Sebut sahaja menu ikan patin masak tempoyak, pasti kita akan terbayang orang belah-belah Pahang dan Perak adalah yang pakar dalam menyediakan menu ini. Rasa kuahnya asli dan sangat pekat.
Tentu ada petua dan teknik masakan yang diamalkan untuk menjadikan hidangan tersebut menjadi selazat itu. Untuk itu, Puan Hana Ismail telah berkongsi petua di fb setelah berjaya menyediakan menu ini menepati standardnya, jom semak apa petuanya itu.
Buat lagi ikan patin masak tempoyak, kali ni dah tak cair sebab dah dapat banyak petua dan cara yang betul untuk masak ikan patin tempoyak dari sahabat2 Group ni… Terima kasih semua.
Ini petuanya :-
→ air jangan banyak sgt, cukup2 ikan tenggelam je…
→tempoyak kena letak lebih baru kuah pekat
→Kuah kena reneh lama sikit dgn api yang kecik baru pekat
Resepi
Ikan patin
Kunyit hidup
Cili padi
Tempoyak
Garam
Asam keping (klu tempoyak dah cukup masam tak letak pun tak pa)
Air (sy guna 11/2 gelas je)
Daun kunyit(potong halus2)
Cara penyediaan :
- Tumbuk kunyit hidup dengan cili padi sampai lumat
- Masukkan air dalam periuk dan masukkan bahan2 tumbuk td, biar mendidih masukkan tempoyak
- Tunggu sampai mendidih masukkan ikan
- Kecikkan api,renehkan kuah dan tunggu sampai ikan masak
- Masukkan daun kunyit
- Kalau kuah dah pekat, tutup api dah siap
sumber : Puan Hana Ismail via MAHN
Buat Sendiri Cendol, Ni Caranya. Mana Tahu Bila Pandai Buat, Jadi Sumber Rezeki Untuk Keluarga Pula!
Cendol, merupakan minuman yang cukup popular dan menjadi treadmark sepanjang masa. Rasanya yang manis dan berlemak menjadikan minuman cendol punyai keistimewaannya yang tersendiri.
Menyedari begitu ramai yang menyukai minuman ini, maka tidak hairanlah minuman cendol ini begitu mudah untuk didapati. Sama ada dijual di gerai tepi jalan atau hingga di tempat makan bertaraf eksklusif sekali pun, air cendol menjadi antara menu yang ditawarkan.
Pun begitu, sekiranya terasa teringin nak buat sendiri cendol, jom kita tengok resipi yang dikongsi oleh Mamak Haji ni. Mana tahu, bermula dengan suka-suka untuk menyediakan cendol untuk keluarga, menjadi titik tolak bermulanya langkah anda untuk berniaga dan seterusnya menjadi sumber pendapatan yang menguntungkan di masa akan datang.
Jom semak bagaimana cara penyediaannya.
CENDOL
BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN:
* 125gm tepung beras (1 cawan)
*20gm tepung Hoen Kwe
* 50gm tepung ubi
*200ml air pandan (2 cawan)
*3/4 sudu makan Air Kapur.
*1 sudu kecil garam
* secubit pewarna hijau
CARA-CARA PENYEDIAAN:
1. Untuk mendapatkan air pandan, potong 4-5 daun pandan kira 2 inci dan masukkan 2 dan 1/2 cawan air dalam mesin pengisar. Masukkan pewarna dan kisar sehingga halus. Tapis airnya dan sediakan dua cawan untuk adunan.
2. Ambil sebuah bekas masukkan tepung beras, tepung Hoen Kwe, tepung ubi, garam dan air pandan, adun rata dan masukkan air kapur dan kacau rata.
3. Masukkan dalam periuk dan panaskan dengan api yang sederhana. Sentiasa kacau adunan. Bila adunan mula pekat kecilkan api dapur. Kacau sehingga adunan menjadi kilat dan mula mendidih berlopak. Matikan api dapur. Walau api dapur dimatikan kita perlukan adunan itu sentiasa panas untuk tidak menjadi keras sebelum cendol dibentuk melalui acuan muruku. Dengan sebab ini kita perlu sediakan sebuah bekas yang menampung sekurang-kurangnya 500ml air panas dan bekas adunan yang digunakan masak. Bila adunan telah dikeluarkan dari dapur letak bekas itu di atas bekas yang mengandungi air panas. Sebenarnya kita panaskan double bottom.
4. Dalam pada itu siapkan sebuah bekas air yang mengandungi air ais.
5. Ambil bekas buat muruku (atau alat pelenyek ubi kentang), masukkan adunan dan mula kenakan tekanan adunan itu jatuh ke dalam bekas yang mengandungi air ais. Panjang cendol yang baik ada 1 inci lebih. Jangan pendek sangat. Bekas muruku yang terbaik buatan dari kayu atau plastik. Jenis yang diperbuat dari logam . Akan panas dan sukar untuk anda memutarnya.
6. Buat sampai adunan habis. Air yang cendol berada itu jangan buang kerana ia mengandungi air kapur boleh melambatkan cendol basi dan juga santan semasa bancuh cendol.
7. Simpan di peti sejuk sehingga anda ingin gunakan buat air cendol, cendol ABC atau pun agar-agar cendol yang lazat. selamat mencuba.
Sumber :Mamak Haji
“Warga Emas Dah, Masih Konsep Dapurku Syurgaku.” Sambut Hari Lahir Ke 50 Tahun, Amy Mastura Dipuji Tetap Comel & Awet Muda!
Tanggal 10 Mei yang lalu merupakan ulang tahun kelahirannya yang ke 50 tahun. Namun wajah dan penampilannya tidak menunjukkan penyanyi kecil molek ini sudah memasuki separuh abad.
Menerusi perkongsiannya yang terbaru di laman Instagram, Amy Mastura menyambut ulangtahun kelahirannya dengan memuat naik gambar bersama kek yang diberikan oleh anak-anaknya dengan 5 batang lilin di atas.
Kata Amy, dengan 5 batang lilin tersebut, dia kini boleh digelar warga emas.
Alhamdulillah. Lima lilin 🎂Warga emas dah Masih konsep dapurku syurgaku. Akk nk ucap teima kaseh pd semua yg bagi ucapan, hadiah dan doa utk akk semalam yer.
Semoga allah membalas kebaikan semua. Aminn #kektutajaananak2 🥰
Meninjau ke ruangan komen, pelbagai ucapan diberikan. Bahkan ada yang memuji penyanyi ini tidka dimamah usia.
Sumber: amymasturalerr
Begini Cara Betul Nak Simpan Kentang Tahan Lebih Lama.Serius, Ibu-Ibu Patut Cuba!
Tidak sebagai makanan tambahan dan aksesori, kentang ada masanya boleh bertukar menjadi menu utama. Tak gitu? Begitu juga rangkaian snek ringan berasaskan kentang yang semakin popular.
Selalunya setiap kali beli kentang, kita jarang beli dalam kuantiti yang banyak. Sebabnya takut kentang tidak tahan lama dan akan jadi busuk kalau lambat digunakan dalam masakan.
Sebenarnya ada banyak petua yang boleh diamalkan bagi memastikan kentang mampu bertahan lama dan tidak cepat busuk. Apa yang anda kena buat?
Suhu Bilik
Simpan pada suhu bilik dan jauhkan daripada cahaya matahari. Dalam keadaan lembap seperti di dalam peti sejuk, tunas kentang akan lebih cepat tumbuh dan kentang bertunas sebenarnya sudah tak berapa elok lagi untuk di makan.
Buang Kentang Busuk
Asing dan buangkan kentang yang mula busuk. Biasanya kentang dibeli dalam guni atau plastik besar, pasti ada kentang yang tidak elok. Asingkan dan terus buang untuk mengelakkan kentang tersebut memindahkan bakteria kepada kentang lain yang masih baik keadaannya. Jadi kentang yang tinggal boleh ditingkatkan jangka hayatnya.
Jangan Simpan Dengan Bawang
Kadang-kadang kita simpan kentang sekali dalam bekas bawang bukan? Sebolehnya diasingkan kerana kedua-dua tumbuhan ini bila diletakkan bersama akan menghasilkan sejenis gas yang boleh saling merosakkan antara satu sama lain. Rugi. Jadi simpan kedua-duanya dalam bekas yang berlainan untuk tahan lebih lama.
Jangan Basuh
Kalau kentang yang dah basuh pula, nak elakkan jadi lebam dan tahan lama sebaiknya jangan basuh. Cukup hanya dibuang kulit dan terus sahaja disimpan dalam peti ais. Bila kentang dibasuh, kentang tersebut akan menjadi lembap dan berair, dan ini memudahkan pembiakan bakteria. Akibatnya kentang akan cepat busuk.
Kenapa Kena Pilih Kentang Segar
Kalau makanan apa pun terutama sayur dan buah-buahan, kenalah pilih yang segar. Makanan yang segar ternyata lebih banyak khasiat berbanding yang tak segar. Jadi buat apa makan benda tak segar kan?
Yang anda perlu tahu, di dalam kentang terkandung nilai khasiat yang cukup hebat. Nutrien yang terkandung dalam kentang pula adalah vitamin B6, kalium, kuprum, vitamin C, mangan, fosforus, fiber, vitamin B3 dan asid pantotenik.
Walaupun banyak khasiat tapi kentang tak kurang juga nilai kalorinya. Satu cawan kentang bersamaan nilai kalori 161 dan mempunyai nilai GI dalam kategori tinggi, iaitu sekitar 70-80. Jadi kenalah berpada-pada jika ambil kentang.