Makan buah, kedengarannya biasa-biasa sahaja hingga tidak perlu rasanya diajar, apatah lagi anak-anak kecil kita juga suka makan buah tanpa perlu kita suruh. Pandai sahaja dicapai oleh mereka andai terhidang di atas meja.

Pesan Dengan Orang Tua Kita Yang Ada Diabetes, Kena Makan Buah Sebelum Pukul 12 Tengah Hari. Dr Noordin Darus Jelaskan, Ni Sebabnya!

Pun begitu, adakah kita yakin cara, jumlah dan pengambilan buah-buhanan tersebut menepati keperluan tubuh? Dan bolehkah buah-buahan yang kaya dengan serat ini dapat membantu meningkatkan kesihatan tubuh bagi ibu ayah kita yang telah tua dan mengalami penyakit diabetes.

Untuk mengetahui jawapan setiap persoalan ini, ayuh kita fahami perkongsian Prof Datuk Dr Noordin Darus ini.

Buah digalakkan makan sebelah pagi sebelum pukul 12 kenapa?

Pesan Dengan Orang Tua Kita Yang Ada Diabetes, Kena Makan Buah Sebelum Pukul 12 Tengah Hari. Dr Noordin Darus Jelaskan, Ni Sebabnya!

Ingat dalam DNA diet bagi yang ada penyakit diabetes atau untuk orang yang kena kanser, saya menggalakkan makan buah-buahan sebelah pagi. Di dalam kajian, waktu inilah yang terbaik untuk kita menjamu selera kepada bakteria-bakteria yang baik dalam badan kita.

IKLAN

Sebab maklum sahaja, semalaman mereka membantu pencernaan yang diketuai oleh hati untuk proses semua bahan-bahan makanan kita makan, sama ada elok atau tak elok. Lebih-lebih yang makan dalam bentuk protien, susu atau gula. Jadi dia pun penatlah kan…. Pastinya bakteria yang jahat memang suka makan makanan berbentuk gula, susu dan juga benda yang berdaging.

Saya nasihatkan, untuk mereka yang hendak memperbaiki kesihatan, menyembuhkan terutama yang berpenyakit supaya kita boleh detok, alkalikan dan memberikan enzim-enzim yang hidup. Maka buahlah yang merupakan makanan asas yang utama.

Formula pengambilan buah

Paginya bila bakteria yang baik  itu boleh terima makanan, maka dia kena diberikan makanan secukupnya. Jadi kalau makan buah jangan makan terlalu sikit, ada formulanya. Berat badan anda dalam kg di darab dengan 10.

Contoh macam saya 70kg x 10 = 700 gm adalah timbangan minimum perlu dimakan sebelah pagi sehingga pukul 12 tengah hari. Buah itu haruslah dicampur minimumnya 3 atau 4 jenis atau sekurang-kurangnya 2 jenis.

IKLAN

Bantu hasilkan insulin 

Setelah buah-buahan dijadikan makanan, bakteria ini memang membantu banyak proses-proses penghadaman dan juga proses-proses pengeluaran hormon yang paling utama saya selalu cerita kepada orang diabetes jangan harapkan pankreas sahaja yang bekerja untuk keluarkan insulin. Rupanya bakteria ini banyak membantu untuk memberi ransangan pada pankreas untuk keluarkan insulin.

Lagi satu, kita semua tahu makan buah mesti dimakan sebelum makan makanan lain. Buah tidak boleh dimakan selepas ambil makanan lain. Sebab orang sudah tahu, buah cepat diproses, bila dimakan senang dia turun.

Jadi kalau buah dimakan akhir sekali, ini bermakna buah tersebut akan melalui proses yang lama dan orang panggil macam basilah. Dan sebab itu juga akan menyebabkan ada gas dalam perut, angin, kembung dan senak perut.

IKLAN

Pengambilan Terbaik 

Makan buah yang paling bagus, adalah makan macam mana dia datang macam itu kita makan. Basuh dululah. Apa yang penting, kalau tak larat makan buah, apa yang boleh buat adalah dengan buat green smoothies seperti bayam, bunga kubis dicampur dengan buah-buahan. Sedap campurkan pisang, nanas, betik dan mangga. Itu memang baik dan campur juga dengan kurma. Itu lagi sedap.

Boleh juga buat dalam bentuk jus, pengisar moden sekarang ada diantaranya perah habis sampai tiada serat. Sedangkan serat itulah sebenarnya yang terbaik jadi jangan buang serat.

Ingat amalkan pagi banyak makan buah  dan petang banyak makan ulam dan salad.

Sumber : Video Dr. Nordin Darus

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI