Sambil menantikan tetamu datang ke rumah, ibu-ibu bolehlah cuba resipi Kek Oren untuk dihidangkan nanti. Caranya cukup mudah, tak perlu guna mixer pun.
Jom admin kongsikan resipi dari Sharfiza Aziz ini.
Projek bila coti2….
Barang semua ada. Nak buat kek yg paling ringkas, mudah tapi sedap. Tak sampai sejam dah siap & boleh makan…
Jom kita buat. Sapa yg malas2 boleh le simpan resepi ni. Tak payah guna penimbang…tak payah guna mixer…mudah sungguh.
Saja nak share utk kekwn. Sbb ramai dok minta kata sedap…he3
RESEPI KEK OREN SUNQUICK
===========================
Bahan A:
4 biji telur B
1 cwn gula castor
3/4 cwn minyak jagung
1/2 cwn oren sunquick
2 sudu susu pekat
(Semua bahan di atas just blender je hingga kembang & gebu)
Bahan B:
2 cwn tepung gandum
(sy suka guna tepung superfine)
1 sudu baking powder
(ayak kedua-dua skali k)
Cara2nya:
Bahan A yg siap diblender tadi masukkan dlm bekas and than campur bahan B yg siap diayak. Pastu kaup balik je.
Siap kacau adunan. Siapkan loyang.
(Sy selalu sapu majerin dlm loyang pastu panaskan dlm over lebihkurang 5 minit je sebelum tuangkan aduan. Tujuannya utk elakkan kek melekat bila ditanggalkan nanti)
Tuang adunan td di loyang yg tgh panas td.
- Bakar pada suhu 160° selama 40 – 45minit.
Taadaaaa……siap
Susu Rosak Atau Basi Jangan Dibuang, Ikut Cara Wanita Ni Buat Cheese Homemade. Mudah & Sedap!
Ibu-ibu peminat cheese, pernah tak nak belajar buat sendiri. Cari cara yang mudah je dengan bahan simple tapi hasilnya supreb.
Jom admin kongsikan cara hasilkan cheese homemade dari Eyda Sukiman. Guna tiga bahan di dapur je dah dapat cheese yang sedap. Jom cuba!
Kita kembali kepada topik daily as housewife lah ya. Fikir banyak2 tak jadi apa juga, sebaliknya kita berusaha lebih gigih untuk jadi hamba Allah yg semakin hari semakin dekat padaNya. Tak perlu tunggu kiamat, sedangkan kematian pun setiap hari dekat dengan kita
Harini Kekda 1st time buat Cheese homemade. Namanya Cottage Cheese. Asal terbuat cheese ni sebab semalam suami ada beli fresh milk sebotol.
Pagini buka, try minum eh rasa masam, rosak. Membazir sangat rasa. Lepastu duk teringat pernah tengok channel Food Network sebelum ni, kalau ada susu rosak, jangan buang, sebalik boleh buat something more delicious, iaitu Cheese.
Maka harini, terjadilah Cheese buatan sendiri Alhamdulillah. Mudah sahaja caranya. Tak rumit.
Kekda share dibawah resepinya okay.
Antara yg diperlukan adalah :
1) Fresh Milk / Susu Full Cream (tak semestinya yg basi / rosak, yg fresh pun boleh)
2) Cuka Makan 2 Sudu (Kekda guna jenama Tamin)
3) Kain Penapis (Kekda guna kain lampin anak je ) atau korang beli kain tapis cheese di kedai Daiso ada kot.
4) Garam
CARA – CARA
———————
1) Masak susu didalam periuk, panaskan sehingga mendidih. Ingat, susu tak perlu rosak pun, cuma dalam kes Kekda ni, dah susu rosak, takmau membazir so Kekda buat jadi cheese .
2) Bila susu dah mula nampak mendidih, berketul sikit, tambahkan 2 sudu makan Cuka . Cuka ni yg akan menjadikan ketulan susu tu kepada ketulan cheese, which is fungsinya memisahkan dari air susu kepada ketulan keju. In case korang xde cuka, perah Lemon pun boleh kalau Kekda tak silaplah.
3) Lepas dah taruk cuka tu, kacau-kacau sekejap kasi yg ketulan tu terapung belah atas. Time ni korang dapat tengok, belah bawah air, atas ketulan keju. So dah jadiklah tu. Then matikan api.
4) Ambil kain tapis / penapis, (kekda guna kain lampin anak, makesure bersih okey) then curahkan semua yg dalam periuk tadi, diatas kain tapis tersebut. Kain tersebut makesure dibentangkan diatas tapis besi / apa2 jenis bekas sejat .
5) Kemudian korang bolehla nak perah air tu keluar sampai betul2 kering. Means cheese tu elok duk bergumpal comel dan bukan dalam keadaan pecah2 macam mula2 tadi.
6) Rendam dalam air garam (kalau nak masin) sekitar 2jam. Tapi Kekda xrendam pun, kekda bubuh sesiap garam dalam susu tu tadi. Okeylah sedang2 elok masinnya. Btw korang nak rendam tu jgn rendam cheese semata, rendam je sekali kain tapis tu sebab lepastu senang korang nak perah balik, buang air lebihan garam tu.
7) Dah siap ! Bolehlaaaa nak makan cheese tu. Orang english/omputih pnggil, COTTAGE CHEESE. Orang melayu Kekda tak tau apa nama pnggil dia. Rasa dia ? Sedap, macam korang rasa cream cheese Tatura tu kan, ha lebih kurang mcmtu rasanya. Enak + lemak. Memang fresh gituuu.
Cheese ni ikut sukalah nak makan dengan apa. Roti boleh, buat macam ala2 bauguet tu kan. Lepastu nak buat sandwich pun boleh. Nak letak atas Pizza boleh jugak kot, sebab rasa lemak2 tu. Janji blh makan
So selamat mencuba gais ! Kekda duk rasa2 ni kang habis macamtu ja . Sedapppppp Jangan lupa try okay.
Edit tambahan :
– Cara simpanan boleh simpan didalam peti macam biasa. Tahap ketahanan Kekda xpasti tp kalau based apa yg Kekda tahu seminggu boleh tahan lagi.
– Rasa dia sedap, lemak2 krim. Kalau ikutkan rancangan tv Kekda tgk tu, cheese ni boleh guna untuk topping atas pizza, untuk kek pun boleh, untuk cheesekut pun boleh (kekda sendiri buat) sebab rasa/taste dia sebijik mcm cream cheese Tatura tu.
– Selain dari tu boleh buat as topping salad, letak dalam sandwich.
– Utk effect tarik mcm Mozarella kekda xpasti . Tapi rasanya lebih kepada utk masakan.
– Juga boleh digunakan untuk masak/letak dalam kari. Sedap katanya lemak2.
#KekdaShare
#KekdaMasak
#HomemadeCheese
Cuba Ubi Getuk Untuk Minum Petang. Mudah Lagi Enak. Ha, Ini Resipinya!
Masakan ringkas boleh jadi sangat menyelerakan andai dimasak dengan penuh kasih sayang. Buat ibu-ibu yang buntu menyediakan hidangan minum petang untuk keluarga, boleh cuba resipi Ubi Getuk yang cukup mudah ini.
Dicicah pula dengan coklat, membuatkan anak-anak menjilat jari. Pasti menambat hati seisi keluarga. Jom semak resipi nya
Bahan-bahan
300 grm ubi kayu – direbus hingga lembut
100 grm kelapa parut
50 grm gula pasir
150 grm tepung jagung
Cara penyediaan
- Lecekkan ubi hingga halus
- Masukkan kelapa parut dan gula
- Gaulkan adunan hingga sebati
- Bentukkan ianya hingga bulat
- Gaulkan besama tepung jagung dan goreng hingga kekuningan.
Sumber: Majalah Keluarga Edisi Jan-Feb 2018
Nak Karpet Cantik Dan Cuci Lebih Mudah, Alihkan Kedudukannya Lebih Kerap Antara Tipnya!
Hamparan permaidani di sudut-sudut tertentu rumah kita memang buat rumah tambah seri. Cantik memang cantik tapi serius, kalau nak pakai permaidani kenalah upgrate kerajinan diri sendiri. Lagi-lagi kalau ada anak kecil.
Permaidani yang tidak dijaga dengan sempurna biasanya akan cepat rosak dan menjadi kusam. Apalagi sekiranya jarang dibersihkan. Habuk terperangkap dan kuman bersarang sehingga boleh menjejaskan kesihatan di samping bau yang kurang menyenangkan.
Selain menggunakan khidmat dobi, sebenarnya ada banyak cara yang boleh kita lakukan sendiri demi memastikan permaidani atau karpet kita terjaga dengan cantik tanpa habuk yang memudaratkan kesihatan. Boleh buat sendiri saja di rumah. Karpet pun nampak sentiasa cantik, bersih dan tidak cepat rosak.
Langkah-langkahnya:
1. Bersihkan permaidani sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dengan menggunakan penyedut debu atau vakum.
2. Cuci permaidani menggunakan sabun khusus sekurang-kurangnya enam bulan sekali bagi menghilangkan bau hapak dan mengembalikan kesegaran.
3. Elakkan permaidani daripada terdedah kepada sinaran matahari langsung kerana ia akan memudarkan warna pada permaidani.
4. Ubah kedudukan permaidani dua atau tiga bulan sekali. Dengan cara ini, bahagian yang kerap dipijak atau menjadi laluan akan berganti kedudukan.
5. Untuk menghilangkan bau hapak pada permaidani, ambil sedikit serbuk soda dan taburkan di atas permaidani. Biarkan selama kira-kira setengah jam dan bersihkan mengguna vakum.
6. Jika bau lebih teruk atau sisa makanan atau cecair, larutkan 20ml cuka dalam campura air secukupnya kemudian cuci.
7. Cuci dengan cara mengelap menggunakan kain yang dibasahkan dengan larutan tadi. Elak menggunakan berus. Bersihkan kotoran atau bau secepat mungkin kerana semakin lama ia dibiarkan, semakin sukar untuk membersihkannya.
8. Bagi permaidani baru, pastikan tempat dan permaidani benar-benar bersih sebelum dipasang atau dibentangkan bagi mengelak kesan sampingan seperti alahan.
9. Permaidani yang dipasang melapisi keseluruhan ruang, pastikan terlebih dahulu pengudaraan persekitaran ruang benar-benar dalam keadaan baik. Buka pintu atau tingkap jika perlu. Pastikan juga ia tidak berdekatan punca lembap seperti berdekatan bilik air atau tempias hujan. Elakkan menggunakan ruang berkenaan sekurang-kurangnya tiga hari selepas pemasangan.