Memasak memang sinonim dengan wanita. Biarpun wanita itu bekerja atau tidak, pasti, dia akan tetap memasak hidangan seisi keluarga. Selain memask, menu minum petang pun, menjadi salah satu ‘ilmu’ yang kena ada untuk memastikan seisi keluarga dapat rasa ‘air tangannya’ setiap hari. Inilah yang dikatakan ikatan pengasih buat keluarga.
Salah satu resepi minum petang cuti-cuti ni boleh cuba, Resepi Rojak Tauhu ini. Nak buat pun mudah. Tentu anak-anak dan suami suka.
• Cili kering 10 tangkai (blend halus)
• Sos Cili 1/2 cawan
• Belacan 2 inci
• Gula Merah 1 cawan
• Gula pasir 1/2 cawan
• Kicap pekat manis 1/3 cawan
• Air 1 cawan
• Tepung Jagung 3 sudu besar
1) Campur semua bahan kecuali tepung jagung..
2) Masak sampai gula semua cair dan mendidih..Pastu masukkan tepung jagung..kacau2 sampai pekat likat.. sejukkan
3) Campurkan dengan kacang tumbuk, curahkan ke atas Tauhu, taugeh, timun dan kangkung..Gaul2.. hmm dap ??
TIPS TAMBAHAN:
• Tauhu – digoreng
• Kangkung – dicelur
• Taugeh – dicelur
• Timun – disagat
Kredit Resepi: Atie Jumaat / Suka Makan Dot Com
Puding Roti Orang Dulu-dulu, Simple & Sedap. Ni Resipi Kalau Nak Cuba!
Siapa yang pernah menikmati rasa puding roti orang dulu-dulu mesti teruja untuk merasainya berkali-kali. Rasanya enak dan tersendiri. Malah menyediakannya juga cukup mudah.
Namun buat yang belum pernah merasainya, elok dicuba resipi yang dikongsikan oleh Yatie Eimra dan bolehlah nikmatinya bersama seisi keluarga.
Ini perkongsiannya.
Sekarang ni tengok orang buat puding roti letak macam² bahan & makan dengan kos kastard la, sos vanila la.. Tapi tekak saya tetap suka puding roti versi kampung² aje macam mana yang mak ajarkan masa zaman sekolah² dulu.. Selain makan waktu minum petang, kekadang tu kitorang makan puding roti ni untuk breakfast gak. Sebab tu tak suka yang fancy² bagai..
Guna 4 je bahan wajib. Rendam roti dalam air, bila dah lembut lenyek² sikit lepas tu masukkan telur (dibuang pusatnya), gaul² sekata. Masukkan susu pekat. Kalau nak lebih sedap & rasa lemak berkrim, boleh gak tambahkan susu cair.. Nak letek esen vanila pun boleh, taknak pun takpe sebab dah buang pusat tadi. Kukus. Dah siap nak makan terus boleh, makan sejuk pun sedap.. Tapi yang ni saya tabur serbuk kayu manis sikit sebab memang suka.. Hehee.. Ada ke yang suka puding roti plain/versi kampung camni?
Ni saya bagi resipi/tip sekali kot ada yang nak cuba. Orang² tua dulu ajar bagi tip je..mane bagi sukatan yang tepat, tapi sebabkan saya risau hasilnya tak sama, jadi bila mak ajarkan tu..saya sukat sesiap airnya.. Ekeke.. So, insyaAllah setiap kali buat, hasilnya tak mengecewakan
Tip dari mak saya
Roti = Boleh gunakan roti sandwich putih atau yang sandwich coklat/berperisa. Kalau guna roti yang manis, kurangkan susu pekat ye. Kalau guna roti wholemeal lak, kena lebihkan air sebab roti ni serap air lebih banyak.
Telur = Sebiji telur saiz A untuk setiap 2 keping roti atau 2 biji telur saiz C untuk setiap 3 keping roti.
Air = 50 ml untuk setiap sekeping roti (yang ni saya sukat masa belajar buat time kecik² dulu) Boleh kurangkan separuh sukatan air jika nak guna susu cair. Contohnya jika buat 4 keping = 100 ml air, 100 ml susu cair (½ cawan teh air, ½ cawan teh susu cair). Kalau nak guna susu segar, sukatan tetap 50ml untuk setiap sekeping roti.
Susu pekat = 1–1½ sudu makan bagi setiap sekeping roti. Saya tak kuat manis, pada saya 1 sudu makan ni manisnya just nice. Tapi kalau suka yang manis, boleh ler tambah lagi..
Ok, ni resipi yang saya buat ni lak.
Puding Roti Versi Kampung
Bahan²
4 keping roti
100 ml air (kalau taknak tambah susu cair, guna 200ml air atau 200ml susu segar/1 cawan)
100 ml susu cair* (xpayah letak ni kalau guna susu segar)
2 biji telur A
4 sudu susu pekat manis
Cara²
1. Rendam roti dalam air & susu cair.
2. Bila roti dah lembut, lenyekkan
.
3. Masukkan telur. Gaul sekata.
4. Tambah susu pekat. Gaul sebati.
5. Sebelum masukkan adunan dalam bekas, lengser dengan marjerin/mentega pada bekas supaya hasil kuih cantik bila dikeluarkan.
6. Kukus api sederhana besar (jangan besar sangat, nanti permukaan puding telur tu menggelembung²) selama 25-30 minit.
7. Kalau suka boleh tabur serbuk kayu manis.
*Untuk versi bakar, suhu 180°c bakar 25–30 minit atau sehingga masak. (oven saya kecik & cepat panas, saya gunakan suhu 170°c jer.. )
Resepi ‘Mango Float’ Cair Di Mulut & Sejuk Di Perut Ini Guna 5 Bahan Utama Jer. Confirm Sedap & Menyegarkan Tekak!
Jika anak-anak anda jenis yang suka menu masam-masam lemak manis, cair di mulut, sejuk di perut, inilah hidangan yang ibu-ibu boleh cuba buat hujung minggu nanti.
Sebenarnya mango float adalah sejenis pencuci mulut yang cukup terkenal di Filipina. Lebih kurang macam kek batik, hidangan ini juga dilapis-lapis dengan biskut kraker dan krim. Tapi versi ini menggunakan buah mangga sebagai bahan utamanya.
Resipi yang dikongsikan oleh puan Putri Bungsu menerusi page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) pasti memikat selera sekeluarga.
Ini Mango Float siang tadi buat, jadi la dessert untuk mlm ni. Nak puasa ni selera mcm2. Siapa yang suka masam2 lemak manis, cair di mulut, sejuk diperut, ke nak tambah lemak 😂😂😂 boleh la buat, sedap jugak untuk menu berbuka puasa. Nah resepinya.
Bahan-bahan :
1. 1 cawan whipping cream
2. 1/2 tin susu pekat manis (nak manis letak lebih)
3. 200 gm cream cheese
4. 1/2 peket biskut cream cracker
5. 4 biji mangga (dihiris memanjang)
6. 2 keping biskut cream cracker (hancurkan)
7. Loyang segi 4 tepat atau bekas yang bersesuainya
8. Aluminium foil
9. Susu segar (untuk rendam biskut bagi lembut)
Caranya :
Putar Whipping cream hingga pekat, masukkan cream cheese dan susu pekat manis dan putar lagi. Sementara itu balutkan loyang dengan aluminium foil. Apabila bahan yang di putar menjadi kembang dan sebati terus dengan aktiviti berikut :
1. Rendam biskut didalam susu segar kemudian masukkan kepingan biskut didalam loyang.
2. Masukkan adunan cream cheese dan ratakan.
3. Kemudian aturkan hirisan mangga diatasnya. Ulang langkah 1-3 hingga habis.
4. Untuk lapisan atas, selepas cream cheese diratakan, tabur biskut cream cracker yang telah dihancurkan.
5. Baki hirisan mangga dihiris dadu dan ditaburkan diatas bahan tadi.
6. Masukkan ke dalam freezer dalam 3 jam sekurang-kurangnya, dan selepas itu mango float boleh dimakan.
P/s : mango float ni mudah cair ya, tak boleh terbiar dalam didalam suhu bilik. Macam ais cream.
Posted by Putri Bungsu on Sunday, 13 May 2018
Rupanya Ini Rahsia Resipi Ikan Siakap Ala Thai Jadi Lebih Sedap. Ikuti Cara Wanita Ini.
Masakan berasaskan ikan siakap antara menu yang digemari ramai. Biasanya dihidangkan ketika panas-panas memang menyelerakan. Bagi yang masih belum mempunyai idea untuk masakan tenghari ini. Apa kata cuba resipi ini. Masakan Ikan Siakap Ala Thai. Rahsia hidang ini lebih sedap adalah kuahnya.
Selanjutnya ikuti perkongsian resipi ini.
Kita baru nak makan haaa, pagi tadi suami pesan “Selagi saya tak jumpa serai, awak jangan cuba2 masak ikan steam tau, tunggu saya.” Kita pun tunggu sampai la dh jumpe serai td lalu kita pun masak. Happy ending.
Resepi Ikan Siakap Stim ala Thai
Bahan yg diperlukan:
Seekor ikan siakap
2 biji limau nipis
1 batang serai
5 hirisan halia
3 tangkai cili kecik merah
3 tangkai cili kecik hijau
5 ulas bawang putih
1 batang daun ketumbar
Setengah kiub pati ayam
Sos ikan
Cara kukus ikan:
Bersih ikan siakap dan hiris bahagian badan nya. Masukkan halia dan serai ke dalam perut ikan
Kukus ikan ke dalam periuk kukus selama 5 minit dan biarkan seketika pada suhu api perlahan.
Cara masak kuah stim ala Thai:
Cincang bawang putih secara kasar. Gorengkan bawang putih yg telah dicincang di dalam kuali sehingga warna keemasan – kerangupan bawang putih goreng menaikkan aroma ikan siakap stim.
Padamkan api kuali lansung masukkan sedikit air suam, setengah kiub pati ayam, 4 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil gula, cili hijau dan merah, lebihan serai dan perahan jus limau.
Rasa dahulu kuah, sekiranya termasin sila tambah sedikit air.
Kacau kuah sehingga sebati.
Langkah terakhir:
Tuangkan kuah stim ke atas ikan siakap.
Dan taburkan hirisan daun kertumbar. Kukus lagi ikan siakap bersama kuah selema 3 minit.
Sedia dihidang! Selamat mencuba!
Kredit: Zurina Zulkefli