Ada orang kata, gout ni adalah penyakit eksklusif untuk orang lelaki dan jarang sekali terjadi pada seorang wanita. Jika ada pun, berkemungkinan hanya selepas wanita tersebut mengalami monopos.

Ni Cara Si Isteri Bantu Suaminya Berpenyakit Gout. Sediakan Jus Guna 3 Bahan & Didapati Serasi!

Penyakit gout ini apabila menyerang, sakitnya sukar digambarkan dan biasanya kaki akan membengkak hingga sesetengahnya tidak larat untuk berjalan. Melihat keadaan seperti ini, jika kita sebagai isteri tentu kita ingin mencari penawar untuk membantu meredakan kesakitan yang ditanggung suami.

Oleh itu, apa kata selain mengambil ubat-ubatan yang disarankan doktor, usahakan juga untuk amalkan petua yang dikongsikan oleh seorang isteri untuk diamalkan oleh suaminya yang gout.  Mana tahu serasi dan dengan izinNya, mendapat kesembuhan.  Jadi jom kita semak apa ramuanya.


“Hari ni sy nak share satu petua bagi sapa2 yang ada gout..alhamdulillah dah cuba sebulan dekat suami saya yang dah lama menderita sakit gout.. mcm2 petua tradisional dah cuba tapi tak jalan last2 tpaksa la makan ubat farmasi .. allupurinol utk turunkan paras asid urik.Goutnor 0.6mg utk hilangkan rasa sakit. Orang gout memang xleh pisah dengan dua jenis ubat ni kn!”-Cik Mil Neena

IKLAN

INI RESIPINYA

Bahan-bahan:

Ni Cara Si Isteri Bantu Suaminya Berpenyakit Gout. Sediakan Jus Guna 3 Bahan & Didapati Serasi!
1 biji timun
2 batang saderi@celery
3 hirisan lemon buang biji dulu nanti pahit

IKLAN

Cara buat :

Saya masukn semua dalam slow juice maker (beli dalam lazada rm179) untuk hasilkan jus sebenar tanpa perlu tambah air. Atau bagi yang nak guna mesin pengisar.. tambah satu gelas air dan kisar semua bahan dan tapis buang hampas.
Saya dapat dua gelas jus.

IKLAN

Minum 2 kali sehari ya, satu gelas selepas bangun tido (awal pagi) dan satu gelas sebelum nak tido.(malam)

Tips : Kalu malas macam saya sebab nk kena basuh bekas2 jus jadi buat jus untuk dua hari siap2.. maknanya gandakan bahan diatas kemudian masukan dalam botol kosong. Kena pakai sukatan gelas yang sama supaya kuantiti jus bila nak minum tu seimbang. Inshallah semoga berkesan untuk anda juga.

Kesan dalam masa sebulan : Makan udang dekat 1kg..suami saya tak perlu bergantung pada ubat farmasi lg dan rasa sakit dah kurang terutama kat tempat bengkak tu. Kkemungkinan kristal asid urid di kawasan tulang kaki dah menurun . Berat dia pun turun mungkin sebab amalkan waktu pagi perut kosong dan malam sebelum tido kot jadi jus tu cuci habis dalaman dia hehe.

Sumber : Cik Mil Neena via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI