Kebanyakkan rumah sekarang mesti ada sekurang-kurangnya satu pintu sliding sama ada 2 panel ataupun 3 panel dan sebagainya yang ditempatkan sebagai pintu di ruang balkoni, di bahagian depan rumah bahkan ada juga jadikan sliding door ini sebagai pemisah ruang dapur.

Menariknya menggayakan pintu sliding door ini, ia akan menjadikan rumah terlihat moden dan dalam masa yang sama memberi mood lebih selesa untuk pemilik kediaman melihat pemandangan luar dari dalam rumah. Bukan itu sahaja bukaan pintu juga lebih luas dan sangat mudah dilungsurkan ke sisi jika ingin dibuka.

Pun begitu perasan tak, bila telah lama digunakan mulalah buat hal hingga ada yang berasa susah untuk dibuka. Bahkan hendak ditarik atau ditolak tersangkut-sangkut. Sudahnya pintu sliding tidak dapat berfungsi dengan baik.

Meskipun begitu anda ada cara untuk membaiki pintu sliding dengan cara yang cukup mudah hanya dengan 2 langkah.  Ini sebagaimana perkongsian video di aplikasi TikTok oleh @jason_jezi. Lelaki ini menunjukkan trik atau teknik yang perlu buat jika berdepan dengan masalah pintu sliding yang susah untuk ditarik.

Pintu ‘Sliding’ Tersekat-sekat & Ketat Nak Buka, Lelaki Ni Tunjukkan Cara Mudah Nak Bagi ‘Settle’

@jason_jezi##Pintu ##Slide sudah lama pakai mesti ada masalah susah tarik, senang saja cuba ni ##TikTokGuru ##jombelajar ##learnontiktok♬ STAY – The Kid LAROI & Justin Bieber

Di dalam video ini, lelaki ini ada menunjukkan langkah demi langkah yang perlu dilakukan dan bolehlah anda cuba buat untuk atasi masalah pintu sliding yang ketat untuk dilongsorkan akibat daripada skrew yang longgar.

Langkah pertama 1 : Ketatkan skrew yang ada di bahagian bawah sliding door. Ini bertujuan untuk laraskan kedudukan pintu tersebut berada diposisi yang betul.

IKLAN

Pintu ‘Sliding’ Tersekat-sekat & Ketat Nak Buka, Lelaki Ni Tunjukkan Cara Mudah Nak Bagi ‘Settle’

Langkah 2 : Ambil kain dan buangkan segala kotoran pada bahagian rel sliding door.

Pintu ‘Sliding’ Tersekat-sekat & Ketat Nak Buka, Lelaki Ni Tunjukkan Cara Mudah Nak Bagi ‘Settle’

Langkah 3 : Siap dan sliding door akan mudah untuk dibuka dan ditutup.

Pintu ‘Sliding’ Tersekat-sekat & Ketat Nak Buka, Lelaki Ni Tunjukkan Cara Mudah Nak Bagi ‘Settle’

IKLAN

Mudah bukan? Jadi bolehlah dicuba untuk anda baiki pintu siling door yang sebelum ini ketat atau tersekat-sekat untuk dibuka dengan cara yang dikongsikan oleh @jason_jesi ini. Semoga bermanfaat!

Sumber : TikTok @jason_jezi 

 

IKLAN

ARTIKEL MENARIK: Buat Sos Black Papper Rasa Premium, Salah Satu Bahannya Guna Susu Full Cream. Lelaki Ni Kongsikan Resipinya!

LAGI ARTIKEL MENARIK :Duit Koyak Jangan Simpan Je, Rugi. Boleh Tukar Untuk Dapat Nilai Penuh Atau Separuh Di Bank Negara!

Bersempena Bulan Kemerdekaan, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM300! Cara nak dapatkannya mudah sahaja, ayuh sertai Pertandingan Berbalas Pantun Anak Merdeka dengan mendaftar di https://toko.ideaktiv.com/product/pertandingan-berbalas-pantun/   atau Whatsapp di http://www.wasap.my/60169647520

Pintu ‘Sliding’ Tersekat-sekat & Ketat Nak Buka, Lelaki Ni Tunjukkan Cara Mudah Nak Bagi ‘Settle’

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Pintu ‘Sliding’ Tersekat-sekat & Ketat Nak Buka, Lelaki Ni Tunjukkan Cara Mudah Nak Bagi ‘Settle’

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI