Ada benarnya, kalau kita sediakan set Nasi Ayam dengan sekali masak semuanya dikira lengkap.

Menu ini  mengandungi nasi yang sedap berasa, ada ayam goreng diperap enak, sup yang panas pembuka selera dan lengkap berserta salad dan timun sebagai menu ulam-ulaman.

Menu ini bukan sahaja, menjadi kegemaran anak-anak malah orang dewasa juga. Jadi elok kiranya kali ini mencuba resipi yang dikongsikan oleh Amirah Husain ini yang menurutnya bukan sahaja senang dibuat tapi rasanya terlajak sedap.


Assalamualaikum… Hari ni sis nak share resepi nasi ayam terlajak senang dan sedap.

Bahan-bahan untuk sup
Utk sekor ayam (dibelah 4 bahagian)
2 ulas bawang besar*
4 ulas bawang putih* (bahan yg brtanda * dipotong mayang)
2 inci halia*
4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga rawang dan bunga cengkih)
Sup bunjut
Kiub pati ayam

Bahan-bahan utk perap ayam
1 senduk kuah sup
Kicap manis (ikut uols nk manis mcm mne)
1/2 senduk kicap pekat
1/2 senduk sos cili
Sedikit madu

Bahan-bahan utk nasi
Daun pandan (disimpul)
3sb marjerin yg sudah dicairkan
Kuah sup (ikut sukatan uolss masak nasi)

Bahan-bahan utk kuah lada
3 lada besar merah
10 cili padi merah (ikut pedas uols nak)
1 biji tomato
2 ulas bwg putih
Sedikit cuka

Cara-cara masak:

Nasi Ayam Paling Simple, Tapi Rasanya Memang Terlajak Sedap!

1.Mula-mula tumis semua bahan yang telah dipotong mayang dan 4 sekawan sampai naik bau.

IKLAN

Nasi Ayam Paling Simple, Tapi Rasanya Memang Terlajak Sedap!

2. Selepas tu letak la air banyak mana nak tapi bagi sis kena letak banyak la sebab akan guna kuah sup ni untuk masak nasi dan perap ayam. Ok, lepas tu masuk la ayam dan kiub pati ayam.. bila dah mendidih letak garam dan pak aji.. pastikan masak sampai ayam empuk.

Nasi Ayam Paling Simple, Tapi Rasanya Memang Terlajak Sedap!

3. Ok sambil-sambil tunggu sup tu masak, buatla kuah lada pulak. Blender semua ok.. isi sekali cuka, gula dan garam.

 

Nasi Ayam Paling Simple, Tapi Rasanya Memang Terlajak Sedap!

4. Lepas tu masak balik. Api slow je taw. Kacau sampai mendidi, kemudian tutup api. 

IKLAN

 

Nasi Ayam Paling Simple, Tapi Rasanya Memang Terlajak Sedap!

5. Ok part ni bagi sis senang. setengah orang kalau nak masak nasi mesti kene tumis segala mak nenek tu kan, ok kalau resepi sis, takyah susah-susah nak tumis dah. Hanya perlu basuh beras macam biasa, lepas tu tuang la marjerin yang dah dicairkan.

Nasi Ayam Paling Simple, Tapi Rasanya Memang Terlajak Sedap!

6. Ok lepas tu.. ambil kuah sup yang dah masak tadi, masuk ke dalam periuk nasi. Pastikan ambik sikit minyak dalam kuah tu.. nanti nasi cantik taw.. berkilat aje..

Kuah tu ikut sukatan banyak mana masak nasi taw.. ingat tu.. opss.. jangan lupa daun pandan tau. baru la wangi nasi uols… Tanak nasi macam biasa.. jangan gatal tangan nak tambah garam ke ape ke sebab masa uolss masak sup tu  dah isi kan.. so nasi u dah ckup sedap dah.

Nasi Ayam Paling Simple, Tapi Rasanya Memang Terlajak Sedap!

IKLAN

7.Ok. ni untuk perap ayam pula.. masukkan kuah sup dan campur segala kicap dan sos yang sis tulis tadi termasuk madu tau.

Nasi Ayam Paling Simple, Tapi Rasanya Memang Terlajak Sedap!

8. Pastu golek-golek la ayam kat dalam bahan tadi.. jangan celup dengan tangan taw sebab lepas uolss goreng ayam tu, lebihan kuah tu untuk kuah kicap taw..

Ok lepas ayam tu dah sebati dengan kuah kicap tu,  letakkan dalam peti sekejap.. setengah jam pun dah ok.

Pastu goreng dengan api kuat taw..bila goreng guna api kuat, ayam akan garing kat bahagian luar tapi juicy di dalam..walaupun dah sejuk ayam tu tetap lembut.. bila ayam tu dah bertukar warna terus agkat..

Gambar untuk kuah kicap sis lupa nak snap.. lebihan kuah perap ayam tu, masak balik lepas tu letak bancuhan tepung jagung.. bile mendidih dan pekat tutup api.

Nasi Ayam Paling Simple, Tapi Rasanya Memang Terlajak Sedap!

9. Cuba tengok berkilat tak nasi sis

Nasi Ayam Paling Simple, Tapi Rasanya Memang Terlajak Sedap!

Sumber : Amirah Husain via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI