Masalah sinki tersumbat menyebabkan segala kerja di dapur terbantut. Memang geram dibuatnya terutamanya jika sudah pelbagai cara dicuba tapi sinki masih tidak mengalirkan airnya.
Jika berdepan masalah ini untuk sekian lagi, cuba kaedah yang disarankan oleh Mat Isa Muhamad Nor dalam Facebook beliau.
1. Gunakan soda untuk mengatasi masalah sinki.
Boleh dibeli di kedai hardware. Ada yang menyarankan mengguna soda bikarbonat tapi kesannya tidak sekuat soda jenis ini. Bentuk soda ini keping-keping. Elakkan menyentuh bahan ini kerana boleh melelas tangan.
2. Masak air. Saya guna bekas paling besar. Lagi besar lagi banyak air, bermakna lagi banyak air boleh mencuci paip yang tersumbat tu.
3. Kemudian, letak soda dalam lubang sinki seperti dalam gambar. Tunggu air menggelegak lalu tuangkan air panas tadi dan lihat soda bertindak balas.
4. Sudah selesai air turun, buka paip air untuk membolehkan kekotoran dalam saluran yang melekat itu keluar.
Sumber: Mat Isa Muhamad Nor (facebook)
Jamuan Rumah Terbuka, Makanan Dijamu Mesti Pelbagai. Ni Antaranya Jangan Ditinggalkan!
Rumah terbuka bertambah sempurna bila turut dihidangkan pelbagai menu yang enak. Antaranya resipi tart telur ini. Nak tahu resipinya, ini dikongsikan oleh Suraya.
Resepi ni senang dan simple sebab tak payah bakar kulit tart dulu..
Kiranya buat kulit tart pastu terus tuang je bancuhan susu + telur..pastu bakar..
Ok ni resepinya
Tart telur
(Anggaran 40 biji saiz 6.5cm)
Kulit tart
250gm mentega
100gm gula aising
1 sudu makan susu segar/ air paip
500 gm tepung gandum @ secukupnya
1 sudu teh esen vanila
-Gaul gula dengan mentega dan vanila.
-Campurkan susu segar dan gaul rata.
-Kemudian campurkan tepung gandum sikit-sikit dan uli sampai pejal dan tak lekat pada tangan.
-Ambil sedikit doh tepung dan tekan pada acuan tart.
Inti kastard tart telur
-1 tin susu cair
-1 tin air paip (sukat guna tin susu cair)
-1 setengah cawan gula pasir
-5 biji telur gred d
-1 sudu besar tepung kastard
-1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning
-Bancuh susu cair, air paip, gula, esen vanila dan tepung kastard.
-Kacau sampai gula larut.
-Sementara itu pecahkan 5 biji telur ke dalam bekas lain kemudian tapiskan telur tersebut guna penapis teh ke dalam bancuhan susu cair tadi.
-Tambah sedikit warna kuning.
-Tuangkan bancuhan susu yang sudah siap ke dalam kulit tart yang belum dibakar.
-Bakar tart telur di dalam oven selama 15-20 minit pada suhu 200°c rak pling bawah sekali.
Sumber : Suraya Yaacob via MAHN
Wanita Ini Buat Kuah Kacang Ikut Resipi Arwah Maknya. Patutlah Kawan-Kawan Puji Sangat Enak Siap Minta Jual!
Kuah kacang sememangnya cukup digemari terutama sekali apabila dimakan bersama nasi impit, cucur udang dan pelbagai hidangan lain. Namun tidak ramai yang tahu cara-cara yang betul memasak hidangan ini supaya ia enak, pekat dan lambat basi walaupun menggunakan santan.
Menerusi perkongsian Ruziati Amat Sarbini ini katanya diperoleh dari arwah ibunya. Bahkan, rakan-rakan turut mengakui akan keenakannya sehinggakan ada yang memintanya menjual kuah kacang. Betapa hebatnya penangan resipi arwah ibunya itu.
Disebabkan itu, Ruziati tidak lokek untuk berkongsi resipi kuah kacang tersebut. Yang nak cuba jom baca ni:
Kawan kata kuah kacang saya sedap… siap pujuk saya jual kuah kacang ni resepi kuah kacang saya..
bahan-bahan
1 kg kacang tanah (goreng)
800 gm gula
2 setengah sudu garam
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Segenggam asam jawa (bancuh pekat)
4 btg serai
Seinci lengkuas
Minyak masak
Air
Udang kering (ikut selera)
Rm3 cili kering ( kalau rasa nak lebih pedas boleh tmbh cili)
Cara
- Tumis bahan kisar tadi.
- Kemudian, masukkan semua bahan, tambah air.
- Biarkan mendidih sehingga agak-agak pekat (sambil tu kacau selalu untuk elak hangus bahagian bawah).
- Kecilkan api dan renihkan kuah sehingga naik minyak sambil kacau sesekali.
Tips Extra:
1). Kacang yang disangai tu nak kena betul-betul masak
2) Apabila tumis cili, itu pun nak kena betul-betul masak juga. Agak ambil masa tapi insyaAllah berbaloi. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
3). Apabila dah masukkan santan, kena santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang. .Ada sebabnya tapi mokcik dah terlupa..Kalau tak silap supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4). Dah masuk kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya ia tidak cepat hangus di bawahnya.
5). Dari segi rasa pula..kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya Allah kuah akan rasa ummpphh.
Tip oleh
Cuba Resipi Puding Kastard Susu Buah-Buahan Untuk Berbuka Nanti. Wah, Anak Pasti Suka Ni!
Puding kastard dengan kuah susu dan koktail buah-buahan campuran ini seringkali menjadi pilihan hidangan pencuci mulut untuk hidang seisi keluarga mahupun ketika menjamu tetamu yang berkunjung ke rumah.
Rasa pudingnya yang enak, kuah susunya yang manis berlemak di samping buah-buahan yang berwarna warni mampu membuka selera sesiapa sahaja, terutamanya anak-anak. Apa kata sesekali cuba buat puding istimewa ini untuk berbuka nanti.
Cara-cara membuatnya tidaklah sesukar mana, ibu-ibu pasti berpuas hati dengan hasilnya.
Bahan-Bahan (Puding):
1 tin susu cair jenama IDEAL
1 tin tepung kastard Bird Custard (ikut sukatan tin susu)
4 tin air
Setengah tin gula pasir
Cara Membuat:
1.Larutkan semua bahan didalam kuali.
2.Setelah larut, barulah letakkan kuali tersebut diatas dapur dan buka api.
3.Guna api yang paling perlahan dan kacau selalu adunan tersebut sehingga ia nampak pekat dan berkilat.
4.Kemudian,masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau boleh juga masukkan ke dalam loyang.
5.Biarkan puding sejuk seketika dan simpan didalam peti sejuk.
Bahan-Bahan (Kuah Susu):
2 tin susu cair jenama (IDEAL)
1 tin susu pekat
1tin @ 3/4 tin gula pasir (ikut kemanisan)
1/2 tin air
1 tin buah-buahan koktail
Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan-bahan tersebut ke dalam periuk kecuali buah-buahan koktail didalam tin.
2.Kacau sebati atas dapur dengan menggunakan api yang paling kecil, cukup sekadar memanaskan kuah susu dan tidak perlu sehingga kuah susu mendidih.
3.Setelah suam,masukkan air dan buah-buahan koktail dan simpan didalam peti sejuk.
Tip ekstra:
Simpan semalam didalam peti sejuk semalaman dan jangan letak ais pada kuah susu kerana ia akan membuatkan kuah susu cair.
Boleh juga campurkan dengan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, peach dan sebagainya.