Melihat rambut semakin hari semakin menipis, wanita mana yang tidak risau? Silap-silap ada yang berasa murung dengan masalah serius keguguran rambut yang dihadapinya itu.

Tidak mahu terus dibelenggu  dengan masalah keguguran rambut berpanjangan, segera atasi dengan menyediakan minyak yang berfungsi melebatkan rambut ini dengan menggunakan bahan alami.

Bagaimana hendak buat  dan apa ramuannya, jom semak perkongsian di bawah.

Jadi hari ni, cikgu kongsi minyak yang boleh bantu selesaikan masalah kulit kepala . Manfaat minyak ini adalah :-

– Lebatkan rambut
– Atasi masalah rambut gugur
– Redakan masalah kegatalan kulit kepala
– Redakan masalah kelemumur
– Menghitamkan rambut
– Sihatkan rambut dari masalah kering dan bercabang

Ramai orang terutamanya wanita yang selalu alami masalah keguguran rambut dan masalah kelemumur sekali gus membuatkan kulit kepala sangat gatal dan tidak selesa.

Jadi minyak ini di formulasi khas untuk membantu menyelesaikan masalah ini.

Pakailah minyak ini setiap malam sebelum tidur sambil mengurut perlahan lahan kepala itu untuk melancarkan peredaran darah. Esok cucilah.

Namun, ada baiknya anda amalkan dulu langkah penjagaan kulit kepala yang cikgu share sebelum ini sebelum memakai minyak ini untuk kesan yang lebih efektif.

IKLAN

Rambut Makin Menipis, Buatkan Minyak Homemade Ni Nak Lebatkannya!

Gabungan bahan bahan sangat bagus dalam menghambat bakteria dan menggalakkan pertumbuhan rambut.

Sesuai untuk kanak kanak, dewasa, lelaki, dan perempuan .

Untuk lebatkan rambut baby juga boleh di sapu sedikit setiap hari. Kesan ketara apabila baby membesar dan rambutnya juga lebat dan hitam pekat.

Bahan yang digunakan sangat mudah di dapati. Cikgu ambil di belakang rumah jer.

IKLAN

Anda pun boleh tanam dalam pasu .

Ni resipi nya

RESIPI MINYAK RAMBUT LEBAT

Segenggam daun kari
Segenggam daun inai
2 ulas bawang putih
1/2 biji limau purut
250 ml minyak kelapa

Cara cara

IKLAN

1. 100ml minyak kelapa di blend bersama daun kari, daun inai , bawang putih dan limau purut sehingga sebati

Rambut Makin Menipis, Buatkan Minyak Homemade Ni Nak Lebatkannya!

2. Bahan blend tadi di masak di atas double boiler bersama 150 ml lagi minyak kelapa.

Rambut Makin Menipis, Buatkan Minyak Homemade Ni Nak Lebatkannya!
3. Sekiranya tiada double boiler boleh panaskan bahan di dalam bekas kaca tebal di atas periuk yang di isi air.
4. Kacau kawan jam sambil niat baik baik selama 30 minit.
5. Tutup api. Biarkan suam dan tapis ambil minyak dan simpan dalam bekas.

Alhamdulillah. Dah siap.

Selamat mencuba!

Nota kaki: Minyak ini boleh tahan dalam 6 bulan. Namun ada baiknya buat untuk keperluan. Tidak perlu buat banyak banyak.

Sumber : Sarifa Redzuan ll

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI