Berbudi pada tanah tiada ruginya. Menuai hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya  di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.

Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan.

Melalui perkongsian di laman sesawang Kebun Bandar, penggunaan semburan MSG pada tanaman akan menghasilkan kesan yang bagus.MSG (Monosodium glutamate)  merupakan salah satu penyedap rasa yang kelima yang sering digunakan dalam masakan.

Namun kini, penggunaan MSG juga boleh digunakan sebagai salah satu penggalak tanaman yang berfungsi memberi ‘booster’ kesuburan pokok selepas baja, terutama pada pokok yang susah hendak berbunga.

Batang tanaman akan  menjadi lebih cepat besar dan berkembang. Manakala bagi dedaun sayur pula kan membesar dua hingga tiga kali ganda saiznya.Menarik bukan!

KAEDAH PERTAMA:

IKLAN

Sediakan satu sudu teh (5g) MSG untuk kegunaan satu pasu tanaman. Tabur terus bahan ini sebagai penggalak tanaman disebelah pokok. Kemudian siram dengan air.

KAEDAH KEDUA

Bagi pokok kecil sediakan 1 sudu makan (15g) + 5 liter air (untuk tanaman seperti sawi, kangkung, bayam,salad,pokok kari, serai, pandan dan lain-lain)

Bagi pokok besar  ( tanaman setahun ke atas) sediakan 5 sudu makan (75g) + 1 liter air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan,manggis dan lain-lain)

IKLAN

Guna air tanpa klorin seperti air tadahan penghawa dingin, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.

Waktu siraman :

Waktu redup petang jam 6 petang ke atas.

Kekerapan :

IKLAN

Seminggu sekali. Siram di pangkal pokok dan sembur pada dedaunan pokok.

Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula berbunga.

Selamat Mencuba!

Sumber: Kebun Bandar

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI