Sejak anak masuk sekolah pelbagai menu ibu-ibu fikirkan untuk anak-anak membawa bekalan ke sekolah dan juga menu hidangan seisi keluarga. Kepada yang masih belum mempunyai kemahiran membuat kek, apa kata mencuba resepi kek viral ini daripada perkongsian puan Azlina Ina. Jom cuba!

Marble kek majerin pelangi

Bahan-bahan: 

375g majerin pelangi

3/4 cawan gula kastor kalau nak manis sket 1 cawan bersamaan 170g

5 biji telur A

1 sudu (k) esen vanila

1/2 cawan susu pekat

2 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu (k) baking powder

3 sudu (b) serbuk koko

sedikit emolco coklat untuk bau dan rasa

Cara-cara membuatnya: 

⭐️Gula+butter+esen vanila putar dengan kelajuan tinggi selama 15-20 minit sampai gebu. Masukkan telur sebiji2, akhir sekali putar 15 minit. Kemudian masukkan susu dan putar sebati jer. Masukkan pula tepung sedikit2 sambil perlahankan mixer dan masukkan semua. Speedkan balik dan putar selama 3-4 minit.

Bahagikan adunan kepada 2. Satu plain sahaja dan bahagian masukkan 3 sudu (b) serbuk koko dan sedikit emolco coklat.kacau rata..lapik loyang dgn baking paper.Masukkan adunan pakai senduk dalam loyang berselang seli sampai habis. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 C selama 15 minit pertama. Turunkan suhu pada150 C selama 45 minit. Bila masak terbalikkan atas redai kek dan buang baking paper, kemudian terbalikkan semula serta merta pada kedudukan asal.

Foto: Fb: nor hazirah manaf

 

Tinggalkan Komen