Kalau ditanya tentang menu minum petang legend dan menjadi kegemaran ramai, pastinya tak lain tak bukan Cekodok Pisang.  Bukan sahaja mudah, tapi murah dan sedap. Bagi ibu-ibu yang nak mencuba resipi lain cekodok ini, cuba yang dikongsikan oleh Cik Pooja . Selamat memasak!

Cokodok pisang aka BOOM PISANG
Less minyak tau!!
(Selalu cokodok pisang kompem serap minyak kan!)

Dulu2 dok wat nega…mmg laku keras nih😉
Custemer cakap…makan 3ketui kenyang tersandaq😄😄
Sbb cikpooja buat beso2 lagi dr nie….

Nak resepi x!!

IKLAN

Ni bahan2 nya yea…
*5bji pisang besar2(cikpooja guna pisang bunga yg wangi tu…kalau pisang kome kecik2…boleh la up to 8-10bj)
*2sb majerin
*5sb gula pasir(boleh kurangkan ikut citarasa)
*1sk soda bikarnonat(xyah membukit sgt)
*1sk garam
👉semua bahan2 ni dilenyek2 sebati yea…

👉tujuan letak majerin…
Majerin tu utk merangupkan tekstur luaran kulitnya bila digoreng n dia merupakan guard supaya minyak xdiserap kedalam isi n pastinya akan ada kelainan rasa dalam jemput2 pisang tu…
Wangi dia len macam tau…
Tapi ttp rasa cekodok asl

 

dah lenyek sebati…
*masukkan
👉2cwn tepung gandum
👉gaul je bg sebati ngan pisang yg dilenyek…

👊peringatan keras👊👊
*xperlu letak air yea…kome gaul je pisang lenyek dan tepung tu smpai betui2 sebati 

*haaaa..jd lagu ni…
*rehatkan dia kejap dalam 10-15mnit
*pas tu boleh la goreng macam goreng cokodok biasa dgn api sedang2 slow yea..
👊kalau guna api kuat…kompem hangit n xmasak dalamnya…
👉jgn ditnya masa bila nak menggentel tuk jdkan dia bulat2 …cekodok nie xyah gentel2 bagai…
Jemput2 je guna jari boh masuk lam kuali…InsyaAllah kalau bancuhan cun elok…nnt dia akan membulat dgn sndrnya…
👉dia akan membulat ikut skil n cara kome men”jemput” ketika menggoreng yea.

Nahhh..siap dah😉😉
Rangup diluar…lembut gebu macam kek didalam