Menyediakan juadah berbuka tak perlu yang rumit atau dengan kata lain gunakan banyak bahan. Sebaliknya, anda boleh pelbagaikan resipi bergantung kepada bahan yang ada di dapur. Yang penting mudah nak buat dan rasanya yummy.

Sebagai contohnya, saudari Hamidah HA berkongsi resipi menyediakan puding biskut Muncy’s. Nampak sangat menyelerakan, boleh memikat selera anak-anak waktu berbuka nanti.


Sesi menghabiskan Biskut Munchy’s sebelum tibanya bulan Ramadhan… Maka terhasillah Puding Biskut Munchy’s… Kiranya “clearance stock” la ni…😁 Kalau bulan puasa, memang tak makan dah biskut ni…

Oleh kerana ramai yang nak resepi, saya edit balik post ni ye. Tadi memang cadang nak share resepi. Tapi biskut ni mcm tak sesuai nak buat puding sebab ia berlapis dan agak manis.

Selain daripada itu, biskut ni melekat-lekat di tangan semasa menyusun di atas Puding. Saya  tak galakkan guna biskut yang macam saya guna, biskut tu boleh tukar kepada Biskut Marie, Biskut Sultana atau Biskut yg selapis.

PUDING BISKUT MUNCHY’S

Bahan-Bahan :-
Biskut Munchy’s secukupnya
10 gram agar-agar serbuk
3 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan tepung kastard
1 biji telur
1/2 cawan butter – saya guna Marjerin Daisy
1/2 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam

CARA PENYEDIAAN :-
1. Alas loyang 7″ x 7″ dengan plastik. Lebihkan di bahagian kanan & kiri. Nanti senang nak keluarkan Puding dari loyang. Ketepikan.
2. “Blend” susu cair, susu pekat, telur, esen vanilla & tepung kastard. Ketepikan.


3. Masak serbuk agar2 dengan air sehingga serbuk agar2 larut & mendidih.


4. Masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.


5. Masukkan bahan2 yang telah di”blend” tadi. Kacau hingga sebati. Masa ni kena perlahankan api.


6. Masukkan secubit garam dan pewarna yg disukai. Sy letak pewarna hijau. Sentiasa kacau sehingga adunan Puding mendidih. Tutup api.


7. Masukkan adunan Puding ke dalam loyang dan ratakan ke keseluruhan loyang. Biar ia mengeras sedikit.
8. Susun Biskut Munchy’s di atas Puding tadi.


9. Ulang proses yang sama sehingga habis.
10. Sejukkan.
11. Bila telah sejuk, simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya 2 jam. Lagi lama simpan dalam peti ais, lagi sedap dimakan.

NOTA KAKI :-
1. Jika tiada susu pekat, gantikan dengan gula pasir.
2. Biskut Munchy’s boleh tukar dengan biskut lain yang digemari. Seelok-eloknya biskut yang selapis.
3. Pewarna juga boleh tukar, ikut warna kegemaran masing2.

Sumber: FB Hamidah HA

Tinggalkan Komen