Masih dalam mood raya, pasti kunjungan tetamu ke rumah membuatkan ibu-ibu pening apa pula hidangan yang nak disediakan. Bagi yang tengah mencari menu tu, apa kata cuba resipi Nasi Arab yang mudah ini.

Resipi ini dikongsikan oleh Marina Ismail menerusi laman facebooknya.


“Kak Na kamu try resepi nasi arab nih sedap giler. Walaupun bahan dia simple namatey, tapi sedap sangat. Tatau mana datang sedapnya tuh”. 
.
Fuhhh penuh semangat adik ketiga bagitau pasal resepi nasi arab yang dia baru jumpa.
.
“Taraaa…Kak Na tengok ni Anim buat nasi arab resepi Kak Li bagi tuh. Sedapppp giler”.
.
Citer si adik bongsu kat whatsapp pulakkk. 
.
Haishhh ni tak boleh jadi nih, semua komen sedap. Dah la dedua tu memang terror memasak. Terus la aritu dengan pantas kak M menerai resepi nih. 
.
Ni kali kedua kak M buat. Sebelum ni ada gak try resepi yang lain. Tapi yang ni paling win. Dah la masak tak sampai 1 jam setel semua. 
.
Bahan pun semuanya gerenti ada kat dapur kita semua. Takyah sibuk nak beli serbuk readymade bagi. This recipe is definitely a keeper! Jom tengok bahan-bahan dia 👇🏻

RESEPI NASI ARAB PALING MUDAH

Bahan Rebusan:
3 – 4 potong ayam – (kak M guna whole leg)
4 mangkuk air besih
1 kiub ayam
1 biji tomato (potong 4)
2 biji lada hijau (potong 4)
1 batang kulit kayu manis
1/2 camca ketumbar biji
½ camca jintan manis biji
½ camca lada hitam biji

Bahan lumur:
Madu secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya

Bahan untuk tumis:
11/2 mangkuk basmathi
½ camca ketumbar
½ camca jintan manis
½ camca lada hitam biji
1 helai daun pandan


.
CARA:
1. Rebus semua bahan untuk direbus selama 30 minit. Perasakan dengan garam dan kiub ayam. Pastikan cukup rasa ya. Sebab Nasi arab ni tak banyak lauk jadi nasi kena cukup rasa.


2. Dah 30 minit. Tutup api dan keluarkan ayam.
3. Lumur ayam dengan madu dan kunyit. Biar sekejap.

4. Sementara tu tumiskan daun pandan, ketumbar, jintan manis dan lada hitam dengan sikit minyak hingga naik bau.
5. Masukkan beras basmathi tadi dan tumis lagi 1 minti. Matikan api.
6. Ambil periuk nasi, masukkan bahan yang telah siap ditumis tadi dan masukkan air rebusan.
7. Susun ayam tadi bahagian atas.


8. Masak nasi guna rice cooker macam biasa hingga masak.
9. Dah siappp. Boleh matching dengan sambal nasi arab dan salsa.


Selamat mencuba. Dah rasa memang tak lupa!

p/s: Arini tak sempat nak ambik video bagai 😂

#kakMmasak