Bayangkan apabila masuk rumah aje, pemandangan rumah dengan lintang pukang dan berserabut dengan barang yang bersepah sana sini. Pijak lantai pula, rasa macam berpasir dan berminyak. Bukan itu aje, bilik air, jika tak basuh hari-hari memang berbau lah.

Biasanya kerja mengemas rumah ni ditujukan kepada para isteri. Jika isteri itu bekerja memang tak jadi hal, cuma bila isteri yang bekerjaya. Masa memang banyak di pejabat. Malam pula nak fokus kepada  keluarga.

Memang tidak dinafikan ada segelintir isteri tak kisah jika rumah berserabut, tetapi ada isteri yang cerewat hal ini. Malah ada yang sanggup bangun empat pagi atau tidur lewat semata-mata nak kemas rumah. Siapa  yang tak suka rumah cantik dan kemas!

Apa kata cuba petua ni. Mudah dan cepat untuk isteri-isteri yang super busy! Boleh cuba! Minta suami tolong sekali!

Nak Cuci Dan Buat Rumah Segar Dengan Cepat. 4 Petua Ni Memang Superb!

IKLAN

MUDAH AJE 4 PETUA!

1.Habuk Tak Melekat Pada Perabot
Pening perabot dan rumah cepat berhabuk walaupun dilap berkali-kali. Ini petuanya.
Bahan-Bahan:
1. Penutup pelembut fabrik
10 cawan air
Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

IKLAN

2. Kilatkan Lantai Rumah
Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.
Bahan-Bahan:
1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas
Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

3. Wangikan Rumah
Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.
Bahan-Bahan:
1 penutup pelembut fabrik
Cuka
Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

IKLAN

4. Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air
Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat mencuba!

Sumber: Petua Rumah Sentiasa Bersih

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI