Mengambil air manis atau dengan kuantiti gula yang tinggi sememangnya perlu dikurangkan terutama buat pejuang garis dua.
Menurut satu kajian, pengambilan gula secara berlebih terutama minuman manis boleh menjejaskan kesuburan wanita dan lelaki.
Ini bermakna sekiranya anda sedang dalam fasa TTC atau ‘trying to conceive’, dinasihatkan agar menghadkan pengambilan gulan supaya kekal subur.
Pengambilan gula secara berlebih terutama dalam air manis boleh mengakibat kualiti air mani terjejas, penambahan berat badan dan rintangan insulin.
1. Rintangan insulin
Insulin adalah hormon yang dirembeskan oleh pankreas. Peranan utamanya adalah untuk mengawal paras gula darah dalam badan anda.
Rintangan insulin bermaksud ketidakupayaan otot, lemak dan sel hati untuk bertindak balas terhadap insulin dan menyerap glukosa daripada darah anda. Oleh itu, pankreas akan menghasilkan lebih banyak insulin untuk memudahkan kemasukan glukosa ke dalam sel anda.
2. Kualiti air mani terjejas
Sama seperti wanita, kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh banyak faktor, termasuk pengambilan gula. Satu kajian menunjukkan penggambilan gula secara berlebihan dikaitkan dengan pengurangan kepekatan sperma pada lelaki.
Penurunan kepekatan yang ketara dilihat daripada pengambilan gula daripada minuman ringan dan gula dalam produk makanan.
Pengambilan minuman ringan dalam kajian ini tidak berlebihan, dengan purata hanya 0.2 minuman sehari, tetapi ia masih mengurangkan kepekatan sperma antara 18-23%.
3. Penambahan berat badan
Terlalu banyak gula dalam pemakanan seharian boleh menyebabkan penambahan berat badan dan peningkatan lemak dalam badan.
Walaupun penambahan berat badan yang sederhana mungkin bermanfaat untuk kesuburan jika anda dianggap kurang berat namun pengambilan gula bukanlah cara yang ideal.
Sebaliknya, anda boleh menyokong kesuburan anda dengan menambah berat badan dengan diet yang sihat dan padat kalori jika anda kurang berat badan.
Sekiranya anda dan pasangan sedang dalam fasa TTC, kurang-kurangkanlah mengambil minuman bergula. Biar sihat!
Masalah kelemumur walau bukanlah sesuatu yang menyakitkan tetapi rasa gatal boleh menyebabkan kita tidak selesa dibuatnya.
Kalau boleh hendak sahaja digaru bertalu-talu tapi tidak juga selesai masalah tersebut. Gatal tetap ada dan sedihnya, kelemumur dirasakan makin banyak pula.
Bahkan menurut perkongsian Public Health Malaysia, menggaru kulit kepala secara agrasif adalah sebenarnya menjadi penyebab masalah kelemumur boleh menjadi lebih teruk.
Jadi ketahui cara yang boleh anda lakukan sebelum mendapatkan rawatan pakar andai masalah kelemumur semakin serius. Ikuti perkongsian ini.
Individu yang ada masalah kelemumur BUKAN bermakna mereka tidak jaga kebersihan ya, cuma ada sesetengah individu mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghasilkan kelumumur.
Antaranya faktor umur, stress, alahan dan penggunaan produk rambut yang salah. Rawatan awal adalah dengan menggunakan syampu anti kelemumur.
Untuk meningkatkan keberkesanan syampu, buang sisik sisik kelemumur perlahan lahan dengan sikat atau berus rambut. JANGAN gosok atau garu dengan agresif, ia akan akibatkan masalah kelumumur semakin teruk.
Jika penggunaan syampu tidak berkesan dapatkan pemeriksaan lanjut .
*Ini bukan iklan syampu
Cadangan syampu
Sumber : Public Health Malaysia
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Hari-hari yang dilalui oleh pasangan Encik Hyzer Habeeburrehman, 37 tahun dan Puan Sherin Mohd Yasin, 40 tahun bersama dengan 3 puteri kesayangan mereka cukup membahagiakan.
Anak sulung diberi nama Heidi Hasmine, 14, anak kedua Heizeh Jasmine, 11 tahun dan paling bongsu Heily Jasmine, 4 tahun.
Namun tanpa siapa menduga, ujian yang diterima oleh anak kecil seperti Heily ini memberi kesan cukup hebat buat keluarga ini.
“Dalam sekelip mata semua ini terjadi. Allah jentik hati kami dengan dugaannya, namun Allah juga memberi penyelesaian dan kelancaran untuk kami mengharungi detik cemas tersebut. Tersusun cukup rapi dan kemas, Subhanallah,” ujar puan Sherin di awal bicara dan turut hadir selain pihak Majalah Keluarga ketika sesi temu ramah ini adalah wakil pihak Hospital Pakar Avisena, Shah Alam.
Diagnos Ketumbuhan Otak
Menurut perkongsian kisah wanita yang cukup tabah ini mengenai anaknya Heily, semenjak dilahirkan hingga sebelum di diagnose menginap tumor otak. Anaknya itu sama seperti anak-anaknya yang lain, sihat dan aktif.
“ Heily atau juga lebih mesra disapa Bubu dilahirkan normal pada 11 Sept 2013 dan merupakan anak yang cukup manja dan juga aktif. Minatnya adalah semua super hero, memang semua permainan lelaki sajalah, kalau cakap mudahnya.
“Dia langsung tidak menunjukkan apa-apa tanda yang menyatakan dia sakit. Main macam biasa.
“Cuma sebelum tiga minggu di diagnos ada ketumbuhan di otaknya, Bubu ada muntah-muntah dan panas badan. Demamnya pula on and off. Saya merasakan itu demam yang biasa sahaja sebagai mana melalui pengalaman membesarkan dua orang anak sebelum ini,” ujarnya lagi dengan tenang.
Kerap Demam Serta Muntah
Rentetan daripada itu, ibu mana yang tidak risau dengan keadaan permata hati yang dilihat menyusut tahap kesihatannya. Lalu Sherin dan suami mendapatkan rawatan kesihatan dengan membawa anaknya ke hospital Avisen berhampiran.
“Dua tiga hari sihat, lepas itu muntah lagi hinggalah suatu ketika dia muntah hingga jadi lemah tubuhnya. Jadi kami bawa ke Avisena memandangkan hospital ini menjadi pilihan utama keluarga kami. Tapi masalahnya, bila tiba di sana wad pula penuh dan pihak hospital merasakan tidak sesuai untuk dilakukan pemeriksaan lanjut. Kami diberikan offer latter untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital lain.
“Jadi kami bawa Bubu ke hospital, jam 9.00 malam anak kami telah pun diwadkan. Tiga malam kami berkampung di sana dan akhirnya doktor putuskan hanya masalah pada perut, itu yang menyebabkan Bubu muntah-muntah. Kami akur dan turut berasa lega Bubu telah sembuh bila dibenarkan pulang.
“Namun selang dua hari kemudian, muntah lagi. Kami jadi pelik akan penyakit Bubu, pun begitu keadaannya masih dilihat aktif. Hinggalah pada Sabtu pagi, apabila dia bangun sahaja daripada tidur terus muntah-muntah dan keadaannya menjadi sangat lemah dan saya baringkan di atas sofa sambil saya dan suami cuba Goggle di internet tentang apa penyakitnya itu.
“Ya Allah, masa itu apa yang terpapar di skrin telefon cukup mencemaskan kami. Semua tanda-tanda yang Bubu alami adalah simptom penyakit-penyakit kronik! Lalu kami bergegas ke Avisena sekali lagi untuk dapatkan rawatan lanjut,” cerita Sherin satu persatu dengan tenang.
Nyawa galang ganti
Setibanya di sana,pelbagai proses pemeiksaan dilalui dan semuanya seakan lancar. Bermula dengan penempatan wad dan seterusnya hingga selesai operasi pembedahan.
“Segala-galanya berjalan lancar, Allah pemudahan setiap urusan saat kami sekeluarga harungi detik getir itu. Sampai sahaja hospital, kami menunggu tidak terlalu lama untuk dapatkan bilik. Ketika itu keadaan Bubu saya lihat semakin teruk.
“Jika dia terlena seketika, dia akan bangun tersentak dan menjerit mengatakan sakit kepala. Ketika itu saya tidak sanggup melihat kesakitan yang ditanggung oleh anak kami ini. Jika nyawa saya galang gantinya, saya rela agar anak saya tidak merasakan kesakitan tersebut.
“Begitulah andaiannya yang boleh saya gambarkan bila saya melihat keadaan Bubu. Jujur saya katakan saya pilu melihat keadaannya. Namun ketika itu, saya cuba untuk berlaku tenang, positif dan mengharapkan yang baik-baik sahaja,” tokok Hyzer sambil diakui oleh isterinya yang berada di sisi.
Sambil menyambung lagi, “ Pun begitu, walau pun doktor telah membuat pemeriksaan namun hati saya tertanya-tanya kenapa doktor lambat bagi keputusan. Ketika ini 1001 perasaan ada dalam hati kami sekeluarga. Serius atau tidak? Persoalan ini terus berlegar-legar mencari jawapannya.
“Hinggalah apabila kami diberitahu bahawa Bubu ada brain tumor. Terkesima, terkejut, tidak mahu percaya dan semuanya tidak keruan.
“Untuk orang yang bukan berlatar belakangkan ilmu medical, bila disebut tentang kanser atau ketumbuhan bagi kebanyakan daripada kita hanya memikirkan soal mati.Apatah lagi bila penyakit ini membabitkan bahagian kepala,” ujarnya lagi.
Berdepan dengan situasi begini, meminta untuk Sherin dan Hyzer menerima cadangan terbaik daripada pihak hospital agar segera melakukan pembedahan demi menyelamatkan Bubu.
“Apa yang kami inginkan, kesembuhan untuk Bubu. Jika melalui pembedahan adalah kaedah terbaik untuk membuang tumor di otak Bubu. Kami akur, semuanya kami serahkan kepada doktor yang pakar dan pembedahan tersebut dilakukan serta-merta.
“Dan alhamdulillah, keputusan yang cepat telah dibuat dan kini Bubu kembali aktif dan sihat. Syukur tidak terhingga kami sekeluarga ucapkan kepada pihak Hospital Pakar Avisena yang telah berusaha sebaiknya untuk menjayakan operasi pembedahan tersebut.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Jan-Feb 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Menyentuh tentang kesihatan anak-anak bila diuji dengan kesihatan mesti bimbang kita dibuatnya. Selain segera bertemu doktor untuk mendapatkan rawatan, boleh juga amalkan petua orang dulu-dulu untuk meredakan kesakitan, andai serasi. Ini sebagai mana yang dikongsikan oleh Ana Mahabu tentang atasi sakit lelah dan perkongsian Muhammad Faiz tentang meredakan batuk dan selesema. Jom semak.
Petua Merawat Penyakit Asma atau Lelah Secara Tradisional
Petua 1: Petola
Kita biasa makan sayur air petola tetapi tidak tahu khasiat sebenar buah petola untuk tujuan merawat penyakit Asma.
Caranya: Ambil sebiji petola kemudian potong sedikit dan buangkan biji dan buat lubang di tengah-tengah. Selepas itu, masukkan beberapa biji gula batu ke dalam dan bakar petola itu hingga masak. Selepas masak, perah petola untuk menghasilkan jus. Amalkan meminum jus berkenaan.
Petua 2: Halia
Halia memiliki ramuan anti-asma yang baik. Cara pemakanan membabitkan halia amat banyak. Halia juga boleh dijadikan minuman yang mana lebih mudah disediakan. Amalkan meminumnya setiap hari dan galakkan anak-anak anda berbuat demikian.
Petua 3: Madu
Madu amat baik untuk mencairkan lendir yang terdapat dalam saluran pernafasan. Penyediaan mudah saja, anda juga boleh memakan madu terus atau menyediakan dengan mencampur dengan air suam. Semua sedia maklum bahawa madu memiliki banyak khasiat dan keistimewaan untuk merawat banyak penyakit termasuk mengurangkan batuk dan selsema di mana ia berkaitan dengan saluran pernafasan.
Masih terdapat pelbagai petua di luar sana untuk mengatasi penyakit Asma. Cuma apa yang perlu dilakukan adalah berusaha untuk mencari penawarnya secara tradisional.
Menyelesaikan hutang pinjaman dan membiayai kos perubatan merupakan antara faktor duit simpanan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sepatutnya digunakan untuk membiayai kehidupan...