Apabila hari-hari menyediakan sarapan pagi untuk ahli keluarga tentu dah tak ada idea nak masak apa.
Namun, melalui perkongsian ni, boleh cuba resipi jemput-jemput berkhasiat ni. Menariknya salah satu bahanya menggunakan nasi. Patutlah rangup dan sedap. Boleh juga buat untuk minum petang.
JEMPUT-JEMPUT RANGUP LEMBUT
Bahan-bahan
Nasi
Ayam
Bawang besar( dipotong)
Daun sup( dipotong)
Cheese( diparut)
Minyak masak
Garam
Tepung gandum
Jika nak tambah benda lain macam kentang ke ikut suka pun boleh.
Cara membuatnya mudah jer
Ayam dan nasi dalam segenggam blend halus pastu campurkan sekali dengan bawang,carrot, cheese dan daun sup.Letak tepung gandum sikit. Masukkan garam gaul je macam nak buat cucur tu.
Panaskan minyak goreng bulat-bulat hingga garing.Dah garing toskan minyak dan siap untuk dimakan.Rangup diluar lembut didalam.
Selamat mencuba!
Kredit: kongsi rezeki masakan via pakar diari hati
Begini Cara Jika Nak Cili Boh Power, Tahan Berbulan & Tak Berkulat. Wanita Ni Kongsikan Rahsianya!
Menyediakan bahan masakan lebih awal lagi menjimatkan masa memasak. Sebagai contoh membuat pes dan sebagainya. Terutama buat ibu-ibu yang bekerjaya. Bila balik rumah mudah nak masak kan bila dah ada pes. Namun ada kalanya pes yang dibuat tak tahan lama, cepat pula berkulat.
Perkongsian wanita bernama Cik Ela kni bagaimana menyediakan cili boh yang tahan lama dan paling penting tidak berkulat.
Jom baca perkongsian ini.
Hai semua. Dulu saya dah pernah share cara mudah nak buat cili boh awesome ??
Resepi ciliboh awesome by styleciknur ?
Bahan2 :
– cili kering (pilih yg gemok pendek xpedas)
– air panas mendidih (ciknur panaskan guna heater je sng)
– garam kasar
– minyak masak
Cara2 :
1) Gunting cili kering dan buang biji (ciinur gunting ikut suka je)
2) Rendamkan cili kering dengan air panas mendidih selama sejam (terpulang)
3) Basuh dan toskan air
4) Blend cili kering dengan minyak bersama garam kasar (segenggam)
5) Siap
*tips
– lebihkan minyak (jgn guna air semasa blend)
– waktu saya buat sekilo cili kering 2kg minyak (boleh agak2)
– simpan bekas bertutup (nak guna cedok guna sudu bersih)
*tahan berbulan2 simpan dlm chiller memang xberkulat
#selamatmencuba #styleciknur #cilibohawesome #ciliboh
Sambal Sotong Kembang Digigit Tak Liat Bila Begini Cara Masaknya!
Jika dapat makan nasi lemak dengan sambal sotong kembang memang kelazatannya begitu sedap hingga tak terkata. Pun begitu, bukan semua biasa menyediakan hidangan sotong kembang ini. Apatah lagi bimbang jika sotong kembang yang dimasak terasa liat pula bila dimakan.
Jadi sebenarnya ada teknik memasaknya sepertimana resipi yang dikongsikan oleh Har Ryea. Jadi jom lihat langklah demi langkah untuk menyediakan menu Sambal Sotong Kembang ini.
Sambal Sotong Kembang
Bahan-bahan:
3 ekor sotong, bersihkan.
(ikut petua, rebus sekejap sahaja. Air sudah mendidih terus padam api biarkan seminit dua selepas itu toskan dan potong-potong kecil)
6 -7 sdb cili kering kisar
2-3 sdb bawang besar kisar
1 sdb bawang putih kisar
1 sdb halia kisar
1-2 biji bawang besar- hiris kasar
Seketul kecik gula Melaka
1 sdk pes asam jawa Adabi
Garam & Ajinomoto
Sedikit gula pasir
Semangkuk kecil kacang tanah (goreng dan kisar sedikit kasar)
Cara Masak:
1.Bersihkan sotong kemudian rebus sekejap sahaja. Air sudah mendidih terus padam api biarkan seminit dua selepas itu toskan dan potong-potong kecil. Ketepikan.
2.Panaskan minyak, goreng bawang besar yang dihiris kasar. Goreng sampai sedikit garing.
3.Masukkan bahan-bahan kisar (bawang besar, bawang putih & halia) ratakan sekejap.
4.Masukkn cili kering kisar, ratakan. Masukkan juga gula Melaka dan teruskan menumis.
5.Masukkan garam, ajinomoto, gula pasir (agak-agak yer), dan sedikit pes asam jawa, gaulkan rata dan biarkan hingga naik minyak.
6.Boleh masukkan sotong, gaul rata. Masukkan juga kacang tanah goreng yang sudah dikisar kasar.
7.Masukkan sedikit air, gaul lagi. Boleh tambah kacang tanah jika nak.
8.Terus masak hingga sambal naik minyak dan wangi. Selalu kacau supaya sambal tidak hangit.
9.Siap
Tip Simpan Bahan Masakan Agar Tahan Lama Dengan Cara Frozenkan. Nak Segar Selalu, Syaratnya Jangan Bagi Basah!
Biasanya lepas beli barang dapur, ibu-ibu pasti akan simpan semua dalam peti sejuk. Kita ingatkan, semua bahan yang disimpan dalam peti sejuk boleh tahan lebih lama, bukan?
Sebenarnya, bukanlah semua bahan dapur boleh disimpan dengan cara yang sama. Ada yang tak sampai dua hari dah layu. Terpaksa beli baru jika nak guna.
Mungkin kaedah yang dikongsikan puan Asmawati Ayob dapat membantu ibu-ibu menyimpan bahan masakan lebih lama.
Salam kawan2. Ok hari ni sy cuti..jd bersenang lenang dirumah. *walopon keja umah menimbun tetaplah rasa senanglenang gituu
Ok hr ni sy nk bg tips utk mak2 bagi memudah kn kerja di dapur..iaitu mcm mn nk simpan bahan2 masakan supaya kamu2 tidak perlu berulang alik ke kedai acheh..smpai acheh tu pon dh kenal muka kamu walopon pakai mask .
Satu2 nya tips hr ni adalah…FROZEN kan semua bahan masakan. Halia, lengkuas, serai, daun sup, daun saleri, daun limau purut, daun kunyit, daun kari, daun pandai dan petai (sambal belacan pon daku prozen ).
Ni utk sesiapa yg x mampu nk tanam la kan bahan2 di atas. Kalau yg ada pokok dan sejenis tanam apa pon subur elok..xyah la frozen..pi lah petik kt kebun kamu yg seluas 0.03 hektar tu
*syarat before frozen. Bahan2 tu semua jgn basah. Barulah dia segar elok ok.
Cara frozen ni dpt jimat duit, jimat masa dan jimat tenaga uols. Jadi tiada alasan utk tidak memasak. Walaopon kadang2 dtg jugakkkk penyakit M tu kan..