Ibu bapa mesti sedia maklum, kesan habuk boleh menjejaskan kesihatan anak-anak. Malah orang dewasa juga tidak terkecuali. Paling dikhuatiri, boleh menjadi punca serangan asma yang menyebabkan kesukaran untuk bernafas.

Nyata sekali, habuk ini jika tidak dihindarkan daripada ruang kediaman membawa banyak masalah. Jadi ketahui bagaimana petua atau tip untuk membasmi habuk dan sekali gus mengelakkan rumah menjadi tempat habuk bersarang.


Cara Elak Rumah Berhabuk

Nak Rumah Bebas Habuk Ikuti 5 Tip Mudah Ini

1. Kurangkan peletakan hiasan atau  peralatan yang boleh  memerangkap habuk di dalam kediaman.

 

Nak Rumah Bebas Habuk Ikuti 5 Tip Mudah Ini

2. Letakkan alas kaki. Satu di luar pintu dan satu lagi di dalam kediaman. Ini bertujuan untuk memerangkap habuk daripada di bawa masuk ke dalam kediaman.

IKLAN

 

Nak Rumah Bebas Habuk Ikuti 5 Tip Mudah Ini

3. Guna blind dari kayu, metal atau plastik yang mudah dibersihkan berbanding kain.

 

Nak Rumah Bebas Habuk Ikuti 5 Tip Mudah Ini

IKLAN

4. Penggunaan sofa jika materialnya daripada fabrik, pastikan mempunyai zip supaya sarung boleh ditukar dan dibasuh untuk mengelakkan habuk terus terperangkap.

 

Nak Rumah Bebas Habuk Ikuti 5 Tip Mudah Ini

5. Elakkan penggunaan softener semasa membasuh sarung  sofa, alas meja dan langsir untuk mengelakkannya lebih memerangkap habuk.


Ekstra Info!

IKLAN

Ada  3 Punca Rumah Senang Berhabuk

1.  Penggunaan kipas

Memang benar, tujuan kipas digunakan untuk memberi rasa nyaman dan keselesaan. Pun begitu, kipas adalah perangkap habuk terhebat. Oleh itu, pastikan anda membersihkan kipas sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

2.  Jarak rumah terlalu hampir dengan jalan

Ini juga menjadi punca rumah lebih mudah terdedah dengan habuk. Apa yang perlu dilakukan pastikan pintu dan tingkap yang menghadap ke jalan ditutup sentiasa. Pun begitu, pastikan pintu atau tingkap di bahagian lain dibuka untuk aliran udara bersih masuk ke dalam ruang kediaman.

3. Dekat dengan kawasan pembinaan

Ini tidak dapat dinafikan, bila ada sahaja projek pembinaan baru berdekatan kediaman pasti memberi kesan. Biasanya jumlah habuk yang ‘singgah’ di dalam kediaman akan bertambah dua  hingga tiga kali ganda daripada sebelum projek dijalankan.

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI