini berlaku ke atas wanita tanpa disedari. Namun, ketumbuhan begini sebenarnya tidaklah bahaya jika dirawat lebih awal.

Justeru, beliau menyarankan mereka yang mempunyai masalah ini menukar gaya hidup yang lebih sihat.

Berikut beberapa tip gaya pemakanan selepas pembedahan cyst yang perlu ibu-ibu tahu.


DERMOID CYST PADA OVARI KIRI

Kandungan cyst ialah cecair berminyak, lemak dan rambut. Menakutkan juga bila melihat rambut tumbuh dalam kilang telor.

Satu jenis keajaiban, tidak terfikir rambut boleh tumbuh dalam ovari. Kejadian Allah, apa-apa boleh berlaku atas KehendakNya. Masih ada peluang hamil, ovary kanan dan tiub kanan masih normal.

Lepas bedah perlu amalkan cara hidup sihat.

MAKANAN UNTUK LEPAS BEDAH

1. Lepas bedah penting untuk meningkatkan immunty untuk mencegah tumbuh semula penyakit endometriosis , fibroid dan ovarian cyst serta untuk meningkatkan peluang hamil.

2. Ambil langkah untuk kurangkan stress. Exercise 30 minit setiap hari, banyak berzikir , baca quran 4-5 muka setiap hari.
Kurangkan pendedahan kepada toksin – jauhkan menghidu asap beracun, semburan insecticide dan pewangi dirumah dan dalam kereta. Gunakan bahan-bahan organik untuk syampu, sabun, minyak rambut dan deodorent.

3. Sangat penting makanan berzat dan berkhasiat, Jauhkan semua makanan dan minuman yang mengandungi pengawet, perisa dan pemanis, saperti fast foods, junk foods, burger, hot dog, nuggets, french fries dan lain-lain.
Juga jauhkan makanan dan minuman yang mengandungi gula dan tepung – donut, kueh2, ice krim , chocolat dll. Jauhkan minuman soft drink , jus dan kordial dalam botol atau kotak.

4. Makan 70% bahan2 mentah dan segar , iaitu buah-buahan dan sayur-sayuran. Makan lebih buah tempatan saperti papaya, nenas, jambu batu, tembikai , dragon fruit dan lain-laian. Saya galakkan makan ulam , sayur bayam, bendi, terong, kangkung, cekur manis, daun turi dan keledek merah.

5. Amalkan minum jus buatan sendiri tanpa gula. Dua biji apel hijau, 2 carrot, 2 batang celery . Atau 1/4 buah papaya dan ¼ Nenas (khas sminggu dalam waktu haid). Buat jus asli campur sikit air jadikan satu jug , masuk peti ais semalaman.

6. Esok untuk sarapan pagi kacau dan minum satu gelas jus , lepas itu minum satu sudu besar extra virgin olive oil atau minyak kelapa dara.
Makan 2 biji telor separuh masak dan oat atau cereal lain. Jauhkan roti putih atau nasi putih. Makan roti whole meal dan brown rice.

7. Makanan selingan (tea dan coffee break) – jauhkan makanan bergula dan karbohadret. Makan buah-buah atau segenggam campuran kacang almond, gajus, kismis dan peanuts. Minum air mineral atau teh hijau. Jauhkan teh tarik atau nescafe susu.

8. Makan tengah hari – Cuba makan rojak, pecal, salad atau sup sayur. Makan seketul ayam, sepotong ikan atau daging. Minum air mineral ,air kelapa muda. Tengah hari tidak makan nasi atau lain-lain jenis karbohidrat.

9. Makan malam – Minum satu gelas jus diikuti satu sudu besar apple vineger atau satu sudu . Masak sup sayur kobis, karot, brokoli dan cendawan.
Atau buat rojak/pecal dari sayur kankung, taugeh, sengkuang, tempeh tauhu. Masak lauk ikan , ayam atau daging dengan menggunakan lebih halia, kunyit bawang putih dan merah serta serai. Gantikan nasi putih kepada brown rice.

10. Supplemen yang perlu untuk mencepatkan pemulihan luka dan pemulihan penyakit endometriosis ialah multivitamins, vit C 1gm, vit E 400 IU, Habatus sauda.Makan juga goji beri, lain-lain jenis berries, spirulina, rumpai laut.

Sumber: Dr Hamid Arshat

Tinggalkan Komen