Kelengkapan dapur yang berkarat sering dialami oleh kaum wanita. Nak memasak dengan kesan karat tentu membimbangkan.

Ini kerana peralatan berkarat boleh mendatangkan kesan buruk pada kesihatan. Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan karat yang boleh dilakukan dengan mudah.

Sebagaimana perkongsian wanita ini, puan Yati Eimra hanya mengunakan tiga bahan sahaja untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh suri rumah.

Seterusnya ikuti perkongsian beliau.

Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Saya ada 3 botol spray untuk kegunaan dapur, untuk lap air tumpah/spray langsir bila bau asap & juga untuk toilet. Untuk spray langsir & toilet tu saya tambahkan essential oil (lavender & lemon) sikit supaya wangi. 

Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni.

Bacaan lanjut: Rupanya Ada Waktu Yang Sesuai Untuk Minum Susu, Dr Ini Kongsikan Ikuti Keperluan Bagi Kesihatan.

Petua Hilangkan Kesan Karat Cerek Elektrik Dan Mata Pisau Blender, Wanita Ini Guna 3 Bahan Untuk Buat Semburan, Memang Menjadi!

Bahan:

1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat)

Cara penyediaan:

IKLAN

Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray.

*pastikan spray sentiasa ditutup bila tak digunakan supaya kepala spray tak mudah rosak

*untuk buat dalam kuantiti yang sikit, boleh rujuk link post lama

Kegunaan sembutan homemade serbaguna ini

Petua Hilangkan Kesan Karat Cerek Elektrik Dan Mata Pisau Blender, Wanita Ini Guna 3 Bahan Untuk Buat Semburan, Memang Menjadi!

  1. Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender. Yang suka buat kek guna blender tu, elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan ? Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak.. Tapi kena rendam kejap la.. Jangan terus basuh lak..

2. Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik. Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah²). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.

3. Masa baking – nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi ler.. Boleh spray kan pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun ?

IKLAN

4. Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan² minyak tu akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit², melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum). Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.

5.Hilangkan bau hanyir

Petua Hilangkan Kesan Karat Cerek Elektrik Dan Mata Pisau Blender, Wanita Ini Guna 3 Bahan Untuk Buat Semburan, Memang Menjadi!

Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & sinki dengan spray ni untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa

6. Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas² makanan yang berminyak ni, penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.

7. Spray ni gak boleh digunakan untuk bersihkan tong sampah atau kurangkan bau hancing. Salah seorang kawan yang ada kedai makan gunakan spray ni untuk toilet kedai makan dia untuk elakkan bau ‘semerbak’

8.Kalau setakat spray untuk kurangkan bau² toilet yang tak diingini, taknak letak sabun pencuci pinggan pun takpe. Boleh je guna cuka+air je. Tapi kalau nak jadikan sebagai spray multipurpose (kot nak basuh sinki, kilatkan paip, tile dll) sabun tu bertindak sebagai pencuci yang lembut (sebab tu tak rosakkan permukaan perabot) & kuatkan fungsi cuka. Nak guna sabun mandi pun boleh.. Tapi jangan guna sabun pencuci yang kuat sebab sesetengah sabun ada bahan aktif yang boleh bertindakbalas dengan cuka.

IKLAN

Sumber: Yati Eimra

Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual!
Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!

Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520

Petua Hilangkan Kesan Karat Cerek Elektrik Dan Mata Pisau Blender, Wanita Ini Guna 3 Bahan Untuk Buat Semburan, Memang Menjadi!

sini: http://www.wasap.my/60169647520

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

 

Petua Hilangkan Kesan Karat Cerek Elektrik Dan Mata Pisau Blender, Wanita Ini Guna 3 Bahan Untuk Buat Semburan, Memang Menjadi!

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI