Pengumuman daripada Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad yang terkandung di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 tentunya satu berita yang disambut  baik oleh rakyat dan disyukuri pastinya.

Antara yang dinyatakan adalah mengenai kerajaan akan membuat bayaran tambahan RM100 bagi setiap penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima pada bulan Mei dan tambahan RM50 akan disalurkan secara e-tunai.

Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad berkata selain itu bayaran ansuran BSH bulan Mei sebanyak RM200 akan diawalkan ke bulan Mac 2020.

Penerima Bantuan BSH Dapat Duit Awal. Bukan Tu Je, Banyak Lagi Yang Menarik Untuk Rakyat & Ni Senarainya!

Pastinya bantuan sepertinya ini setidak-tidaknya dapat meringankan beban perbelanjaan keluarga penerima BSH.

Selain itu, memetik berita daripada Bernama turut dinyatakan bahawa langkah itu yang terkandung dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 yang dibentangkan oleh Dr Mahathir adalah untuk merangsang permintaan domestik.

IKLAN

Tingkatkan Pendapatan Rakyat

Selain itu, kadar caruman minimum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikurangkan sebanyak empat peratus iaitu daripada 11 peratus kepada tujuh peratus, yang bermakna RM10 bilion akan kekal di tangan pencarum berkuat kuasa sehingga akhir tahun ini.

Dr Mahathir berkata demikian ketika membentangkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020: Memperkukuhkan Keyakinan, Merangsang Pertumbuhan, Melindungi Pekerjaan, bagi memastikan risiko ekonomi berkaitan penularan COVID-19 dapat ditangani dengan berkesan, di sini.

IKLAN

Dalam pada itu Dr Mahathir berkata bagi meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kos sara hidup, kerajaan turut mengambil beberapa inisiatif, antaranya Tabung AgroFood sebanyak RM1 bilion oleh Bank Negara Malaysia pada kadar 3.75 peratus bertujuan menggalakkan aktiviti pengeluaran makanan bagi memenuhi permintaan domestik dan eksport.

Selain itu, katanya sejumlah RM10 juta kepada Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) untuk menyediakan kemudahan simpanan makanan supaya harga dapat dikurangkan.

“Geran sebanyak RM1,000 kepada 10,000 usahawan tempatan yang menjual produk dan barangan mereka di dalam platform e-dagang. Peruntukan tambahan RM20 juta kepada Malaysian Digital Economy Corporation (MDEC) untuk program Perkhidmatan e-Dagang Setempat (PeDAS) bagi menaik taraf Pusat Internet Desa kepada hab e-dagang,” katanya.

IKLAN

Penambahbaikan Modal Insan

Bagi penambahbaikan modal insan, Dr Mahathir berkata kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi subsidi pembiayaan kursus jangka pendek dalam bidang digital dan berkemahiran tinggi yang akan memanfaatkan kepada 100,000 rakyat Malaysia.

Selain itu pekerja yang terjejas boleh bergantung kepada Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) yang dananya kini berjumlah RM1.1 billion.

“SIP akan ditambah baik melalui kos latihan yang boleh dituntut ditingkatkan daripada RM4,000 kepada RM6,000. Sebagai tambahan, elaun latihan harian sebanyak RM30 sehari juga disediakan kepada pelatih,” katanya.

sumber : BERNAMA

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI