beras

Sejak dulu beras digunakan sebagai pupur untuk mencerahkan kulit dan membuang kotoran dengan cepat. Pernah tak dengar orang kata kenapa orang-orang Siam atau yang duduk disempadan Siam muka cantik gebu dan semuanya comel-comel belaka. Kalau perasan, muka mereka semuanya cantik dan paling penting kulit licin dan gebu. Jerawat? Memang tak pernah ada.
Muka Halus Putih Gebu Dengan Beras Pulut , Rahsia Kecantikan Gadis Siam. Wanita Ni Kongsikan Caranya!Malah, ada yang mengatakan amalan mereka makan pulut sejak kecil rahsia kulit cantik. Ya, itu hakikatnya. Pulut Ayam yang jadi makanan popular mereka adalah menu ruji saban hari. Makan pulut macam makan nasi agaknya dan inilah rahsia kulit cantik mereka.

Jika tak mampu nak amalkan makan pulut setiap hari, apa kata kita amalkan petua buat masker daripada beras pulut yang dikongsikan Siti Zainab di facebooknya. Malah MamaAmoi juga dah cuba! Jom tengok apa bahan-bahannya.
Muka Halus Putih Gebu Dengan Beras Pulut , Rahsia Kecantikan Gadis Siam. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

Masker Putih Gebu

IKLAN

Bahan-Bahan:

  • 4 sudu besar beras pulut
  • 2 sudu besar Rose Bud
  • 1 sudu besar susu tepung
  • Sedikit air mawar -Facemist Bunga Kampung Suzy Honey

  1. Kisar kering semua satu persatu. Kisar sampai jadi halus.
  2. Kemudian bancuh ketiga-tiga bahan ini ikut keperluan yang anda nak guna.
  3. Kemudian baru titikkan air mawar mengikut tahap kepekatan. Paling penting senang nak sapu pada muka nanti.
  4. Sapu pada seluruh wajah dan boleh juga digunakan pada seluruh badan.
  5. Biarkan kering, sekurang-kurangnya 30 minit.
  6. Sebelum bilas dengan air bersih, basahkan masker dan lulurkan dahulu sebentar.
  7. Sental kulit muka dengan perlahan-lahan.
  8. Basuhlah kulit muka dengan air suam hingga bersih.

Muka Halus Putih Gebu Dengan Beras Pulut , Rahsia Kecantikan Gadis Siam. Wanita Ni Kongsikan Caranya!

IKLAN

Kelebihan Masker Rose & Beras Pulut

IKLAN

Setelah dah cuba baru anda akan tahu hasilnya. Gabungan beras pulut dan rose bud ini buat muka jadi lebih cerah dan gebu. Malah ia juga boleh menghilangkan parut-parut jerawat serta menghaluskan lagi kulit anda. Jadi rugi kalau tak cuba!

Rose bud mengandungi dua kali Vitamin C berbanding buah oren. Susu tepung pula bagi kesan cerah dan lembap. Lakukan rawatan ini dua tiga kali seminggu untuk hasil superb glow dan cerah gebu.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI