Banyak sebenarnya kelebihan dan keistimewaan bagi sesiapa yang menunaikan solat sunat Dhuha, selain apa yang sedia kita maklum adalah dikaitkan dengan rezeki.
Pun begitu, mungkin ada yang belum tahu rupanya ada doa yang dibaca oleh Nabi Muhammad SAW setiap kali usai menunaikan solat Dhuha ini. Nak tahu apakah doa tersebut? Ikuti perkongsian ilmu daripada Aisyah Asyifah ini. Jom semak.
Solat Dhuha
Solat Dhuha selalu dikaitkan dengan urusan rezeki, kebanyakan dari kita setelah solat Dhuha doa minta kelancaran rezeki. Itu yang sering dilakukan …
Tapi tahukah anda apa doa Rasulullah SAW setelah solat Dhuha?
Apa doanya ?
Dari ‘Aisyah radhiallahu ‘anha, ia berkata bahawa Rasulullah SAW selesai solat Dhuha, baginda mengucapkan:
ALLOHUMMAGHFIR-LII WA TUB ‘ALAYYA, INNAKA ANTAT TAWWABUR ROHIIM..
(Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku, sesungguhnya Engkau Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang)_ sampai beliau membacanya seratus kali.
(HR. Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, no. 619)
Doa ini dibaca seratus kali setiap solat dhuha.
Mengapa doa Rasulullah SAW tiada berkaitan dengan rezeki?
Bukan rezeki yang tidak datang tapi dosa-dosa kita yang menghalangi rezeki itu masuk.
Kalau dosa-dosanya sudah diampuni, Insya Allah rezeki mengalir lancar kerana penyumbatnya, penghalangnya (dosa) sudah tidak ada.
Doanya dibaca 100x, Pagi kan kita sibuk kerja, banyak urusan, kalau harus baca 100x sambil duduk di tempat solat mungkin tiada kesempatan, jadi bagaimana??
Doanya boleh dibaca sambil membuat kerja, kerja sambil dalam hati baca doa.
IKLAN
Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang menunjuki kepada kebaikan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya”
(HR. Muslim no. 1893).
Ilmu Harus Diamalkan Agar Menghasilkan manfaat..
Ilmu Harus Disebarluaskan Agar Menjadi Tabungan Kebajikan.
Ilmu itu tidak dinamakan ilmu selagi mana ia tidak diamalkan.
Komunikasi di dalam sesebuah rumah tangga amat penting supaya tidak timbul konflik berbeza antara pasangan suami isteri. Lagi-lagi jika tinggal berjauhan dengan pasangan. Kekangan bab kerjaya mahupun keluarga menuntut pasangan untuk berjauhan.
Dalam keterpaksaan melangkah kaki meninggalkan pasangan yang dicintai demi mencari rezeki. Dipanggil Perhubungan Jarak Jauh (PJJ).
Seorang di utara, seorang di selatan menyebabkan hubungan adakalanya alami masalah. Tambahan bila dah ada anak, keadaan begini pasti akan lebih sukar. Namun, pasangan yang mengalami keadaan sebegini, perlu positif dengan apa yang dihadapi. Pasti ada hikmahnya.
Berjauhan bukan alasan untuk anda mengabaikan pasangan, sebaliknya masing-masing kena praktik tip untuk mengeratkan hubungan cinta suami isteri. Justeru, jarak tidak akan menjadi masalah dalam rumah tangga.
Hari tu saya ada dapat kes suami tekanan sebab tinggal jarak jauh dengan isteri. Kita biasa panggil PJJ.
PJJ ni istilah pendek untuk Percintaan Jarak Jauh. Haa! Nama pun sweet. Tapi berjarak fizikal. Seorang dekat Perlis sana, seorang dekat KL.
Mulanya baik-baik aja. Tapi lama-lama mesti ada hal yang buatkan mereka kerap bergaduh. Iyalah bila dah berjarak ni, ada sahaja hal yang jadikan mereka salah faham.
Iya, kita faham. Hidup rumahtangga yang macam ni tak mudah. Saya pun ada ramai kawan-kawan yang begini. Mereka ada kongsikan dengan saya beberapa tips.
Ini tips untuk rumahtangga PJJ;
1. Kena selalu berhubung.
Sekarang dah banyak medium nak berhubung. Berhubung yang ini kita fokus pada mesej. WhatsApp ada, Telegram ada atau FB messenger pun ok. Tak kesah lah kalau terpaksa mesej pagi, petang, siang, malam.
Supaya pasangan kita tahu, kita selalu ambil berat tentang dia.
2. Hantar pesanan bergambar.
Maksudnya hantar lah gambar selalu. Macam orang bercinta, kan selalu hantar gambar selfie. Dah kalian tinggal seorang, memang selfie lah kerjanya.
Tengah masak pun hantar gambar, tengah jem hantar gambar, dekat pasar hantar gambar. Kadang tengah kena marah dengan bos pun sempat hantar gambar.
3. Telefon hari-hari.
Ini antara tips yang paling utama dia kata. Dengar suara pasangan kita. Kalau duduk serumah, boleh bersembang bila masing-masing dah balik rumah.
Kalau duduk berjauhan ni, kena juga dengar suara pasangan hari-hari. Ini terapi dalam rumahtangga. Suara dan kata-kata pasangan kita tu, kadang jadi ubat ketenangan.
Alah nak bercakap telefon sekarang dah murah. Kalau pakai WhatsApp call tu, kalian boleh bercakap tanpa henti berjam-jam. Sebab pakai data internet.
Kalau ambil pakej famili dengan telco, boleh dapat pakej telefon tanpa limit. Telefonlah 24 jam pun tak apa.
4. Tulis kad atau surat cinta ke pasangan.
Ini rare. Tapi yang biasa buat akan rasa istimewa. Kalian yang PJJ kan duduk rumah asing-asing. Haa! Kirimlah surat.
Tak payah tulis panjang-panjang, tulis sikit sikit pun tak apa. Sembur pewangi sikit, lepas tu pos.
Pasangan PJJ je mengerti perasaan bila surat ni sampai. Kan?
5. Bagi hadiah.
Ini biasanya buat kejutan (baca surprise). Sekarang pun dah banyak servis hantar bunga, belon, teddy bear, kek dan macam-macam lagi.
Kalian order, nanti sampai lah ke rumah atau tempat kerja pasangan.
Ada lagi best, tempah Grab Food hantar terus ke rumah pasangan kalian. Ini pun sedap. Hari tu isteri saya buat ke saya masa dia dalam wad. Kahkah.
Dia dalam wad, saya dengan anak-anak dekat rumah. Punyalah dia fikirkan kami ni, tahu-tahu Grab Food sampai hantar makan. Terharu weh!
6. Ini poin penting. Kalau berlaku salah faham, telefon dan bincang terus.
Hal kalau dah sampai level kena bercakap serius dan key tinggi, kalian telefon lah terus. Hubungi dan bercakap guna suara terus.
Elakkan berbincang hal penting guna mesej. Mesej dekat WhatsApp ni tak ada suara. Kadang intonasi kita bagi lain, pasangan kita faham lain.
Sudahlah tengah bercakap hal salah faham, bertambah keruh lagi lepas tu bila dia salah tafsir maksud mesej kita.
Begitulah. Ada banyak lagi. Tapi ini yang saya rasa utama. Soal nak kena jujur, percayakan pasangan itu dah jadi soal nombor 1 lah. Kita tak bercakaplah tentang itu.
Kalau itu pun kalian tak buat, barailah cerita dia.
Baik, rumahtangga PJJ ini ujian dia besar. Maka, tak ada lain kekuatan yang kita harap dalam menghadapi hari-hari kita cuma pada Allah.
Setelah usaha yang kalian buat atas rumahtangga kalian, serahlah kepercayaan dan keyakinan kalian pada Tuhan. Berbaik sangka tanpa ada ragu sedikit pun.
Jaga hubungan kalian dengan Allah. Sembahyang jaga. Ini paling utama. Maksiat jauhkan. Mudah-mudahan Allah pelihara rumahtangga kalian selamanya.
Amin.
Firdaus Mokhtar, Pesanan ini untuk suami isteri PJJ sahaja tahu. Bukan pakwe makwe PJJ. Aku sebat kau karang kalau pakwe makwe PJJ nak amal tips ni.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
10 tahun menanti zuriat, khabar gembira yang disampaikan oleh isteri membuatkan suaminya terkejut. Tidak percaya apa yang didengar lantas terus singgah ke klinik untuk pemeriksaan lanjut. Reaksi lelaki itu membuatkan netizen sebak.
Bagi setiap pasangan suami isterinya sudah tentunya inginkan cahayamata setelah mendirikan rumahtangga.
Namun tidak semua dikurniakan zuriat dalam tempoh masa yang singkat. Ada yang terpaksa menunggu tempoh yang lama.
Begitu dengan perkongsian yang menyentuh hati ini. Biarpun ia nampak biasa-biasa aje tetapi ia begitu bermakna bagi setiap pasangan yang belum dikurniakan zuriat.
Ikuti perkongsian menerusi akaun Tiktok giftboxbabycayang yang memaparkan detik istimewa buat pasangan suami isteri ini.
Di Sebalik Populariti Kerjaya Sebagai “Mr. Pilot”.
Setiap kali ada ahli keluarga yang mengalami masalah hidung berdarah, baik suami atau anak-anak, pasti kita rasa cemas. Semakin dikesat, darah semakin mengalir dengan banyaknya.
Panik dan tidak tahu cara terbaik untuk menghentikannya. Ada ibu-ibu yang biasanya mencuci hidung bagi mengurangkan pendarahan. Mungkin anda merasakan hal ini betul tetapi sebenarnya tindakan ini salah.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan jelaskan kepada anda apa yang perlu dibuat dan sebaiknya dielakkan bila ada ahli keluarga alami pendarahan hidung. Yang penting jangan panik ya!
Pendarahan hidung adalah sesuatu yang lazim berlaku pada kanak-kanak, tapi ramai ibu bapa dan guru cuba berhentikan pendarahan dengan cara yang salah.
JANGAN LAKUKAN PERKARA INI
1. Jangan dongakkan kepala atau berbaring. Darah akan mengalir masuk ke saluran pernafasan.
2. Jangan masukkan air ke dalam hidung untuk bersihkan darah. Pendarahan tak akan berhenti.
3. Jangan biarkan darah mengalir daripada hidung begitu sahaja! Lakukan sesuatu.
Apa yang perlu dilakukan?
CARA HENTIKAN PENDARAHAN HIDUNG
1. Duduk menegak dan tunduk sambil membongkok ke hadapan.
2. Picit bahagian hidung yang lembut. Nafas melalui mulut.
3. Letak ais di pangkal hidung untuk kurangkan aliran darah di bahagian tersebut.
4. Lepas picitan selepas 10 minit. Periksa sama ada pendarahan berhenti atau tidak.
5. Jika masih ada pendarahan, ulangi picit bahagian hidung lagi.
Jika pendarahan masih lagi berterusan selepas 30 minit, ada baiknya anda segera berjumpa doktor.
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Unit Edukasi Medtweetmy
Ibu-ibu ambillah ilmu ini sebagai tip bila suami, ahli keluarga atau anak-anak mengalami pendarahan hidung. Yang penting jangan panik ya!
Kredit: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Gambar terakhir yang akan dikenang sampai bila-bila buat pengubat rindu. Luahan hati, kakak mangsa, Pegawai Waran II Muhammad Faisol Tamadun, 36 , mengundang sebak wargamaya.