Sambal merupakan antara menu yang menjadi penyedap makanan untuk sajian yang dihidangkan bersama nasi yang dihidang panas.

Perkongsian puan Norlela Abdul Lahak, 

mendapat perhatian ramai. Ikuti resepi penambah rasa.

IKLAN

Perkongsian Hingga 6K, Sambal Belacan Viral Ni Memang Superb!

IKLAN

Patut la ramai yg dok viral pasal sambal belacan ni..rupa rupanya mmg sedap betui…akak dah try buat mmg sedap..resepi dari group ni dan blog Rasa…terimakasih ya…bertambah selera mkn akak mlm ni..
Memandangkan ramai yg berminat ngan resepi sambal viral ni.ni akak kongsikan resepinya..
Bahan²
10 biji cabai merah
Segenggam cabai melaka
10 biji limau kasturi(dibelah dan dibuang biji)
3 biji bwg merah*
5 ulas bwg putih*
2 inci belacan*(ikut suka)
1 biji tomato*
1 biji lemon
Garam secukup rasa
Knorr sesedap rasa..
Cara²
Bakar sekejap bhn² yg bertanda*.
Kemudian masukkan semua bhn kedalaman blend kecuali lemon.perah air lemon kedlm blend tadi.
Jika mau cair sikit blh la di tambah sedikit air.
Blend sampai sebati ye…klau mau sambal yg kasar blend sekejap aje…limau kasturi tu blend sekali kulit ya…sambal ni tahan lama.
Blh tahan 2-3 minggu didlm peti ais..selamat mencuba..

IKLAN

Selamat mencuba!

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI