Bila masuk gerbang perkahwinan, kita kerap dengar nasihat terutamanya dari orang terdekat dengan kita, salah satunya jadi isteri yang taat pada suami.

Tapi.. Taat yang macam mana tu? Tak kira lah pasangan yang baru berkahwin atau yang dah lama berkahwin, yang wanita mahupun lelaki, yang masih ragu-ragu soal taat ni jom ikuti jawapan dari Ustaz Azhar Idrus. Semoga bermanfaat!

Nak Jadi Isteri Yang Taat Pada Suami? Ustaz Azhar Idrus Kongsi 5 Hak Penting Dalam Rumahtangga

HAK SUAMI YANG WAJIB ATAS ISTERI

SOALAN :

Bolihkah ustaz sebutkan apakah yang wajib dilakukan olih isteri terhadap suaminya supaya dinamakan isteri itu isteri yang taat kepada suami.

JAWAPAN :

IKLAN

Saya rasa memadai untuk permintaan pihak tuan ini saya sertakan tulisan Syeikh Abu Bakar Al-Jaziri :

إن للزوج حقوقا على زوجته كما للزوجة حقوقا على زوجها لقول الله تعالى: وَلَهُنَّ مِثْلُ الَّذِي عَلَيْهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ . وتقدم بيان حقوق الزوجة وهذا بيان حقوق الزوج وهي
الطاعة في المعروف أما في معصية الله ورسوله فلا طاعة له عليها إذ لا طاعة لمخلوق في معصية الخالق “قاعدة عامة
حفظ ماله وصون عرضه، أن لا تخرج من بيته إلا بإذنه، وذلك لقول الله تعالى: حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ. وقول الرسول صلى الله عليه وسلم: خير النساء إذا نظرت إليها أسرتك، وإذا أمرتها أطاعتك، وإذا غبت عنها حفظتك في نفسها ومالك
السفر معه إذا شاء ذلك
تسليم نفسها متى طلبه للاستمتاع بها، لقول الرسول صلى الله عليه وسلم: إذا دعا الرجل امرأته إلى فراشه فأبت أن تجيء فبات غضبان عليها لعنتها الملائكة حتى تصبح”
استئذانه في الصوم إذا كان حاضراً غير مسافر، لقول الرسول صلى الله عليه وسلم: لا يحل لامرأة أن تصوم وزوجها شاهد أي حاضر إلا بإذنه

Artinya : “Bahawasanya bagi suami itu beberapa hak yang wajib atas isterinya sebagaimana bagi isteri itu beberapa hak yang wajib atas suaminya kerana firman Allah Taala : Dan para isteri itu mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’ruf – Al-Baqarah ayat 228. Dan telah lalu kenyataan hak-hak isteri dan inilah pula keterangan hak-hak suami dan yaitu :

Pertama :

IKLAN

Taat isteri pada perkara yang baik. Adapun pada perkara maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya maka tidak ada taat bagi suami atas isteri kerana tidak harus yakni haram taat bagi makhluk pada perkara yang derhakakan Allah sebagai qaedah yang am.

Kedua :

Memelihara isteri akan harta suami dan menjaga maruahnya yaitu bahawa tidak isteri keluar dari rumahnya melainkan dengan izin suami. Yang demikian itu ialah kerana firman Allah Taala : Wanita-wanita yang memelihara diri ketika suaminya tiada bersama dengan barang yang memelihara olih Allah – An-Nisak ayat 34.
Dan sabda Rasulullah saw : Sebaik-baik perempuan apabila kamu lihat kepadanya dia akan menyukakan kamu. Apabila kamu menyuruhnya dia akan taat kepadamu. Apabila kamu keluar daripadanya dia akan memelihara kamu pada dirinya dan hartamu – Hadith Abu Daud dan Nasaie dan Al-Hakim.

Ketiga :

IKLAN

Keluar berjalan bersama suami apabila suami menghendakinya yakni mengajaknya kepada berjalan dengannya.

Keempat :

Menyerahkan isteri akan dirinya bila sahaja suami memintanya kerana berseronok dengannya kerana sabda Nabi saw : Apabila seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu isteri itu tidak mahu datang kemudian tidur suami itu dalam keadaan marah atas isterinya nescaya melaknatnya olih malaikat sehingga waktu subuh – Hadith Bukhari dan Muslim.

Kelima :

Meminta izin akan suami untuk puasa sunat jika suami ada disisi tidak bermusafir kerana sabda Nabi saw : Tidak halal bagi isteri berpuasa sunat sedangkan suaminya ada disisi kecuali dengan izinnya – Hadith Bukhari dan Muslim.” (Kitab An-Nikah Wa At-Talaq)

wallahua’lam
ustaz azhar idrus

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI