Anak adalah anugerah dan amanah Allah SWT kepada ibubapa. Setiap ibu bapa pastinya keterujaan untuk mendidik anak supaya membesar dengan cemerlang.
Terdapat pelbagai cara dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan anak menjadi seorang yang pandai. Ikuti perkongsian Pengiran M. Nizam Rahman yang menyentuh mengenai amalan kakaknya agar anaknya menjadi seorang yang bijak.
Hajat pada anak…
Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana laa.
Caranya:
Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, silakantekan butang share tu ya. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Aameeen.
“Kata-Kata Adalah Satu Doa.” Ustazah Siti Nor Bahyah Kongsikan Tip Yang Ibu Bapa Kena Praktis Jika Mahu Anak Dengar Kata!
Tidak semua anak membesar dengan baik dan menuruti segala kata-kata ibu ayah. Apabila berhadapan dengan situasi sebegini, adakalanya boleh membuatkan ibu bapa pening kepala dan buntu bagaimana cara untuk mengatasinya.
Memulakan dengan kata-kata yang baik adalah kunci kepada segala kebaikan. Jom cuba ikut perkongsian oleh Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dalam mendidik anak-anak di zaman ini. Ingatlah bahawa setiap kata-kata kita adalah satu doa!
Keluarkan Kata-Kata Baik
Sentiasa mengeluarkan perkataan yang positif buat anak-anak kita seperti anak bertuah, anak bijak, anak mama sayang, anak ayah sayang dan sebagainya. Elakkan sama sekali perkataan negatif buat anak kita ketika kita sedang marah. Takut dan dibimbangi kata-kata yang kita gunakan ini mustajab kerana ianya satu doa.
Tegur Dengan Baik
Tegurlah anak dengan penuh berhemah dan kasih sayang. Anak-anak adalah ujian dari Allah, buat ibu dan ayah bagi menilai kesabaran mereka dalam mendidik anak-anak. Jadi tegurlah mereka dengan baik, penuh berhemah dan kasih sayang. Gunakan perkataan yang paling baik dan nada lembut dalam menegur mereka.
Sentiasa Gunakan Nama Allah
Sentiasalah gunakan nama Allah dan Rasulullah. Sebagai contoh, “Anak ibu sayang Allah dan Nabi tak?” Kalau sayang Allah jangan tinggalkan solat dan jangan lawan cakap mak ayah sebab kita semua nak masuk syurga dan dapat syafaat daripada Allah SWT. Sentiasalah gunakan nama Allah dalam seharian bagi mendidik sifat mulia anak.
Banyakkan Berdoa
Kunci kepada segala kebaikan adalah berdoa kepada Allah SWT. Ibu dan ayah janganlah putus doa pada anak. Sentiasalah berdoa kepada mereka untuk terus menjadi anak yang baik, patuh pada ibu ayah dan menjadi anak yang terpuji.
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya! Sebarang soalan boleh ajukan di nombor yang tertera di poster
Hargai Insan Bernama Suami. Mereka Pelengkap Hidup Wanita. Siapa Pun Mereka Terima Seadanya, Ini Lubuk Pahala Kita Setiap Masa
Suami adalah pelengkap kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Kebahagiaan dalam berumah tangga saling berkait antara satu sama lain.
Fasa pertama perkahwinan adalah masa yang terbaik untuk saling kenal mengenali, bersifat terbuka dan banyak bersabar sebelum terbentuk keserasian. Apapun adab, tanggung jawab dan doa untuk mendapat kebaikan dari Allah s.w.t perlu selalu diamalkan.
Hargai sifat positif pasangan dan selalulah memuji beliau. Kongsikan dengan pasangan apa aktiviti anda seharian ketika beliau di tempat kerja, dan dengarlah cerita beliau. Dengan cara ini, anda berdua sentiasa tahu perkembangan semasa sesama sendiri. Perkongsian dari puan Nor ini cukup menyentuh hati.
Pagi ini, menerima mesej dari seorang sahabat baik bahawa suaminya kemalangan sewaktu dalam perjalanan menjemputnya pulang. Alhamdulillah.. suaminya selamat namun.. dada saya sempat berdegup kencang. Bimbang.
Tengahari ini pula melihat status seorang isteri yang bakal menyambut Ramadhan dengan kerinduan yang tidak bertepi. Suami tercinta sudah lama ‘pulang’ mengadap janji Ilahi.
Allahu Akbar. Bergetar hati.. berlinang airmata ini membayangkan keributan ujian yang melanda sahabat2 yang ada. Semoga Allah mengirimkan ketabahan buat mereka.
Suami adalah pelengkap kehidupan seorang wanita. Ada yang sempat bergelar isteri, merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hingga satu saat nanti di jannah.
Namun satu perkara yang pasti.. bak kata Imam al-Ghazali.. Cintailah sesiapa pun yang engkau mahu, namun ketahuilah suatu saat nanti, engkau pasti akan berpisah dengannya.
Suami.. lelaki itu yang kita kasihi.. yang kita cintai.. yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita marahi dan leteri bagai terlupa kita juga tidak sempurna.
Suami.. insan itu yang paling tahu susuk tubuh kita.. yang paling tahu buruk kerenah kita.. namun seringkali memilih untuk menerima seadanya.
Suami.. dia milik Ilahi. Dia akan pergi suatu hari nanti.. Adakah saat itu, kita akan tersenyum mengenang kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya.. atau kita akan menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa yang ada?
Hargailah seorang insan bernama suami. Biar siapa pun mereka.. terimalah seadanya. Mereka lubuk pahala kita.. setiap masa.
Nur Mawar.. gambar ini berkata2 kepada saya dengan seribu rasa.. berpesan dengan seribu bicara.. Allahu Akbar..
“Kenapa Saya Berusaha Tidak Tengking,Pukul Anak Atau Adik Yang Kecil Sekiranya Mereka Buat Perangai.” Deep Perkongsian Bapa Ini
Sudah pastinya bukan mudah bergelar ibu bapa yang penyabar dan tidak cepat marah kepada anak-anak. Lebih-lebih lagi apabila anak buat perangai. Pelbagai karenah anak ini kadnag-kala membuatkan anda mudah marah atau memukul anak.
Bagi bapa ini,Muhammad Hassan , beliau menjelaskan kenapa beliau memilih tidak memukul atau memarah anak. Ini sebabnya.
4 sebab kenapa saya berusaha tidak tengking,pukul anak atau adik yang kecil sekiranya mereka buat ‘perangai’.
1) Akan jadi ketagih. Mula-mula tengking kita harap mereka akan berubah, kali kedua kita tengking kita anggap mereka sudah degil sebab ulang kesilapan yang sama,ketiga kita tengking perasaan benci mula akan wujud dan kita akan mula bersikap ganas.
Sebab itu ada yang tengking dan sepak terajang anak. Kita akan mula jadi stess dan hilang kawalan emosi. Tengking dah la kuat,terkejut anak. Ada yang sampai menggigil sebab terlalu takut. Akhirnya kita akan menyesal tengok mereka,ketakutan,menderita,luka.
2) Akan beri kesan yang tersangat teruk kepada emosi mereka. Mereka mula tersangat takut kepada kita. Tiada keyakinan diri,akan mula tidak respect kita. Akan sembunyikan kesalahan mereka. Dan paling bahaya mereka akan mula memberontak dan bertindak kasar terhadap orang lain. Sebab itu kalau kita tanya budak kaki buli kebanyakkan dari mereka memang pernah ditengking,sering dipukul oleh ibu bapa.
3) Ini yang paling saya takut.
Mereka yang dibesarkan dalam suasana sering ditengking,dipukul,tidak pernah dihargai,sentiasa dihukum,boleh jadi Mereka akan lakukan perkara yang sama terhadap isteri dan anak-anak. Boleh jadi mereka akan alami penyakit Major Depressive disorder(MDD) Pasti isteri akan terkejut kenapa suami tiba-tiba berubah. Terkejut tiba-tiba suami senang gila naik tangan,naik kaki ketika marah. Suami lagi terkejut kenapa isteri yang sebelum ini nampak pendiam,romantik,peramah akhirnya jadi ganas dalam mendidik anak-anak.
Nampak tak kesan jika kita sering tengking,pukul anak-anak. Sebenarnya kita perlu selami jiwa anak-anak. Jiwa mereka sangat sensitif dari perbuatan dan percakapan kita. Sangat kurang bertindak dari arahan. Jangan kita fikir anak-anak akan mudah ikut apa sahaja arahan kita,sebaliknya tunjukkan AKHLAK dan PERCAKAPAN yang baik ketika bersama mereka. Anak-anak mudah terdidik dari pemerhatian mereka terhadap kita.
4) Ia juga salah satu akhlak nabi Muhammad s.a.w.
Betapa hari ini masyarakat perlu didikan cara Nabi muhammad s.a.w. Lihat hadith ini,Nabi s.a.w tidak pernah pukul atau tengking kanak-kanak (hadith ini saya belajar dari guru yang saya sayangi).
Apa kata annas bin Malik R.hu. Waktu ini umur beliau antara 10-11 tahun.
“Pernah suatu hari Rasulullah menyuruh saya ke pasar, Sebelum berangkat saya bermain dulu dengan anak anak lain dijalanan. Ketika sedang asyik bermain, saya merasakan ada seseorang yang berdiri dibelakangku sambil memperhatikanku dan menyentuh bajuku dengan lembut, lantas saya menoleh kearahnya, dan ternyata Rasulullah saw.
Sambil tersenyum beliau bertanya “kenapa belum berangkat lagi, wahai Unais?. Maka sambil tergopoh gopoh akupun menjawab,” ya, saya akan berangkat sekarang wahai Rasulullah”,
Demi Allah, selama sepuluh tahun saya berkhidmat kepada Rasulullah s.a.w, tidak pernah sekalipun beliau memarahiku”.
Moga bermanfaat dan SEBARKAN.
-EncikMatt-