Cili padi memang tak tahan lama. Mudah lembik dan sudahnya berbau busuk. Kadang-kadang dalam masa seminggu sahaja, cili padi yang kita beli sudah tidak boleh digunakan lagi. Membazir pula rasanya jika tidak sempat di masak. Sudahnya dibuang begitu sahaja.

Sebenarnya ada banyak cara untuk mengekalkan ketahanan cili padi ini. Namun perkongsian wanita cantik, Nurliana Liana di facebooknya dengan menggabungkan dua bahan ini, iaitu cili padi dan bawang putih, lain dari yang lain. Sungguh menakjubkan! Jadi kita kenalah cuba.

Petua Simpan Cili Padi Agar Tahan Sampai 3 Minggu,  Gabungkan 2 Bahan Ini Confirm Elok & Lambat Busuk!

Menurutnya dengan melakukan petua ini, cili padi dapat bertahan lama sehingga tiga minggu. Malah masuk sahaja minggu ke3, cili masih segar lagi. Menarik bukan? Jom ikut petua ini.

Petua Simpan Cili Padi Agar Tahan Sampai 3 Minggu,  Gabungkan 2 Bahan Ini Confirm Elok & Lambat Busuk! Petua Simpan Cili Padi Agar Tahan Sampai 3 Minggu,  Gabungkan 2 Bahan Ini Confirm Elok & Lambat Busuk!

BAHAN-BAHAN:
Cili padi
Bawang putih

IKLAN

1. Buang tangkai cili padi.

2. Bersihkan cili padi dengan air bersih dan toskan hingga kering.

3. Masukkan ke dalam satu bekas dan alas dengan tisu.

4. Letakkan seulas bawang putih yang sudah siap di kupas pada bahagian tengah (seperti dalam gambar).

IKLAN

5. Simpan di dalam bekas bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk.

Cara ini bukan hanya buat cili padi bertahan sampai 3 minggu malah tetap segar dan cantik. Masalah busuk dan lembik memang tak ada lagi. Empat langkah ini juga boleh anda cuba untuk pastikan cili padi kekal segar.

Petua Simpan Cili Padi Agar Tahan Sampai 3 Minggu,  Gabungkan 2 Bahan Ini Confirm Elok & Lambat Busuk!

IKLAN

Buang Tangkai
Menurut wanita ini, sebaik dibeli daripada pasar, cili padi haruslah dibersihkan dan dibuang tangkainya. Kemudian biarkanlah seketika hingga kering sebelum dimasukkan semula ke dalam bekas bertutup. Simpan kemas di dalam peti sejuk.

Guna Plastik
Jika untuk memudahkan penyimpanan, cili padi yang di buang tangkainya tadi bolehlah diletakkan ke dalam beg plastik yang boleh dikemaskan di atasnya. Tebukkan sedikit lubang bagi membolehkan udara beredar di dalamnya.

Pilih Surat Khabar
Cili yang dibuang tangkai juga boleh disimpan di dalam kertas surat khabar dan bungkuslah kemas. Kemudian simpanlah ke dalam peti sejuk. Kertas membolehkan haba dan suhu sesuai pada cili. Ini membuatkan cili mampu bertahan lebih lama.

Kisar Dan Masak
Salah satu cara lagi bagi memastikan cili padi lebih tahan lama adalah dengan cara mengisarnya dan simpan untuk dijadikan pes. Namun untuk kekal lama kena ada caranya. Caranya kisar cili padi bersama garam hingga hancur dan masak seketika di atas api perlahan. Biarkan hingga kering dan simpanlah di dalam peti sejuk.

Selamat mencuba!.

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI