Kuih lapis adalah antara kuih yang selalu dihidangkan di meja waktu minum petang. Rasa enak dan lemak membuatkan ahli keluarga suka hidangan ini.
Nampak lapisan kuih ini seakan sukar untuk membuatnya. Namun perkongsian ini nyata mudah untuk dicuba. Paling best menggunakan sukatan cawan. Mudah nak buat, confirm jadi!
___________________________________
Yeay berjaya buat walaupun 1st time. Alhamdulillah cantik kejadiannya, boleh kopek satu-satu lagi. Sedap sangat.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan santan kotak kecil
3 cawan air masak
1 cawan gula
1 sudu teh garam
Cara penyediaan:
Selamat mencuba! Memang sedap.
Kredit: Aezween Rainoe
Rupanya Paru Digoreng Tak Akan Liat, Ada Petuanya!
Menggoreng paru mungkin ada di antara kita merasakan mudah sahaja untuk disediakan, apatah lagi hanya sekadar digoreng. Pun begitu, kalau tidak biasa memasaknya belum tentu hidangan paru yang rangup dan berasa dapat disajikan untuk seisi keluarga.
Orang kata memasak paru ini ada petua dan tipnya yang harus dilakukan sebelum dan semasa menggoreng. Nak tahu lanjut, ini dikongsikan oleh Azlin Safena Azihar. Jom semak.
RAHSIA: Paru Goreng Rempah yang lembut sangat dan ranggup
1-Cara nak buang bau hanyir, rendam dengan limau nipis jap.
2– Cara nak lembut kan paru
a) Masukkan air dan paru dalam periuk
b) Masukkan garam, kunyit dan asam keping
c) Masak bahan-bahan tersebut selama 20 minit
Setelah itu potong nipis-nipis tau.
Cara goreng paru
a) Jintan manis, jintan putih dan ketumbar di tumbuk. Setelah tu, digaul bersama paru.
b) Masukkan garam dan kunyit sekali tau.
c) Setelah minyak panas di kuali, masukkan paru.
d) Ni penting, masukkan ASAM KEPING di dalam kuali tu.
Ok, paru sedia di makan. Percaya lah memang ranggup dan lembut je.
sumber : Azlin Safena Azihar
ARTIKEL MENARIK : “Di Rumah Auto Jadi Bapak-bapak..”-Isteri Abam Bomba Viral Kongsi Rutin Suami,Tarik Perhatian!
Baca Ini Juga :Hidup Mewah, Rupanya Datuk Lee Chong Wei Buat Macam-macam. Bukan Main Badminton Je Dulu!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Pencuci Mulut Susu Campur Air Soda, Sedap Ke?
Lagi beberapa hari je baki tinggal untuk kita berpuasa. Mesti dah habis idea nak cuba buat pencuci mulut apa di rumah. Terus teringat K-Drama yang belum habis tengok. Cakap pasal Korea je semua benda viral kan. Tak kisah lah lagu, drama, makanan dan lain-lain.
Kredit Maya Kitchenette
Baru ini pulak, viral pemanis mulut “Hwachae” dekat media sosial. Apa tu? Hwachae ialah sejenis pemanis mulut yang berasal dari Korea Selatan. Biasanya Hwachae dihidangkan pada musim panas untuk hilangkan rasa haus dan segarkan tekak ketika cuaca panas.
Hwachae beri magnolia
Hwachae tembikai merah
Hwachae ini diperbuat daripada buah-buahan dan bunga-bungaan. Alah kalau dekat sini macam fruit cocktail lah betul tak. Bezanya, Hwachae ini kita tambah air soda atau air gas je.
Hidangan Pemanis Mengeratkan Hubungan
Di Korea, Hwachae dianggap sebagai hidangan pemanis yang sesuai untuk seisi keluarga. Boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan lah katanya. Contohnya ketika berkumpul untuk minum petang.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah buah-buahan ikut selera masing-masing. Antara buah yang sering menjadi pilihan adalah tembikai, anggur, strawberi dan macam-macam lagi.
Bahan seterusnya adalah susu berperisa strawberi dan air soda atau air gas. Selain itu, bahan-bahan tambahan lain adalah jelly, ais batu dan ais krim perisa vanila. Wah dengar saja pon dah terliur. Tak teringin ke nak cuba?
BAHAN-BAHAN:
- Buah tembikai
- Anggur hijau dan ungu
- Buah naga
- Strawberry
- Susu strawberry
- Air air soda (ikut pilihan masing-masing)
- Ais
CARA PENYEDIAAN:
Resepi ini mudah je untuk sediakan. Sesuai lah untuk orang bujang atau yang nak cepat. pertama sekali, masukkan ais dalam mangkuk. Kemudian, masukkan buah-buahan yang telah dipotong tadi. Kalau nak senang untuk dimakan, boleh potong dadu. Kemudian, tuangkan air susu strawberry. Akhir sekali, campurkan sekali air soda dengan susu tadi. Boleh masukkan aiskrim vanilla kalau nak.
Kredit Medcom.id
Keunikan rasa dari kombinasi susu, air soda, dan buah-buahan segar membuatnya menjadi pilihan yang tepat untuk sejukkan tekak lepas berpuasa sepanjang hari. Selamat mencuba dan menikmati bersama keluarga!
MESTI BACA : Resepi Biskut Nestum Coklat, Guna Acuan Reben, Terujanya Nak Makan!
Menu Bertambah Masa Pantang, Resepi Sambal Cekur, Macam Air Tangan Ibu Di Kampung!
Buat Sendiri Di Rumah,Ini Resepi Ayam Gunting Ala Uncle Bob Confirm Jadi!
Sumber: Youtube Limau Nipis
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
Petua Masak Paru Tak Rasa Hanyir & Bila Digoreng Terasa Rangup!
Tidak lama lagi kita akan meraikan Hari Raya Korban yang nyata mempunyai cara sambutan dan kemeriahannya berbeza dengan Hari Raya. Antara momen yang ditunggu-tunggu adalah kita akan beramai-ramai kita ke masjid atau surau untuk melihat acara penyembelihan dan seterusnya bersama-sama bergotong royong melapah daging untuk dibahagikan kepada orang ramai.
Bercerita tentang agihan daging korban yang diterima, macam-macam menu boleh kita sediakan untuk keluarga. Andai kata ada di dalamnya paru bolehlah sediakan paru goreng rangup. Rasanya sangat enak apatah lagi jika dimasak sambal!
Pun begitu ada petua dan tip berkaitan menyediakan menu paru ini pastikan ianya tidak hanyir, ini sepertimana yang dikongsikan oleh Cikgu Afy Al Habibi.
TIP HILANGKAN BAU HANYIR PARU & CARA MASAK PARU GORENG GARING
- Rendam paru dengan sedikit tepung gandum. Biarkan setengah jam.
- Kemudian rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis.
- Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.
- Akhir sekali, basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.
- Masukkan air sebanyak 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam gelugur/keping.
- Rebus paru sehingga masak menggunakan api sederhana perlahan.
- Setelah masak, angkat paru tadi dan toskan airnya.
Baca artikel menarik lain di sini:
- “Bijaknya Adik Ni…”-Warganet Tumpang Bangga, Senang Je Jawab Beza Pemimpin Tempatan & Eropah!
- “Abang Sentiasa Buat Saya Rasa Dihargai ..”-Coretan Isteri Reda Permergian Suami, Undang Sayu!
- Kuih Telaga Emas, Rupa Cantik Rasa Pun Sedap. Ni Resipi Boleh Cuba Buat!
CARA MASAK PARU GORENG GARING
- Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh. Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.
- Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.
- Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi. Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.
- Gunakan api sederhana perlahan. Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap.
- Paru Goreng Garing siap dimasak. Sedia untuk dinikmati. Nak makan cicah sos pun boleh.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club