Pada kebiasaannya minyak akan digunakan semasa mengurut bagi tujuan melicinkan dan mengelakkan daripada rasa sakit semasa proses urutan dilakukan.

Minyak Urut Selain Dibeli, Kali Ni Boleh Buat Dari Dapur Sendiri!

Terdapat pelbagai jenis minyak yang biasanya digunakan di dalam keadah rawatan alternatif ini.  Setiap minyak tersebut diperbuat daripada bahan-bahan tertentu melalui proses-proses yang berbeza.

Pun begitu, tidak semua tahu cara untuk menghasilkan minyak urutan ini dan biasanya kita hanya membeli sahaja apa yang ada dipasaran.

Namun,  dengan adanya perkongsian daripada Mamak Haji ini, semoga memberi manfaat dan bertambah juga imu berkenaan cara untuk hasilkan minyak urut.  Selamat mencuba.


“Sejak kebelakangan urat-urat kaki semakin sakit…mungkin dah berumur agaknya.Semalam buat sendiri, “minyak urut Ayurvedic” sendiri.

“Sangat berkesan untuk diri mamak haji..jadi rasa nak kongsi dengan sahabat resipi buat minyak urut ayurvedic ini…Ia mudah dan kurang belanja…cuma perlukan rempah-rempah…”-Mamak Haji

Resipi Minyak Urut Ayurvedic

bahan-bahan:

IKLAN

1 cawan minyak kelapa (minyak kelapa sawit pun Ok).

1 cawan minyak lenga ( minyak bijan).

1 cawan minyak mustard (minyak biji sawi) kalau tahan baunya kalau tidak guna “castor oil”.

1 sudu besar bunga cengkih.

2 batang kulit kayu manis.

2 sudu besar biji jemuju / omam/ carawan Ajawain seed.

IKLAN

1 sudu kecil serbuk kunyit.

2 sudu besar biji halba.

1 sudu besar kapor barus.

1 sudu besar garam bukit.

1 sudu besar halia ditumbuk.

IKLAN

1 sudu besar bawang putih tumbuk.

3 helai daun salam / biryani/daun pokok kayu manis.

cara menyediakan:

1. Masukkan semua minyak-minyak dalam sebuah periok steel atau tanah liat. Panaskan minyak dengan api dapur sederhana. Bila minyak mula mendidih, kecilkan api dapur dan masukkan semua bahan-bahan tadi satu persatu.

2. Biarkan minyak itu panas selama sekurang-sekurangnya 1-2 jam..lebih lama lagi bagus…tapi mamak haji rasa dalam 1 jam sudah memadai.

3. Kalau anda inginkan warna kesukaan anda atau pewangi boleh ditambah. Bila sejuk masukkan dalam botol.

Minyak Urut Selain Dibeli, Kali Ni Boleh Buat Dari Dapur Sendiri!

sumber: Mamak Haji

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI