Tidak dinafikan menu nasi goreng menjadi antara menu popular dan mudah untuk kita sediakan sebagai menu sarapan. Memandangkan sering kali terjadi nasi yang di masak tidak habis, dan sebagai langkah untuk tidak membazir maka menu nasi goreng pun terhidang di atas meja untuk dijadikan sarapan enak bersama keluarga.

Setidak-tidaknya bila dimasak lebihan nasi tersebut, anak-anak berselera juga menikmatinya lebih-lebih lagi jika rasanya menepati citarasa.

Bercakap tentang rahsia memasak nasi goreng yang sedap dan lazat, orang tua-tua dulu ada petuanya yang tersendiri. Salah satunya, kalau nak rasa pedas pastikan kuantiti cili yang digunakan ganjil bilangannya.

Selain itu, untuk lebih detail turut dikongsikan oleh Amy Marina Ahmad cara dan tip menyediakan menu nasi goreng sedap mengikut citarasanya. Jom semak.


 

PETUA NASI GORENG SEDAP!!

  1. BERAS

Ramai bertanya, beras apa saya guna sebab berasnya cantik, sebutir-sebutir dan berderai? Saya guna 2 jenis beras : Jasmine Pusa Gold atau Jasmine Pusa Cream. Beras ni panjang² dan kurang kanji.

Semalam saya masak nasi lebih. Balik dari ambil suami kat ofis, kami terus ke booth. Dah penat sgt, kami terus makan di luar. So, nasi tu tak berusik. Pagi ni nasi tu buat nasi goreng. Cilipadi petik kat belakang rumah. Tumbuk kasar dengan bawang besar, bawang putih, ikan bilis dan udang kering.

2. BILANGAN GANJIL

PETUA ORANG TUA² nak kasi nasi goreng SEDAP?

Cilipadi letak dalam jumlah GANJIL. Saya masukkan 21 biji. Dan masa tumbuk tu, masukkan sekali garam kasar. (Tips dari arwah nenek saya)

IKLAN

 

3. TEKNIK MENGGORENG

CARA SAYA MASAK NASI GORENG

Sebelum masak nasi goreng, gorengkan dulu ikan bilis sampai garing. Keluarkan. Minyak yg sama, tumiskan bahan yg ditumbuk tadi sampai garing. Kemudian, masukkan telur, tumis sekali dgn cili bawang tadi. Dah garing, masukkan nasi. Gaul sebati, biarkan sebentar. Masukkan sayur kacang panjang hiris bulat² dan carrot potong memanjang.

IKLAN

Masukkan lada putih (pepper). Boleh la kalau nak masukkan ajinomoto, tapi saya tak letak. Tutup api. Masukkan ikan bilis goreng tadi. Gaul rata. Siap untuk dihidangkan panas² bersama telur goreng mata. Bagi jiran sebelah sikit, 1 “tipuware”.

TELUR GORENG

Kat rumah ni ada yg suka telur kuningnya keras, ada yg nak kuningnya cair², ada yg suka telur dadar dan ada yg suka telur hancur (scrambled egg).

Masing² dengan citarasa masing². Layan je la

 

Sumber : Amy Marina Ahmad Via MAHN