Kreativiti wanita ini dalam mendeko dan menghasilkan kek memang mengundang perhatian ramai. Apa tidaknya, hasil sentuhannya sebiji kek yang berlatar belakangkan sebuah cerita mengenai Senah dan Mamat membuatkan ramai terhibur.

“Nice Story Senah & Mamat, Kreatif.” Wanita Ni Kongsi Kek Figurin Dengan Aksi Tergolek, Komen Warganet Buat Ramai Terhibur!Menurut puan Noormaziera Mohd Nor fondant kek yang dihasilkan tersebut asalnya terletak elok bersandar pada kek, namun entah bagaimana apabila sampai ke tangan pelanggannya, fondant tersebut berubah kedudukan dan tergolek di tengah-tengah dengan aksi yang melucukan.

Rupa-rupanya kek tersebut ditempah oleh pasangan suami isteri sempena hari ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

“Pelanggan yang  request overload cake. Tapi minta tukar kartun ke orang.Contoh gambar tu pelanggan yang bagi. Dia ambil gambar dari google.

“Nice Story Senah & Mamat, Kreatif.” Wanita Ni Kongsi Kek Figurin Dengan Aksi Tergolek, Komen Warganet Buat Ramai Terhibur!Ni Senah dengan Mamat. Tertido kekenyangan lepas balun kek anniversary orang. Si Mamat ni siap air liur basi lagi.

Masa masuk kotak elok lagi dorang tidur macam ni. Sampai kat customer dorang dah berubah kedudukan.

Awalnya, dia terkejut dan bimbang pelanggan marah kerana fondant cake berubah kedudukan, namun sebaliknya yang berlaku apabila pelanggan turut sama ketawa kelucuan.

“Nice Story Senah & Mamat, Kreatif.” Wanita Ni Kongsi Kek Figurin Dengan Aksi Tergolek, Komen Warganet Buat Ramai Terhibur!Terkejut customer tengok aksi Senah tidur terkangkang ni. Adoi la. Nasib ku tak kena marah. Customer duk bantai gelak je. 😅😅

IKLAN

Terima kasih yang sudi singgah.

Chill ya 😘❤️🎈

Membaca komen yang dimuat naik warganet memang mengundang kelucuan. Rata-rata turut memuji hasil kek yang cukup comel dan kreatif.

Aduiiii laaa.. Maap sis.. Sy pun turut tergelak.. 2kali tengok gambar baru bace caption pastu tengok gambar.. Terus tergelak sakan.. Hahha sory3  pape pun kreatif tema kek sis ini.

IKLAN

Nice story senah n mamat..pandai buat kek terbaek.. citer pun best

Wahh..tahniah..kreatif sungguh!!

Orang kata….Kalo makan Manis sblm terlena mmg kuar air liur basi….betui la Tu..jalan citer nyer

Cantik pulak jln cite nye…biasa terlebih kenyang la tu tidur x sedar dah terkangkang…hai senah2…apa2 pun cantik kek..

IKLAN

Lama sampai kat cust.. senah n mamat da lena sgt sampai baring ke lantai.. hahahahha comel keknye..


“Nice Story Senah & Mamat, Kreatif.” Wanita Ni Kongsi Kek Figurin Dengan Aksi Tergolek, Komen Warganet Buat Ramai Terhibur!

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI