Memang sakit hati apabila melihat cili padi yang baru dibeli minggu lepas sudah menampakkan layunya. Malah ada juga yang sudah mula busuk dan berair walaupun disimpan di dalam peti sejuk.
Sebenarnya ada cara bagi memastikan cili padi mampu bertahan walaupun telah lama. Perkongsian seorang wanita yang menjalankan perniagaan restoran ini patut anda cuba. Ikuti tips daripadanya.
Buang Tangkai
Menurut wanita ini, sebaik dibeli daripada pasar, cili padi haruslah dibersihkan dan dibuang tangkainya. Kemudian biarkanlah seketika hingga kering sebelum dimasukkan semula ke dalam bekas bertutup. Simpan kemas di dalam peti sejuk.
Guna Plastik
Jika untuk memudahkan penyimpanan, cili padi yang di buang tangkainya tadi bolehlah diletakkan ke dalam beg plastik yang boleh dikemaskan di atasnya. Tebukkan sedikit lubang bagi membolehkan udara beredar di dalamnya.
Pilih Surat Khabar
Cili yang dibuang tangkai juga boleh disimpan di dalam kertas surat khabar dan bungkuslah kemas. Kemudian simpanlah ke dalam peti sejuk. Kertas membolehkan haba dan suhu sesuai pada cili. Ini membuatkan cili mampu bertahan lebih lama.
Kisar Dan Masak
Salah satu cara lagi bagi memastikan cili padi lebih tahan lama adalah dengan cara mengisarnya dan simpan untuk dijadikan pes. Namun untuk kekal lama kena ada caranya. Caranya kisar cili padi bersama garam hingga hancur dan masak seketika di atas api perlahan. Biarkan hingga kering dan simpanlah di dalam peti sejuk.
Bawang Putih
Salah satu kaedah lagi adalah dengan meletakkan bawang putih bersama-sama cili padi. Ambil dua ulas bawang putih dan letakkan di dalam bekas cili padi yang telah dibuang tangkainya. Hasilnya cili mampu bertahan lama. Paling penting tak busuk.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Selepas melahirkan anak, masalah haid yang datang lambat bagi ibu-ibu adalah perkara biasa. Namun haid yang terlalu lambat sebenarnya membimbangkan.
Jangan berdiam diri. Jika ini yang terjadi ada baiknya ibu segera mendapatkan pencerahan daripada doktor. Setiap orang berbeza-beza keadaannya. Masalah hormon adalah penyebabnya.
Begitu kata Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) menjelaskan secara terperinci buat semua ibu-ibu.
Selepas melahirkan anak, selalunya wanita akan mengalami gangguan kitaran haid. Selalunya seorang wanita akan mengalami haid semula antara enam hingga dua belas bulan.
Namun jika hal ini berlanjutan lebih dari setahun, terdapat gangguan hormon (ketidakseimbangan hormone) yang serius berlaku dalam tubuh wanita tersebut.
Selain itu selalunya selepas melahirkan anak, seorang wanita dinasihatkan mendapatkan suntikan pencegah kehamilan. Suntikan ini dikenali sebagai Provera (Medroxyprogesterone Acetate) adalah hormon progesterone sintetik yang menggangu kitaran haid.
Masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga mengganggu kitaran haid. Obesiti juga mungkin disebabkan oleh masalah kekurangan hormone thyroid (hypothyroidism) di mana mungkin sesetengah orang mengalami masalah kesukaran untuk menurunkan berat badan.
Masalah tekanan emosi sepanjang tempuh pantang seperti tidak cukup tidur kerana memberikan perhatian pada anak dan terpaksa bangun setiap 2 jam bagi menyusukan anak juga mempengaruhi hormone seterusnya mengganggu kitaran haid.
Saya mencadangkan agar puan-puan melakukan pemeriksaan doctor, bimbang ia disebabkan oleh masalah yang lebih besar seperti ketumbuhan atau masalah pramatang menopause yang sering berlaku pada wanita muda di zaman ini.
Selalunya doctor akan membuat pemeriksaan hormon dengan mengambil sampel darah bagi melihat tahap hormone-hormon seperti testosterone, estrogen, thyroid dan beberapa jenis hormone lagi.
Selain itu doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat bayangan organ dalaman seperti ovari, rahim atau mungkin ketumbuhan lain yang ada dalam rongga pelvis.
Pemeriksaan MRI hanya akan dilakukan jika doctor melihat ada sesuatu yang tidak normal dalam pemeriksaan darah atau ultrasound. Jadi proses diagnose yang dilakukan agak rumit dan mengambil masa. Harus bersabar dan menurut saja arahan doctor untuk setiap pemeriksaan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap pasangan suami isteri, hubungan yang mesra, penuh kasih sayang dan saling melengkapi amat penting untuk rumah tangga kekal bahagia dan harmoni.
Namun siapa sangka dalam tempoh itu ada juga dugaan yang mendatang. Salah satu puncanya adalah dikatakan berkaitan dengan perangkap dasim!
Ikuti lanjut apakah yang dikatakan sebagai perangkap Dasim yang menjadi punca pergaduhan suami isteri.
AWAS PERANGKAP DASIM!.
Perasan tak dalam rumahtangga ada ketika serba tak kena, kadang rasa nak marah tak tentu pasal, kerap prasangka buruk pada pasangan, isu kecil pun boleh jadi isu besar.Tengok muka pasangan pun rasa meluat, tapi dalam hati rasa sayang dan bila berjauhan rasa rindu! Hah, bila keadaan ini berlaku, salah satunya adalah berpunca daripada jin/ syaitan penghasut yang bernama “Dasim”.
Perlu Tahu Mengenai “Dasim” 1.Dasim adalah iblis yang tak suka suami isteri & keluarga aman dan bahagia. Dasim ini tugasnya adalah menyebarkan sifat emosi yang keterlaluan, mudah marah dan permusuhan pada suami isteri.
2.Selalunya kes rumahtangga Dasim akan cuba meruntuhkan institusi kekeluargaan.Dasim akan cuba mengapi-apikan lagi suami isteri sampai bermusuhan dan buat suami isteri rasa tak tak sefahaman tanpa sebab!
3.Si Dasim ni, kerja dia suka buat pasangan terasa hati, dia akan buat orang tu takkan diam diri, bila terasa hati sikit je terus akan turut berperang mulut, keluarkan kata-kata yang menyakitkan hati tanpa berfikir secara waras.Kesannya rumah tangga yang dibina tu akan jadi suram, tawar dan ianya akan tak tenteram.
4.Dasim suka menghasut terutama pada wanita yang datang bulan, baru lepas bersalin atau sedang mengandung, yang sering alami emosi tidak menentu.
5. Dasim ni terlalu jahat hingga dia akan buat kita sanggup lakukan apa sahaja untuk puaskan hati kita yang marah, sampai rumah tangga kita hancur lebur tanpa sebab. Pergaduhan dan perselisihan didalam rumahtangga memang hasutan dan kerja syaitan, namun kita suami isteri juga perlu kuat dengan mendekatkan diri pada Allah, buat perkara-perkara baik yang mana boleh menjernihkan kembali rumah tangga. Jangan mudah terpedaya dan terperangkap dengan hasutan ini.
6 TIP ELAKKAN HASUTAN DASIM
1. Bila tengah marah pada pasangan MENGUCAP DAN BERISTIFAR banyak-banyak, tarik nafas dan cari tempat yang menenangkan dalam rumah. Marah bagaikan api, redakan ia dengan air, mengambil wuduk dan tunaikan solat sunat dua rakaat. 2. Bila salah faham cepat-cepat MOHON MAAF pada pasangan dan jangan tunggu lama-lama. Ia akan menghilangkan prasangka dan rasa marah dalan diri. 3. Amalkan makan dan solat jemaah bersama-sama, BACA DOA SAMA- SAMA. 4. Ramai tak sedar benda ni. Bilik kosong yang dibiar lama, tambah-tambah yang ada katil & selimut akan buatkan iblis menumpang dalam selimut. Sebab tu Rasullah juga pernah berpesan “ketuk/libas” selimut bantal sebelum naik atas katil/tempat tidur & kerapkan juga solat & berzikir di dalam bilik-bilik yang tak berpenghuni tu. Buka pintu.. biar bila azan/ zikir/ mengaji Quran pun suara kita boleh didengar sampai ke bilik bilik kosong tu. 5. Jangan lupa memberi salam setiap kali masuk ke rumah, walaupun tiada orang didalam rumah.Rumah yang tidak diberikan salam, memudahkan ‘Dasim’ melakukan kerja dan hasutannya didalam rumahtangga. 6. Kerap baca yassin dalam rumah, bacalah setiap malam jumaat dan kalau nak lagi baik BACA AL-QURAN. Kalau suami tak sempat, isteri buat, kalau dua-dua tak sempat, galakkan anak-anak buat, kalau memang semua tak sempat, pasang MP3 pun ok. Biar ayat-ayat suci berkumandang dalam rumah kita! Iblis dan syaitan laknatullah ni tak akan tenang selagi rumahtangga yang dibina tu hancur! Dari hari pertama kita nikah sahaja dia sudah menangis terpekek lolong! kalau kita bercerai-berai dia akan berpesta gembira! Selamatkanlah rumahtangga kita, semoga dijauhkan daripada godaan syaitan dan iblis. Moga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga ke Jannah! Amin.
Kredit : Mohd Atuf Usamah via Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group via
Terkini: Kawalselia Padi dan Beras (KPB) membuka kertas siasatan terhadap kes pelupusan beratus-ratus kampit beras berhampiran laluan pintasan Rumpun Makmur - Kampung Gunung Senyum,...