Setiap wanita pastinya ingin sihat dan cantik luar dan dalaman. Ternyata, telah menjadi lumrah seorang wanita, sukakan kecantikkan diri. Bagi wanita yang dah berkahwin dan bergelar isteri, pastinya inginkan kesihatan dalaman agar mantap dan bertenaga. Ikuti petua yang menggunakan bahan daripada dapur anda iaitu seria dan halia untuk menyegarkan badan dan membuang toksin dalam badan. Mudah aje.

______________________________________________________________

IKLAN

4 PETUA SIHAT DALAMAN WANITA
.
1. Rebusan Serai dan Halia?
– Ambik 3 batang serai
– 4cm halia @2 ketul
Diketuk kedua bahan di atas.
Direbus dgn 3 gelas air dijadikan sehingga 1gelas air . Tunggu suam diminum.
** Rebusan ini seeloknya dibuat seminggu 2 / 3 kali.
Sesuai diamalkan kepada sesiapa yang sentiasa letih dan lenguh2 badan. kolestrol tinggi dan sakit urat saraf. Disyorkan minum selepas makan di siang hari.
.
2. Rebusan Sireh?
– Ambik daun sireh 3 ke 5 helai.
Di rebuskan dengan 3 gelas air dan jadikan 1 gelas. Tunggu suam dan di minum.
**Tambahan : boleh dicampurkan dgn bunga cengkih 3 kuntum.
Untuk menghilangkan bau badan dan pulihkan segala sakit urat dan sengal-sengal badan.
**Rebusan ini seeloknya di amalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
.
3 . Rebusan sireh dan daun Inai?
– 3 ke 5 helai daun sireh.
– segenggam daun Inai.
Direbus dgn 3 gelas air dan jadikan sehingga 1 gelas air. Minum bila sudah suam.
**Rebusan ini sesuai paling sesuai digunakan bagi perempuan yang mengalami keputihan dan lendiran yang banyak. Juga berbau.
Elok di amalkan selepas haid.
.
4. Rebusan Halia Serai cengkih dan? kunyit
– 2 / 3 batang serai di ketuk
– 3cm halia (tua/muda).di ketuk
– 2cm kunyit di ketuk
– sedikit kulit kayu manis / bunga
cengkih /bunga lawang
– daun pandan sehelai
– sedikit gula batu.
.
*** gula batu boleh di ganti dgn
madu jika suka.
****Rebusan ini seeloknya di ambil setiap kali sebelum atau selepas haid.
.
Cukup sekali sebulan shj.
Bagi mewangikan kewanitaan anda dan menyegarkan badan.
Segala resepi dan ramuan di atas , anda boleh amalkan mengikut kepada keperluan dan kesesuaian badan anda.
.
Sy tidak syorkan ambik setiap hari. Sila aturkan mengikut keperluan badan sendiri.
.
Ini adalah amalan untuk penjagaan kesihatan terutama bagi menjaga dalaman badan dan menyegarkan urat saraf. Membuang toksik dan lemak . Dan tersangat banyak khasiat.

IKLAN
IKLAN

Sumber: FB Noli yana via Resepi Dari Isteri Untuk Suami Tercinta

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI