Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Segala penat lelah dan usaha selama ini akan berbaloi dengan keputusan yang terpampang di depan mata.

Demikian juga dengan ibu bertuah ini bila mana anaknya mencapai kejayaan. Tidak kira di sekolah kebangsaan mahupun sekolah Cina, asalkan ada keinginan dan usaha pasti akan berjaya.

Perkongsian ibu ini yang sudah 10 tahun menghantar anaknya ke sekolah cina cukup berinspirasi.

Leny Adam punya alasan tersendiri kenapa anak-anaknya dihantar ke sekolah Cina. Ikuti perkongsian tersebut.


 

Dah 10 tahun hantar anak-anak ke sekolah cina. Tahun ni akhir untuk Alif sebelum 4 tahun lagi untuk Amna..insyaallah.

Banyak saya belajar sorang-sorang hantar anak ke sekolah cina. Disiplin disekolah boleh membawa ke rumah dan sampai ke sekolah menengah.kalau ada nakal sikit-sikit tu biasalah kaan? Budak2 nak besar..

bangun pagi pukul 5 tanpa banyak kerenah.kena sampai sekolah sebelum pukul 7.home work kena siap sebelum ke sekolah.kena ingat apa nak bawak dan susun time table sangat penting.saya tak pernah ajar barang tertinggal nanti mommy hantar.biar kena rotan pun kat sekolah dan lain kali dorang akan ingat barang sendiri.bawak air suam penting..tak boleh bawak air sirap.kat kantin pun tak jual jajan.

Mommy akan siapkan breakfast atau bawak bekal biskut atau roti.tak pernah beli di kantin.habis sekolah pukul 1.50 petang Sambung tuisyen disekolah sampai pukul 3.30 petang.lunch ada parents yang boleh masakkan..so mommy tak perlu risau anak tengahari makan ke tak? Siapkan duit untuk bayar je..van akan ambik di sekolah dan hantar ke tempat mengaji.

Disekolah pun ada ustazah yang sangat baik sepanjang 10 tahun anak2 saya di sekolah ni..kelas agama yang selesa siap ada surau yang kami parents melayu yang usahakan 10 tahun lepas.siap minta jakel sumbang langsir.alhamdulillah. Sekolah cina waktu pembelajaran dan waktu2 persekolahan tak ada hiruk pikuk..senyap dan semua fokus dalam bilik darjah masing.tak boleh lari berkeliaran di koridor sekolah.

pagi sampai kelas kena duduk dan terus baca sifir nk pergi tandas pun tak boleh sesuka hati je..parents tidak dibenarkan masuk dan hantar anak2 ke bilik darjah. Kena tunggu di luar pagar sehingga loceng berbunyi.murid2 tidak boleh keluar dari perkarangan sekolah tanpa penjaga..kalau anak menangis..biarkan guru2 yang handle..amacam?? U olls berani tak?

Oh lepas mengaji anak2 saya balik? Oh tidak..cikgu tuisyen anak2 saya akan ambik dari kelas mengaji untuk buat homework dan tuisyen mandarin..sampai la saya ambik lepas balik pejabat pukul 730 petang dan kadang2 sampai pukul 8 malam..tq lause Phoebe Phang sebab sabar dengan my kids.

Sampai rumah tengok tv?? Nop! Weekdays no tv at all..balik rumah makan, susun time table dan tidur.pukul 930 mlm dah deep sleep anak2 saya semua..begitulah hari2 seterusnya. Weekend dorang dah sibuk cuci kasut sendiri dan kemaskan semua baju2 untuk sepanjang minggu.masa ni la dorang qada tengok tv dan buat aktiviti lain..so weekend memang tak pegang buku dah melainkan ada homework.

Anak2 saya pandai? Biasa je dan ikut kemampuam masing2..setiap anak tu berbeza2. Alhamdulillah keputusan mereka membanggakan saya..Alif pernah juga dapat no 1 dalam kelas dan dapat penghargaan. alhamdulillah keputusan perperiksaan anak2 saya tak pernah mengecewakan..

So far bukan sebab pandai semata tapi juga bagaimana mereka boleh survive dalam hidup. Tapi pergi sekolah cina jgn harap sangat dapat merasa jadi pengawas atau ketua waima ketua kebersihan..mmg susah nk merasa tapi bila dah pergi sekolah menengah..semua dorang tapau..

Sebenarnya pergi sekolah cina bukan setakat nak mengusai bahasa lain tapi juga disiplin dan bagaimana untuk bersaing..ada juga parents cina yang tak tahu berbahasa cina dan mereka juga akan ada masalah yang sama macam parents yang lain..tapi semua kena sabar dan persediaan mental dan poket pun kena juga sebab semua berbayar..tapi demi keselesaan pembelajaran anak2 juga.

So untuk yang kata saya acah2 mak muslimah..nak tunjuk jadi mak terbaik di fb sahaja..cuba rasa sehari kat tempat saya..jangan pandai berkata2 sahaja..besarkan anak bukan macam tanam pokok di pasu bunga. Bukan takat post gambar di instagram.nak membesarkan mereka tu peluh dan air mata saya dah sama banyak tau..

Sekian. panjang dan tolong hadam buat yg tak paham paham susah jaga anak2 tu..