Ibu bapa mana yang tak gembira dan terharu bila melihat kejayaan anak-anak. Terasa berbaloi segala penat lelah dan pengorbanan dalam membesarkan mereka kan!

 

Dalam mendidik anak-anak tidak sekadar bergantung kepada guru semata-mata. Jika mahu anak-anak berjaya, ibu bapa juga harus mainkan peranan. Ini dikongsikan oleh seorang guru bernama Ummu Al Fateh . Menurut guru ini, tip pembelajaran seorang pelajar yang cemerlang tersebut diperoleh daripada ibu bapa pelajar itu sendiri ketika hadir mengambil report card.

Apa yang membanggakan, keempat-empat anak pasangan ini mendapat keputusan yang cemerlang dalam pelajaran selain memiliki akhlak yang mulia.

Sejuk perut ibu mengandungkan mereka kan! Yang nak praktiskan tip tersebut boleh baca di sini!

 


 
sis beruntung hari ni sbb dapat interview ibu kepada pelajar ini.pelajar lelaki melayu.
disaat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen.alhamdulillah ada seorang yg bersinar.

so sis nak kongsi dengan rakan2 la kan apa tips maknya ye memandangkan semua ank2 nya 4 org berjaya (ini yg bongsu):

1)anak2 tak dibenarkan belajar dalam bilik masing2..semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu.reason:duduk dlm bilik kita tak nampak dia buat apa..betul ke tak belajar.

2)pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing2 duduk dimeja makan.

3)pukul 10 masuk tidur

4)tak benarkan anak2 keluar rumah lepak dgn kawan.hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan utk melepak.

5)keluar mesti dgn ibu bapa.alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sndiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik utk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yg betul.

6)ayahnya serius tp baik,ayah tak pernah pukul/cubit anak.yg dibenarkan mak sahaja.(ayah dia tunggu dlm keta x dapat naik sbb parking penuh,rugi x dpt intview sekali😂)

7)kena mula dari darjah 1,pukul 8 mlm terus duduk dimeja.so dh terbiasa.bila sekolah menengah dah tak perlu suruh,anak otomatik pegang buku jam 8 malam.

7)tak pernah pergi tusyen.jika tak faham kena tanya kwn yg lebih pandai disekolah.

sis tanya lagi,ank puan ada diberikan handphone?internet? maknye jawab. ya bagi cikgu..petang2 dia main game.kena bagi jugak x boleh sekat sy faham dia remaja.kita xnk dia memberontak.asal dia x melepak sudah.kawan2 dia dtg rumah kami main game tp anak sy takkan keluar dari rumah.sy kenal semua kawan2nya.

ayat last sekali maknya mmg power:

“cikgu,apa2 pun asasnya dari rumah dari ibu bapa.sy tak boleh nak harapkan cikgu saja,cikgu pun ramai anak murid lain lagi.cikgu dah byk membantu sy didik dia.terima kasih cikgu”

sis angguk2…oooo..betul2…tq puan sudi datang dan share dengan saya.kirim salam ayahnya..humble ibunya,no wonder anaknya sangat menghormati guru😊

#hariterbuka
#cikgupunadaanak

Sumber:  Ummu Al Fateh

Tinggalkan Komen