Dekorasi rumah bukan sahaja kita mementingkan di bahagian dalaman sahaja, bahkan di luar rumah juga ingin terlihat kemas dan cantik. Ruangan laman umpamanya, selain untuk memberikan ruang untuk anak-anak dapat bermain, jika dihias cantik dapat juga menjadi terapi mata buat kita seisi keluarga.

Jadi buat anda yang ingin menghias ruang laman dengan menggunakan susunan deck kayu seperti yang dihasilkan oleh saudara Syukri Shahabuddin ini menarik juga. Kosnya juga tidaklah mahal berbanding jika diupas pada yang pakar.

“Haritu saya ada tanya pasal deck tiles. Terima kasih yang memberi panduan.
Walaupun hasil tak sempurna, tapi memadai lah untuk saya yang langsung tak ada pengalaman.

“Mungkin kalau ambil pro jadi lagi baik tapi sekadar nak rasa kepuasan buat sendiri. Kalau tahan lama alhamdulillah,” tuliskan dikepsyen salah satu group dekor di facebook.

Nak Pasang Decking Kayu Untuk Laman Begini Caranya. Tak Pro Pun Boleh Buat, Mudah Sangat & Jimat!

Bahan-bahan yang diperlukan

Floor Decking (BELI di sini)
Pasir
Batu
Plastik weedmat (BELI di sini)

Langkah 1 : Bersihkan kawasan yang ingin dipasang deck. Jika ada rumput atau lalang sebaiknya dicabut terlebih dahulu.

Langkah 2 : Ambil pasir kampit. Ini saya beli di hardware 4.90/20kg. Taburkan di atas kawasan tersebut dan ratakan.

Nak Pasang Decking Kayu Untuk Laman Begini Caranya. Tak Pro Pun Boleh Buat, Mudah Sangat & Jimat!

Langkah 3 : Setelah itu, bentang weedmat di atas permukaan pasir tadi. Ini penting untuk bertujuan menghalang rumput tumbuh dan weedmat ini bersifar kalis air. Jika ruang sedia ada adalah simen, ini lagi memudahkan untuk pemasangan deck. Tidak perlu pasir dan  plastic weedmat.

Nak Pasang Decking Kayu Untuk Laman Begini Caranya. Tak Pro Pun Boleh Buat, Mudah Sangat & Jimat!

IKLAN

Langkah 4 : Selepas itu barulah proses pemasangan deck tile boleh dilakukan. Pasangkan seperti memuat puzzle.

Nak Pasang Decking Kayu Untuk Laman Begini Caranya. Tak Pro Pun Boleh Buat, Mudah Sangat & Jimat!

Langkah 5 : Bila siap susun, jika ada ruang kosong di sekeliling deck letakkan batu agar nampak lebih sempurna dan kemas.

Nak Pasang Decking Kayu Untuk Laman Begini Caranya. Tak Pro Pun Boleh Buat, Mudah Sangat & Jimat!

Langkah 6 : Lapkan debu-debu putih dan kemudian bolehlah diserikan dengan perletakkan pasu bunga mengikuti kesesuaian ruang.

Nak Pasang Decking Kayu Untuk Laman Begini Caranya. Tak Pro Pun Boleh Buat, Mudah Sangat & Jimat!

Nak Pasang Decking Kayu Untuk Laman Begini Caranya. Tak Pro Pun Boleh Buat, Mudah Sangat & Jimat!

IKLAN

 

Ekstra info : Untuk memastikan lebih ketahanan pada deck tile tersebut bolehlah sapukan dengan minyak kayu untuk lebih tahan lama.  Kos untuk projek ini adalah RM 650.

Sumber : Syukri Shahabuddin

 

 

ARTIKEL MENARIK: Kek Karamel Alunan Kasih, Cantik Kejadiannya & Rasanya Memang Superb! Ni Resipi Boleh Cuba

IKLAN

LAGI ARTIKEL MENARIK :Owning Lutsinar, Bukan Je Nampak Moden Malah Sesuai Sangat Untuk Ruang Tepi Rumah!

Nak Pasang Decking Kayu Untuk Laman Begini Caranya. Tak Pro Pun Boleh Buat, Mudah Sangat & Jimat!

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM30.00 sahaja terhad untuk 50 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Nak Pasang Decking Kayu Untuk Laman Begini Caranya. Tak Pro Pun Boleh Buat, Mudah Sangat & Jimat!

 

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI