Berbudi pada tanah tiada ruginya. Menuai hasil tanaman sendiri seperti cili, tomato, sawi, terung, bendi dan sebagainya di halaman rumah mahupun pada mini kebun pasti memberikan kepuasan yang tidak ternilai.
Selain menjimatkan belanja dapur, hasil tanaman ini juga boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan.Namun ada kalanya tuaian tanaman tersebut kurang memberikan hasil yang memberangsangkan.
Melalui perkongsian di laman sesawang Kebun Bandar, penggunaan semburan MSG pada tanaman akan menghasilkan kesan yang bagus.MSG (Monosodium glutamate) merupakan salah satu penyedap rasa yang kelima yang sering digunakan dalam masakan.
Namun kini, penggunaan MSG juga boleh digunakan sebagai salah satu penggalak tanaman yang berfungsi memberi ‘booster’ kesuburan pokok selepas baja, terutama pada pokok yang susah hendak berbunga.
Batang tanaman akan menjadi lebih cepat besar dan berkembang. Manakala bagi dedaun sayur pula kan membesar dua hingga tiga kali ganda saiznya.Menarik bukan!
KAEDAH PERTAMA:
IKLAN
Sediakan satu sudu teh (5g) MSG untuk kegunaan satu pasu tanaman. Tabur terus bahan ini sebagai penggalak tanaman disebelah pokok. Kemudian siram dengan air.
KAEDAH KEDUA
Bagi pokok kecil sediakan 1 sudu makan (15g) + 5 liter air (untuk tanaman seperti sawi, kangkung, bayam,salad,pokok kari, serai, pandan dan lain-lain)
Bagi pokok besar ( tanaman setahun ke atas) sediakan 5 sudu makan (75g) + 1 liter air (seperti pokok mempelam, pokok rambutan,manggis dan lain-lain)
IKLAN
Guna air tanpa klorin seperti air tadahan penghawa dingin, air hujan atau air paip yang dibiarkan terdedah semalaman atau lebih lama.
Waktu siraman :
Waktu redup petang jam 6 petang ke atas.
Kekerapan :
IKLAN
Seminggu sekali. Siram di pangkal pokok dan sembur pada dedaunan pokok.
Kesannya biasa dapat dilihat seminggu selepas penyiraman atau semburan dibuat. Pucuk baru akan mula muncul. Pokok yang tidak pernah berbunga akan mula berbunga.
Selamat Mencuba!
Sumber: Kebun Bandar
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bukan biasa-biasa resipi aiskrim Malaysia yang dikongsikan oleh Yaya Baiyah ini, katanya resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru ni gemuk-gemuk dengan pelbagai perisa. Apa tidaknya, resipi aiskrim ini cukup meriah dengan bahan-bahan yang digunakan dan nampak begitu menyelerakan.
Tidak puaa sekadar hanya melihat gambar yang dikongsikan ini, timbul pula rasa teringin untuk menikmatinya. Jadi apa kata, malam ini kita sediakannya dan bolehlah esok dinikmati bersama seisi keluarga.
Selamat mencuba.
Resipi Aiskrim Malaysia Alaf Baru
Gemuk-gemuk dengan perisa viral! Sedap! Boleh la cuba, resepi kat bawah ni. Harini bolehlah buat, nanti bagi kat min sebatang yer
Berita gembira telah disahut dengan rasa syukur setelah akhirnya rakyat Malaysia dibenarkan merentas negeri bermula semalam (11.10. 2021). Sebagaimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad petang lalu.
Sudah pastinya destinasi yang mahu dituju adalah pulang ke kampung berjumpa orang tua yang sudah lama ditinggalkan. Biarpun kelonggaran ini diberikan, namun Perdana Menteri memberi nasihat supaya tidak alpa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan untuk mengelak penularan wabak ini.
Di samping menziarahi ibu bapa di kampung, sudah tentu ada yang merancang membawa anak-anak ke tempat menarik yang setelah sekian lama tidak berlibur bersama keluarga.
Biasanya jika melancong kita akan membawa anak dengan menggunakan kereta atau kapal terbang, namun apa kata kali ini menggunakan pengangkutan keretapi untuk menuju ke destinasi pilihan sambil menikmati pemandangan nan menghijau serta kabus waktu pagi.
Suasana ini boleh dirasai jika anda menggunakan pengangkutan keretapi yang dikenali sebagai ‘Keretapi Shuttle Pantai Timur. Bagi yang sukakan perjalanan yang relaks dan santai, inilah pilihan yang sesuai untuk membawa keluarga bercuti cara lama. Pastinya menggamit nostalgia.
Nak tahu lanjut mengenai pengangkutan ini, ikuti perkongsian saudara Mohd Radzi Jamaludin
Keretapi Shuttle Pantai Timur
Selain dari membawa sahabat dan kenalan, saya juga pernah membawa 2 orang pelancong dari Eropah menaiki Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Saya pecahkan perjalanan mereka kepada 5 hari sebab hendakkan mereka bermalam di beberapa lokasi, bagi merasa juadah dan bergaul dengan rakyat tempatan.
Mereka betul betul gembira dengan perjalanan tersebut. Walaupun keretapi kami bertolak lewat 5 jam, walaupun tidak mewah, tetapi mereka memang suka sangat. Ada seorang tu bagitahu, “you know Radzi, this trip is an absolute gem. Thank you for showing us your country this way.” Cumanya, mereka hairan kenapa produk ini tidak pernah langsung ada di dalam brosur atau bahan promosi pelancongan Malaysia. Langsung tiada apa apa maklumat berkenaan Keretapi Shuttle ini.
Yang sedihnya, jangan kata pelancong luar negeri, ada rakyat kita sendiri pun yang tidak tahu kewujudan Keretapi Shuttle Pantai Timur ini. Apa yang mereka tahu hanyalah tentang Ekspress Timuran yang hanya berhenti di beberapa stesyen. Keretapi Shuttle ini pula berhenti di semua pondok dan stesyen.
Pendek kata, Keretapi Shuttle ini lebih mendekatkan kita dengan orang tempatan, boleh berborak borak macam kawan yang dah lama tak berjumpa. Pernah sekali, seorang mak cik meminta saya menghantar beberapa bungkus durian ke Stesyen Pasir Mas. Dia kata, nanti ada orang yang akan mengambilnya dari saya, walaupun saya langsung tidak kenal orang tersebut. Sebelum keretapi bertolak, dia memberi saya sebungkus durian sebagai upah menjaga penghantaran tersebut.
Saya berharap, sesiapa yang berkenaan di Kementerian Pelancongan, Perbadanan Aset Keretapi dan KTMB sendiri silalah ambil maklum. Sayang sungguh melihat produk sebegini tidak dimanafaatkan dengan sebaiknya. Dengan banyaknya kekangan untuk melancong ke luar negara, inilah masa yang terbaik untuk mempromosikan pelancongan keretapi tempatan. Faedah ekonomi pun banyak. SANGAT BANYAK!!
Saya juga berharap, dengan perkongsian gambar gambar ini ia akan dapat membuka hati sahabat sahabat untuk meneroka, menjelajah dan melancong ke Pantai Timur melalui Keretapi Shuttle. Warga emas dan anak anak pun boleh ikut sekali.
Keretapi Shuttle ini bergerak ulang alik di antara Kualai Lipis dan Tumpat.
Keretapi Shuttle ini bergerak ulang alik di antara Kualai Lipis dan Tumpat. Disebabkan oleh PKP, berkemungkinan ada perubahan dengan jadual semasa. Keretapi ini bukan hanya setakat pengangkutan awam. Ianya adalah “blood vein” bagi banyak penduduk yang tinggal jauh dari jalan utama.
Kepentingannya sangatlah tinggi. Saya nasihatkan jangan ambil perjalanan terus dari mula sampai tamat. Pecahkan kepada dua atau tiga hari. Bermalamlah di kampung atau pekan kecil di sepanjang laluan.
InsyaAllah, bila sudah boleh merentas negeri nanti, Keretapi Keliling Semenanjung adalah di antara perjalanan yang akan saya buat secepat mungkin. NOTA: Tahukah sahabat sahabat semua, pada tahun 2018, Laluan Keretapi Pantai Timur telah dipilih sebagai LALUAN KERETAPI TERBAIK DI ASIA oleh akhbar The Telegraph UK? https://www.telegraph.co.uk/…/asia-best-train-journeys/
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Hari ini 10 Jun seperti dimaklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan boleh disemak mulai jam 10 pagi ini. Manakala keputusan untuk Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) akan diumumkan pada minggu hadapan dan akan dimaklumkan oleh KPM dari masa ke semasa.
Pastinya debaran terasa bukan sahaja oleh anak-anak kita, malah kita sebagai ibu ayah juga merasainya. Apatah lagi bila mengenangkan begitu besar cabaran dan ujian yang dilalui oleh semua calon SPM 2020 akibat ‘dibelenggu’ pandemik Covid-19.
Hari ini tibalah masanya untuk kita semua menerima dengan berlapang dada apa sahaja keputusan yang diperolehi oleh anak-anak. Mereka telah berusaha dan kita sebagai ibu ayah wajar untuk terus memberi semangat dan dorongan untuk kebaikan masa depan mereka.
Jadi di sini dikongsikan cara untuk membuat semakan keputusan SPM 2020, iaitu dengan 2 kaedah mudah.
Secara dalam talian di pautan myresurlt1.moe.gov atau myresult2.meo.gov.my untuk mendapat keputusan penuh.
Semakan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), anda perlu menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 68886. Perkhidmatan ini akan mulai diaktifkan pada jam 10 pagi ini sehingga 6 petang pada 17 Jun akan datang.
Selain itu jika pelajar tidak mempunyai capaian internet, anda boleh terus menghubungi pihak sekolah masing-masing untuk mendapatkan keputusan SPM.
Cara Muat Turun Slip Keputusan
Bagi calon atau ibu ayah yang ingin memuat turun slip keputusan SPM, ia juga boleh dilakukan dengan mendapatkan slip tersebut melalui pautan berikut.
Terkini: Kawalselia Padi dan Beras (KPB) membuka kertas siasatan terhadap kes pelupusan beratus-ratus kampit beras berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur - Kampung Gunung Senyum,...