Kuih muih antara menu yang sering dihidangkan buat sarapan mahupun minum petang. Bagi ibu-ibu yang gemar mencuba menu baru, apa kata cuba pula resipi Kuih Telaga Emas yang kini tular.
Menerusi Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN), Wanita ini Zura Zu berkongsi resepi kuih telaga emas yang mudah dan lazat. Jom cuba!
Bahan-bahan untuk kulit hijau
- 250 gram tepung pulut
- 3 sudu makan tepung gandum
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 1/4 cawan air
- Sedikit perisa pandan
- Sedikit pewarna hijau
- Secubit garam
Cara-cara menyediakan
1. Satukan kesemua tepung, garam dan perisa pandan.
2. Kemudian, tuangkan air sedikit demi sedikit, jangan sampai habis (sambil uli jadi doh tak lekat di tangan).
3. Letak sedikit pewarna hijau.
4. Buat bulat-bulat anggaran 24 gram. Korang tekan dan ratakan doh ke dalam acuan lompang saiz kecil yang telah disapu minyak masak.
Bahan-bahan inti kastard
- 1 cawan santan kotak
- 1 cawan air suam
- 1/2 cawan gula
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1/4 cawan tepung gandum
- 3 biji telur
- 1 penutup botol esen vanilla
- Sedikit pewarna kuning telur
- Secubit garam
Cara-cara menyediakan
1. Satukan santan dan air suam, kemudian campurkan esen vanilla dan gula (kacau sehingga larut).
2. Seterusnya, masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan tepung kastard, garam dan pewarna kuning telur sehingga sebati dan mesra.
4. Tapis adunan dan tuang ke dalam acuan lompang yang disapu minyak.
5. Pastikan air kukus betul-betul mendidih sebelum kukus selama 10 hingga 12 minit. Api dalam keadaan yang sederhana besar.
Selamat mencuba!
Sumber: Zura Zul & Masak Apa Hari Ini
“Rambut Daddy. Muka Mummy. Copy Paste Betul. ” Anzalna Kongsi Gambar Suami Waktu Kecil, Ramai Puji Rambut Sama Dengan Anak!
Memiliki keluarga bahagia, kehadiran si kecil mengeratkan lagi hubungan suami isteri ini.
Melihat wajah si kecil yang comel itu di trambah dengan gelagatnya yang ceria serta melucukan membuatkan bukan hanya mommy dan daddy terhibur, bahkan turut mencuit hati ramai.
Selain memiliki wajah seiras, Eidrees juga banyak mengikut sifat mummynya yang suka ketawa dan mudah terhibur. Bukan itu sahaja, kulitnya yang putih gebu juga mengikut warna kulit Anzalna.
Tidak hairanlah ramai yang geram melihat gelagat Eidrees setiap kali gambar atau videonya dikongsikan di instagram miliknya.
Terbaru, Anzalna memuat naik sekeping gambar perbezaan wajah suaminya dengan anak mereka Eidrees atau nama sebenarnya Mohamad Eidrees ketika kecil.
Di dalam perkongsian tersebut, Anzalna memberitahu wajah anaknya saling tak tumpah mengikut wajahnya dan suami sewaktu kecil dahulu. Manakala rambut anaknya mengikut suaminya. Memang anak daddy sungguh ni!.
Betul la rambut Eidrees ikut daddy @hanif_zaki ! Eidrees pun konfius itu daddy ke dia 😅 Muka campuran mommy dan daddy! hahahhahahahhaha
Persamaan tersebut turut mencuit hati ramai yang melihat gambar tersebut. Masing-masing bersetuju dengan Anzalna tentang hal itu.
erinshaifulRambut je sama, but muka mommy nurul_huda07comelnyaaa awak nii…tu sbb daddy awak skrg botak..xnmpk la keriting tu😂
Sumber: anzalnanasir88
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
“Tak Percaya Saya Ibu Sekarang.” Suami & Iringan Lagu Cinta Klasik 70-An Temani Chryseis Tan Saat Melahirkan Anak!
Momen paling indah bagi seorang wanita apabila bergelar ibu, segala rasa sakit mengandung dan melahirkan hilang sekelip mata usai memandang si kecil yang sudah ada di sisi.
Biarpun pelbagai dugaan dan kesakitan terpaksa diharungi namun semuanya ditempuhi dengan penuh sabar. Itulah pengalaman yang menjadi momen yang cukup berharga dan di simpan dalam lipatan memori buat selama-lamanya.
Rata-rata kaum ibu pasti akan berkongsi pengalaman melahirkan baik secara normal mahpun pembedahan. Demikian juga dengan isteri kesayangan SM Faliq Nasimuddin, Chryseis Tan yang selamat melahirkan anak sulung mereka baru-baru ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Chryseis turut memuat naik dua foto bersama suami dan anak, Arianna Kyla Tan yang baru dilahirkan untuk tatapan umum.
“Jadi, ramai yang tanya sama ada saya melahirkan anak secara normal atau C-section. Inilah pengalaman bersalin saya, Arianna merupakan bayi songsang dan cara paling selamat untuk melahirkannya adalah melalui C-section walaupun saya berharap dapat bersalin secara normal.
“Saya gementar untuk dibedah namun ia perlu dilakukan. Kami check-in ke Hospital Pantai dan esoknya saya dibawa masuk ke bilik pembedahan. Epidural dilakukan dan saya merasa kebas dari pinggang ke bawah.
“Dalam keadaan sedar saya sudah berada di dalam bilik pembedahan dengan Faliq berada di sebelah, lagu cinta klasik 70-an dimainkan dan Arianna berjaya dikeluarkan dan ditunjukkan kepada kami.
“Kepada yang bertanya adakah saya berasa sakit, saya tidak merasa sakit sehingga ke hari ini (walaupun sedikit tidak selesa bila perlu berjalan buat pertama kali selepas dibedah).
“Saya takut sebelum dibedah dan nampaknya is berjalan dengan sangat lancar. Kalau saya boleh buat, saya yakin anda semua boleh. Saya berharap pengalaman seterusnya juga akan sama seperti yang ini.
“Saya masih tak percaya saya seorang ibu sekarang tetapi inilah permulaan kepada kehidupan baru saya dan Faliq, alhamdulillah,” tulis Chryseis sebagai kapsyen.
View this post on InstagramA post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
Arianna Kyla Tan dilahirkan pada 16 Julai lalu dengan berat 2.9kg.
View this post on InstagramIntroducing our little precious love..💕 Arianna Kyla Tan SM Faliq 🥰 16.07.2020 🍼 2.9kg
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
View this post on InstagramOur first family pic 👨👩👧 – checking out of the hospital! We’re going home together..🥰❤️
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
View this post on InstagramOur precious baby girl is here.. 💕💕 // 🙏🏻
A post shared by ♕ Chryseis Tan ♕ 陈雪铃 (@chrystan_x) on
Sumber: Astro Gempak & chrystan_x
Bahaya Berdengkur Mungkin Perlu Dibedah. Dr Ni Jelaskan Elak Jadi Serius!
Masalah dengkuran yang kuat mungkin ramai beranggapan ianya sesuatu yang bukan serius.
Namun melalui penjelasan doktor ini, siapa sangka merawatnya hingga perlu dibedah. Oleh yang demikian, elak jadi serius jom semak langkah awal yang perlu diambil.
8 PETUA ATASI BERDENGKUR YANG MESTI ANDA TAHU
Adakah suami, isteri atau anak anda mengalami dengkuran yang teruk?
Saya beri 8 langkah sihat yang mudah untuk atasi masalah berdengkur.
1. Berat badan dan senaman
Berlebihan berat badan akan meningkatkan risiko lemak yang boleh menolak pada tekak dan memburukkan lagi masalah berdengkur. Memulakan program penurunan berat badan dan senaman dapat mengurangkan dengkuran dalam banyak individu.
2. Tukar posisi
Tidur di sebelah sisi boleh menghalang lidah daripada jatuh ke belakang dan menyekat tekak semasa tidur. Bantal boleh digunakan untuk mengelakkan anda berguling kembali ke belakang semasa tidur. Boleh cuba di rumah.
3. Hadkan Alkohol
Minum alkohol akan melegakan otot-otot pada saluran pernafasan lebih daripada biasa. Ini menyebabkan saluran pernafasan ‘collapse’ dengan lebih lagi dan memburukkan masalah berdengkur. Hadkan penggunaan alkohol (untuk penurunan berat badan)
4. Berhenti merokok
Merokok menyebabkan kesesakan nafas dan hidung yang membawa kepada masalah berdengkur yang lebih teruk . Berhenti merokok boleh membantu untuk mengurangkan berdengkur dan meningkatkan kesihatan anda secara keseluruhan.
5. Ubat-ubatan
Ubat-ubatan tertentu boleh memberi kesan kepada masalah berdengkur. Bercakap dengan doktor anda sebelum membuat apa-apa perubahan pada ubat anda kerana mereka akan memberikan ubat yang sesuai dengan anda.
6. Mengatasi masalah hidung
Jika anda mengalami masalah hidung seperti resdung, polip dan sebagainya. Dapatkan rawatan yang sewajarnya. Nasihat dan pemeriksaan doktor adalah lebih baik.
7. Kenalpasti alahan
Masalah hidung yang disebabkan oleh alahan adalah punca biasa yang dialami oleh mereka berdengkur. Ujian untuk alahan boleh membantu anda untuk mengenal pasti dan mengurangkan alergen yang berpotensi dalam persekitaran tidur anda (seperti tempat tidur, debu, bulu haiwan peliharaan, dan sebagainya) dan seterusnya mengurangkan dengkuran.
8. Pembedahan dan CPAP machine
Jika tiada kaedah standard yang disebutkan di atas berjaya mengurangkan dengkuran anda, maka rujuklah ke klinik telinga, hidung dan tekak mengenai masalah anda. Kemungkinan pembedahan atau penggunaan CPAP(Continuous Positive Airway Pressure) machine boleh dianggap sebagai jalan terakhir.
Sumber : Dr. Ezairy M.Sallih, Doktor telinga, hidung & tekak