Dapat cium bau cempedak yang digoreng pun dah mampu buat kita rasa teruja nak makan. Itu belum lagi bila salutan tepung yang dimasak terasa ranggup, memang puas hati menjamahnya.

Menyentuh tentang ramuan untuk bancuhan tepung untuk pastikan rangup dan enak, memang ada macam-macam petua dan salah satu yang dikongsikan oleh Tuan Adriana Arissa ini adalah dengan mencampurkan ais batu ke dalam adunan. Unik bukan?

Nak tahu lanjut ikuti perkongsian ini.

Cempedak goreng rangup. Santapan malam tadi. Resepi bancuhan tepung rangup saya sediakan di bawah.

IKLAN

Rahsia Bancuhan Tepung Rangup Kena Letak Ais, Kalau Tak Percaya Kena Cuba!

Resepi bancuhan tepung goreng rangup. Boleh buat untuk goreng ikan. Seafood, Pisang. Ubi. Cempedak dan lain-lain. Tauhu bergedil jualan saya pon saya buat bancuhan tepung ni. Rangup krup krap walaupon sejuk.

Rahsia Bancuhan Tepung Rangup Kena Letak Ais, Kalau Tak Percaya Kena Cuba!

IKLAN

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 sudu kecik garam
Sedikit air kapur (hujg sudu kecik)
1 biji telur
Pewarna kuning telur
Ais (4@5 ketul) rahsia tepung rangup tahan lama
Air sejuk (jangan cair atau pekat sgt) nanti ais akan mencair.

Rahsia Bancuhan Tepung Rangup Kena Letak Ais, Kalau Tak Percaya Kena Cuba!

IKLAN

Cara-cara :
1. Bancuh semua bahan-bahan dalam mangkuk.
2. Pastikan minyak panas. Boleh la mula menggoreng.

 

sumber : Tuan Adriana Arissa via MAHN

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI