Menyediakan menu sarapan setiap pagi untuk keluarga tercinta mungkin ada yang beranggapan itu adalah suatu cabaran. Apatah lagi jika ibu tersebut bukanlah suri rumah sepenuh masa, di mana waktu paginya terpaksa bergegas ke tempat kerja. Dan ini secara tidak langsung membataskan untuk menyediakan sarapan yang istimewa untuk keluarga. Mungkin sekadar mampu menyediakan secawan teh dan sekeping roti pun sudah sempurna dirasakan.

Atas sebab ini juga, biasanya pada hujung minggu akan digunakan sebaik mungkin untuk menyediakan sarapan istimewa buat keluarga tersayang. Jadi apa kata hujung minggu ini kita mencuba menu nan satu ini, Nasi Lemak Penyet yang dikongsikan oleh Puan Jamiah Tulisman ini. Jom semak.

Nasi Lemak Penyet 

Nasi lemak
Sambal tumis
Sambal penyet
Ayam goreng berempah
Tauhu dan tempe goreng

Nasi Lemak Penyet Ni Lain Macam Sedapnya. Rugi Kalau Tak Dicuba Untuk Dijamu Pada Keluarga!

“Saya share resepi sambal tumis mak masa berjualan dulu di kantin sekolah ..sambal yang sangat sedap. Senang jek resepi tapi sangat best”Jamiah Tulisman 


Resepi sambal tumis mak:

Bahan-bahan:
6 biji bawang besar

4 ulas bawang putih

Sedikit ikan bilis

Bahan-bahan di atas ni nanti blend dengan 3 cawan cili mesin

Bawang besar 2 biji – hiris

Cara Penyediaan : 

Nasi Lemak Penyet Ni Lain Macam Sedapnya. Rugi Kalau Tak Dicuba Untuk Dijamu Pada Keluarga!

1.Goreng ikan bilis dulu..(lupa snap gambar) keluarkan dan kemudian goreng bawang besar yang dihiris tadi. Kacau rata.

IKLAN

Nasi Lemak Penyet Ni Lain Macam Sedapnya. Rugi Kalau Tak Dicuba Untuk Dijamu Pada Keluarga!

2. Kemudian masuk bahan-bahan diblend tadi. Masak sehingga gering.

 

3. Sediakan air asam jawa 1 mangkuk kecil. Asam jawa 2 sudu besar, ramas-ramaskan. Kemudian masukkan sedikit gula melaka, dan kemudian kacau rata dalam tumisan cili tadi.

Nasi Lemak Penyet Ni Lain Macam Sedapnya. Rugi Kalau Tak Dicuba Untuk Dijamu Pada Keluarga!

4. Sesuaikan rasa, masuk garam dan ikan bilis. Kacau hingga terbit minyak. Siap


Bahan-bahan untuk ayam goreng berempah

Nasi Lemak Penyet Ni Lain Macam Sedapnya. Rugi Kalau Tak Dicuba Untuk Dijamu Pada Keluarga!

5 biji bawang besar-dikisar

Lengkuas -dikisar

IKLAN

Halia-dikisar

Jintan manis-dikisar

6 batang serai-dikisar

2 sudu rempah kari

Garam dan serbuk kunyit secukup rasa

Cara Penyediaan : 

Nasi Lemak Penyet Ni Lain Macam Sedapnya. Rugi Kalau Tak Dicuba Untuk Dijamu Pada Keluarga!

1. Perap ayam dengan semua bahan dan kemudian goreng hingga masak.

2. Manakala lebihan bahan perapan tadi gaulkan dengan tempe dan tauhu. Kemudian digoreng hingga masak.

Nasi Lemak Penyet Ni Lain Macam Sedapnya. Rugi Kalau Tak Dicuba Untuk Dijamu Pada Keluarga!

IKLAN

Bahan untuk sambal ayam penyet

1 biji bawang

3 ulas bawang putih

Lada merah

Cili padi

Belacan

Lada hijau *kalau ada

Cara penyediaan :
1. Goreng semua bahan biar layu kejap dan masukkan dalam blender dan kisar jangan halus sangat.

2. Kemudian ambil 1 biji tomato dan potong kecil-kecil.

Nasi Lemak Penyet Ni Lain Macam Sedapnya. Rugi Kalau Tak Dicuba Untuk Dijamu Pada Keluarga!

3. Tumis bahan blend dan masukan tomato yang dihiris tadi. Kacau hingga garing dan masukkan gula dan garam. Angkat dan toskan minyak dulu.

Nasi Lemak Penyet Ni Lain Macam Sedapnya. Rugi Kalau Tak Dicuba Untuk Dijamu Pada Keluarga!

4. Siap

sumber : Jamiah Tulisman

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI