Memasak memang semua boleh buat, tapi kalau tak tahu caranya memang tak menjadi. Begitu juga dalam bab masak sotong. Walaupun nampak ringkas, tapi selalu juga bila kita masak terasa liat pula untuk dimakan. Mungkin kah sebab terlebih lama dimasak atau terlalu sekejap dimasak? Hanya yang biasa dan pakar je tahu jawapannya.

Untuk itu, ketahui petua yang dilakukan oleh Puan Khatijah Abdullah untuk pastikan sotong masak sambal tumis sedap rasanya dan yang penting  tidak liat. Nak tahu lanjut jom semak.

Langkah 1 : Didihkan air di dalam periuk.

IKLAN

Posted by Khatijah Abdullah on Monday, October 1, 2018

 

Langkah 2 : Masukkan sotong dan biarkan seketika.

IKLAN

Posted by Khatijah Abdullah on Monday, October 1, 2018

Langkah 3 : Angkat sotong yang telah direbus dan asingkan air rebusan untuk dijadikan air tumisan ketika memasak hidangan.

IKLAN

Langkah 4 : Tumis sambal seperti biasa dan apabila semuanya sudah ready, masukkan sotong yang telah direbus tadi dan siap dihiris. Gaul rata dan sedia untuk dihidang.

 

sumber : Khatijah Abdullah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI