Bak kata orang tua-tua, nak bagi suami sayang bini dan melekat je kasih sayang tu, jaga perut suami. Isteri masak makanan kegemaran suami tercinta. Suami pulak jangan salah kan isteri, jika perut tu boroi, itu tandanya kasih sayang isteri yang tiada penghujung nya. Perut suami boroi tu antara tanda keluarga itu bahagia.

Ikuti perkongsian menariknya dan mudahnya menu rojak puan Nora Lola Mokthar yang merupakan makanan kegemaran suaminya. Bahan-bahan yang disediakan pun mudah. Kepada yang belum ada idea nak  masak makanan untuk hidangan minum petang ni, boleh cuba menu ringkas ini. 

________________________________________________________________

Resepi Kuah Rojak Ni Simple Dan Mudah Nak Buat. Ikut Cara Ibu Ini Buat Hidangan Suami & Keluarga Tersayang

Assalamualaikum…slmt ptg warga mahn…sy nk share resepi febret suami rojak kuih campur mudah…semudah abc…

IKLAN

*Bahan-bahan
*6biji telur ayam rebus
*6biji kentang buang kulit &potong2
*6bar fish cake
*6ketul tauhu keras
2biji timun di potong2…
Bahan2 yg btanda * goreng sehingga garing dan potong2

Bahan-buah utk kuih
300g tepung gandum
200g taugeh
50g udang kering
1sudu mauripan
1gelas air

IKLAN

Cara-cara 
Blendkn udang kering dan campurkan kesemua bahan tadi. Tunggu sehingga kembang dan goreng.Ala mcm buat cekodok tu….tau kan…

Bahan-bahan untuk kuah kacang (kuah rojak)
100g cili kering rendam dgn air panas & blend…
300g kacang tanah goreng sampai kuning +3gelas air dan blend
2sudu tepung jagung+1gelas air &kacau
2senduk gula
1sudu garam
1ulas bwg putih

IKLAN

Cara-cara 
Tumiskan lada kering dg 1bj bwg putih yg dh di blend td,sehingga pecah minyak
Masukkn gula dan garam kemudian kacau sehingga gula dan garam larut kemudian masukkn kacang tanah yg dh di blend dgn 3gelas air td….tunggu sehingga mendaidih kemudian masukkan tepung jagung…
*tepung jgung tu bg pekat kuah…

Resepi Kuah Rojak Ni Simple Dan Mudah Nak Buat. Ikut Cara Ibu Ini Buat Hidangan Suami & Keluarga Tersayang Resepi Kuah Rojak Ni Simple Dan Mudah Nak Buat. Ikut Cara Ibu Ini Buat Hidangan Suami & Keluarga Tersayang

Selamat mencuba!

credit : Fb  Nora Lola Mokthar‎ via Aneka Resepi Kuih Muih
#mahn

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI