Asyik makan sup atau daging goreng sahaja, apa kata ibu-ibu cuba resipi Yang dikongsikan oleh saudara Hmi Yusof ini . Nampak sedap dan menyelerakan.


Daging bakar Thailand style.. Sawadikappp…!!! Gais, saya nak share menu saya try semalam. Nampak macam sikit & simple tapi bila makan memang kenyang.

Kalau dah bosan mengadap nasi hari-hari Boleh la cuba resepi ni…serius sedap. aroma segar dari daun ketumbar buat rasa nak repeat buat lagi.

Jangan lupa share dulu, nanti dah kebawah post ni jenuh nak scroll balik bile nak buat. Raya korban dah dekat nanti daging banyak kat rumah boleh la cuba.

Resipi Enak Daging Bakar Style Thailand Yang Pasti Buat Anda Terliur.  Lelaki Ni Kongsikan Rahsia Daging Maintain Moist.  Cukup Mudah!

RESEPI

Untuk daging:

IKLAN

Sos tiram

Kicap manis

Madu

Serbuk lada hitam

IKLAN

Minyak masak .

Caranya:

Gaul semua bahan dan perap bersama daging selama 1 jam. Lepas tu bakar ikut tahap garing yang korang suka.

IKLAN

Tips:

Jangan bakar lama sangat untuk maintain moist daging tu.. baru sedap.

Saya bakar atas hot plat / gridle pan. . Untuk Pencicah… Bawang putih (bakar dulu) Cili merah Cili thai Daun ketumbar Sos nampla(sos ikan) Air limau nipis .

Caranya:

  • Potong halus dan tumbuk cili & bawang putih.
  • Cincang halus daun ketumbar Gaulkan semua bahan bersama sos nampla dan air limau nipis.
  • Nak hidang bersama salad atau bahan lain pun boleh juga.Tapi saya suka steam & grill vege. . .Sos ni sedap juga kalau uolls nak grill udang @ sotong sekali…Siappp…!!! jom makann….
  • Resipi Enak Daging Bakar Style Thailand Yang Pasti Buat Anda Terliur.  Lelaki Ni Kongsikan Rahsia Daging Maintain Moist.  Cukup Mudah!

Sumber: fb Hilmi Yusof

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI