Air tangan ibu itu adalah pengikat kasih suami dan anak-anak. Jika makanan yang di masak di rumah tentunya akan lebih sedap dan dijamin kualiti kebersihannya.

Kepada nak cuba masak makanan Tauhu Bergedil yang viral, boleh cuba resepi ni. Dengan perkongsian lebih 18K tentu resepi ni mudah untuk dicuba. Hasil perkongsian puan Aida Rsli memang bermanfaat. Jom semak!


Harini kita buat tauhu begedil  buat sendiri puas hati makan  goreng separuh masak & frozen kan siap2 simpan dalam peti jadi dia tahan lama, senang nak makan tinggal goreng je nanti esok kita buat kuah kicap pulak ye 

RESEPI TAUHU BERGEDIL 

Bahan2:
1. Kentang 7-8 biji (untuk 23-25tauhu)
2. Daging kisar 200 gram
3. Tauhu pok
4. Daun sup*
5. Bawang goreng*
6. Garam*
7. Lada hitam*
8. Serbuk perasa*
9. Bawang holland

IKLAN

Cara2:
1. Kupas kentang dan potong 4
2. Rebus kentang sampai empuk
3. Sementara tu potong dadu sedikit bawang holland. Untuk tumis bersama daging kisar.
4. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan daging kisar. Masak sehingga kering.
5. Bila kentang dah empuk, angkat dan toskan. Lenyekkan kentang masa kentang tu masih panas.
6. Masukkan daging yang dah siap masak.
7. Campurkan bersama bahan2 bertanda *. Bahan2 ni main agak2 je. Ikut taste masing2?
8. Gaul rata semua bahan. Lepas tu rasa. Kot la terkurang garam ke. Kurang rasa ke. ?
9. Gunting bentuk X kat bahagian atas tauhu.
10. Sumbat inti dalam tauhu cantik2?

CELUPAN:
1. 3 biji telur
2. Garam sikit

IKLAN

Pukul telur bersama garam. Celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas.

Cara penyedian sos :

IKLAN

Cili kering di kisar secukup hati ? , bawang 2-3 ulas dipotomg kecil agar senang untuk di kisar & jgn lupa 2 biji bawang putih turut sama di kisar ? cili padi ikut tahap ketahanan pedas ? dah siap dikisar kesemua bahan . Panas kan sedikit minyak untuk menumis bawang tadi sehingga naik bau , dan masuk kan cili kering yg dikisar gaul kan sehingga naik minyak dan masuk kn cili padi yang dikisar bersama gaul juga sehingga naik minyak jangan sampai hangit sudah lah ? , kemudian masuk kan tepung jagung untuk memekat kan lagi kuah tadi dan bahan perasa seperti aji garam dan sedikit gula melaka/perang . Rasa awk sendiri yang bajet sama ada nak manis masim dan pedas ?

SIAPPP!! SEDIA UNTUK DIHIDANG ?

#tauhubergedil

Patutlah Resepi Tauhu Bergedil Ini Viral, Cara Nak Buat Pun Mudah Patutlah Resepi Tauhu Bergedil Ini Viral, Cara Nak Buat Pun Mudah Patutlah Resepi Tauhu Bergedil Ini Viral, Cara Nak Buat Pun Mudah Patutlah Resepi Tauhu Bergedil Ini Viral, Cara Nak Buat Pun Mudah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI